This is our land!!!

Bendera Malaysia

Sunday, April 4, 2010

Renungan...

Ingat Mati Tetapi Lupa Diri


SETIAP hari kita makan pelbagai lauk pauk. Ada manis, masam, masin, pedas, tiga rasa dan banyak lagi resipi.

Jika asyik makan saja, tanpa mempedulikan amalan pemakanan yang sihat kita akan ditimpa pelbagai penyakit.

Begitu juga kehidupan kita, jika hidup tanpa muhasabah sebarang perbuatan patut dilakukan, yang mana satu perbuatan harus dikurangkan dan yang mana satu perbuatan mesti ditinggalkan terus, akan merana dan hancurlah nilai kemanusiaan.

Pendek kata muhasabah adalah sangat penting bagi remaja. Orang yang suka bermuhasabah termasuk dalam kumpulan mereka yang ingin kembali kepada Allah. Saidina Umar pernah berkata: "Muhasabah dan hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung di hadapan Allah."

Mereka yang berani bermuhasabah dan kemudian melakukan perubahan positif adalah orang yang berjaya.

Dalam al-Quran surah Ali-Imran ayat 135, Allah memuji golongan yang sanggup kembali ke pangkal jalan selepas tersasar dan terbabas melakukan kesilapan.

Allah berfirman, maksudnya: "Golongan yang bertaqwa adalah golongan yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka ingat kepada Allah dan memohon ampun atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah. Mereka tidak meneruskan perbuatan keji sedang mereka mengetahui."

Antara persoalan muhasabah diri yang sepatutnya individu remaja menginsafi setiap hari adalah seperti berikut:

Sudahkah saya menunaikan segala suruhan Allah Yang Maha Agung. Jika dengan ibu bapa kita gerun apabila dimarahi, bos tempat kerja berang kita pun mula kecut perut, apa lagi jika bersalah tidak melakukan kerja tepat pada masanya.

Bagaimanakah kita dengan Allah Yang Maha Berkuasa? Kalau Saidina Abu Bakar selepas Rasulullah wafat bertanya kepada anaknya, iaitu Aisyah, isteri baginda: "Apakah lagi ada perbuatan yang nabi buat abah tidak lakukan?"

Begitu prihatin terhadap amalan jika boleh hendak semua apa yang nabi lakukan seperti:

Sudahkah kita menambah ilmu pengetahuan mengenai Allah, rasul, malaikat, segala rukun iman dan Islam.

Jika kursus mengenai pengurusan dan pejabat kita pergi, sepatutnya berilah sedikit ruang waktu untuk agama kita.

 Sudahkah kita membaca al-Quran setiap hari? Al-Quran adalah penawar, ubat yang mujarab dan rahmat kepada seluruh alam. Dengannya manusia mempunyai panduan, ada petunjuk, malah ia menjadi teman ketika kesunyian di kubur.

Jika setiap hari tidak boleh, tidak mesti baca surat khabar. Al-Quran sepatutnya lebih diutamakan.

 Adakah saya berbangga dengan agama yang sedang saya anuti ini dan berusaha menjadikan Islam sebagai "a way of life" (cara hidup).

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata: "Sesiapa yang mencari kemuliaan selain Islam, dia akan mendapat kehinaan."






IHSAN DARI HAMBA ALLAH
BUAT RENUNGAN DIRIKU YG XSEDAR DIRI…

No comments: