This is our land!!!

Bendera Malaysia

Thursday, June 3, 2010

Astro: Hapuskan Rancangan Simpati Israel

Sedih, marah, benci betul kita dengan tindakan Israel zionist menyerang dan membunuh aktivis antarabangsa dalam misi bantuan ke Gaza. Sudahla tu, dilakukan pulak dalam perairan antarabangsa sebelum ditunda ke dalam kawasan sempadan Israel, ini law mana yang digunapakai regim zionist ni? Kalau kapal perang dengan misi menyerang Israel tu kita boleh faham, ini kapal bantuan yang tak bersenjata.

Tapi dalam geram-geram tu, bila buka saluran 555 Astro, ternampak pulak kisah-kisah sejarah Perang Dunia Kedua seperti WWII - Lost Film, The Last Day Of World War II, World War II: The War in Europe, Nuremberg: Tyranny on Trial dan sebagainya yang jelas cuba menarik simpati penonton ke atas bangsa yahudi melalui rakaman kisah kekejaman Nazi ke atas mereka.

Tidak cukup dengan itu, di saluran 411 dan 412 pula disiarkan secara bersiri kisah The Pacific, Band of Brothers, Tobruk yang juga memaparkan kisah kekejaman Nazi ke atas bangsa yahudi dengan rakaman di kem kem tahanan Austwitz di Austria dan pembentukan pasukan khas yahudi bersama pasukan komando british dalam peperangan di Afrika.

Semuanya ditayang berulang-ulang kali sehinggakan ada di antara penonton yang menganggap yahudi adalah satu-satunya bangsa yang menjadi mangsa genocide terancang Hitler.

Anggapan itu sebenarnya salah kerana Nazi bukan saja melakukan genocide terancang ke atas kaum yahudi, mereka juga melakukannya ke atas kaum Gipsi dan pelaku homoseksual. Ini tidak termasuk pembunuhan ke atas 2.4 juta rakyat Poland, 3 juta rakyat Ukraine, 1.5 juta rakyat Rusia dan 1.4 juta rakyat Belarus malah mereka membunuh hampir 1 juta rakyat German sendiri terutama sekitar 1944-1945 apabila komplot membunuh Hitler terdedah dan persaingan mendapat tempat sebagai pasukan khas terbaik disisi Hitler antara SS dan Nazi SA's (Sturmabteilung). Secara keseluruhan, Nazi membunuh hampir 20 juta orang awam sepanjang peperangan yang berlangsung pada tahun 1940-1045 itu dibanding dengan 6 juta yahudi yang bukan semuanya mati dibakar di Cocentration Camp seperti anggapan banyak pihak kerana sejarah merekodkan sebahagian besar lagi bangsa yahudi terbunuh kerana kemalangan sebagai buruh paksa atau dibiarkan mati kebuluran ditempat-tempat pengasingan (bukan kem tahanan) mereka seperti yang terdapat di Poland.

Soalannya, dimanakah catatan sejarah mengenai kematian yang lebih besar jumlahnya ini dibanding kematian bangsa yahud yang mungkin/sengaja terlepas pandang oleh pihak Astro untuk disiarkan? Kenapa hanya yang berkaitan dengan yahudi saja yang menjadi pilihan untuk disiarkan? Sudah tentu kalangan mereka yang lain juga mempunyai kisah sejarah tersendiri yang mahu dikongsi bersama penduduk dunia yang lain.

Belum lagi kita bercerita tentang siri Inside, yang memaparkan serangan kilat pasukan komando israel bagi menyelamatkan tebusan pesawat Israel yang dirampas di Uganda serta kisah pembalasan dendam oleh Mossad ke atas perancang Serangan Munich. Semuanya tentang Israel, Israel, Israel, apa dah tak ada kisah lain ke?

Secara sedar atau tidak juga, pendedahan dan penayangan berulang-ulang kali kisah kekejaman ke atas bangsa yahudi semasa perang dunia ke dua berlangsung ini boleh mendatangkan simpati kepada majoriti penonton. Kisah-kisah berunsur sejarah di National Geographic ini telah mencapai rating tertinggi dibeberapa negara Asia Tenggara dan inilah yang dimahukankan oleh pihak zionist yang tahu penguasaan media adalah antara punca mendapat simpati masyarakat dunia terutama di rantau belah sini.

Mungkin Astro memberikan alasan bahawa kandungan tersebut disiarkan dan dikawal oleh pihak NGC Asia tetapi siapa yang memilih untuk menyiarkannya kepada pelanggan Astro kalau bukan Astro sendiri. Apakah pihak Astro mahu mereka juga dijadikan subjek untuk dipulaukan seperti mana yang sedang dijalankan ke atas beberapa jenama yang diketahui menyalurkan sebahagian keuntungan kepada regim zionist?

Kita juga berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia boleh memantau kandungan siaran yang disiarkan oleh pihak Astro. Nampaknya tidak ramai yang menyedari agenda jahat pihak zionist disebalik penanyangan kisah-kisah sedemikian. Kita sudah melihat bagaimana sebuah negara seperti USA mendiamkan diri atas hampir apa jua kekejaman oleh pihak zionist sekarang kerana mereka telah didoktrin di dalam pemikiran mereka melalui penanyangan kisah-kisah yang mendatangkan simpati kepada yahudi seterusnya membenarkan zionist melakukan apa saja semahu mereka termasuk pencabulan ke atas undang-undang antarabangsa.


source by padangbola

No comments: