This is our land!!!

Bendera Malaysia

Monday, February 15, 2010

Tanda Hati Batu
 
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan  benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan  kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya  namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar  menodainya.
Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau  bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota  badan adalah tentera.  Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu  buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Hati yang keras mempunyai  tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti  berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang  ringan.

Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan
enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum  munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "
Dan mereka tidak  mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan  (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan."
(Surah At-Taubah, ayat 54)



2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman  Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau  tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi  ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang  takut dengan ancaman Ku."
(Surah Al-Qaf, ayat 45)




3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan  hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya  jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta  tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah,  tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang
makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi  pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang
kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa,  padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.
"Dan tidaklah mereka
(orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua  kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula)mengambil pelajaran?"
(Surah At-Taubah, ayat 126)


No comments: