This is our land!!!

Bendera Malaysia

Wednesday, June 2, 2010

Anifah ke Jordan

2010/06/02

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Jordan pagi ini untuk mengusahakan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditahan pada Isnin ketika tentera Israel menyerang kapal yang mereka naiki bersama sukarelawan antarabangsa dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.
Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra, kata seorang pembantu beliau kepada Bernama.

Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, "Mavi Marmara", dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengarahkan Wisma Putra supaya menyelamatkan kesemua rakyat Malaysia itu.

Anifah memberitahu pemberita semalam bahawa Wisma Putra sedang mengenal pasti lokasi di mana kesemua rakyat Malaysia itu kini berada. - Bernama

No comments: