This is our land!!!

Bendera Malaysia

Wednesday, June 2, 2010

Israel bebaskan aktivis asing

2010/06/02

JERUSALEM: Israel dikatakan akan membebaskan semua aktivis dan sukarelawan asing yang ditahan dalam serangan ke atas kapal pembawa misi kemanusiaan flotilla ke Gaza Isnin lalu.
Agensi berita Xinhua melaporkan, serangan kapal yang mengakibatkan sembilan orang maut itu menimbulkan kemarahan seluruh masyarakat dunia di atas kekejaman rejim Zionis itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan pembebasan itu selepas mesyuarat kabinet yang mengambil kira tekanan ketua-ketua negara dunia yang mendesak supaya siasatan dijalankan segera mengenai serangan komando tentera Yahudi di perairan antarabangsa dan meminta Israel membebaskan kesemua tahanan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, berkata semua warga asing yang ditahan di atas kapal pembawa misi kemanusiaan itu akan dihantar pulang ke negara masing-masing Khamis ini.

Isnin lalu, pasukan komandu tentera laut Israel menyerang kapal pembawa misi kemanusiaan dan bertempur dengan beberapa aktivis mengakibatkan sembilan orang terbunuh dan ramai yang lain cedera. - Agensi

No comments: