This is our land!!!

Bendera Malaysia

Sunday, April 4, 2010

Tazkirah - Si Buta dan Iblis

Buat renungan bersama.


Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat. Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumahnya dan masjid ada satu lubang yang berair.


Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan
memimpinnya hingga sampai ke masjid.
Beliau bertanya kepada orang tersebut,siapakah engkau. Orang itu menjawab Aku adalah Syaitan.?
Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab ,
Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan,
Semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan,
Dan jika aku biarkan engkau jatuh kali Ketiga
maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.?


Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke
masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat
berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah
di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan
kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam
menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....


Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."


Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang
lain.


Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan
silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Kiriman  :  Ustaz Balya Amin bin Yusoff @ Che Man

No comments: