This is our land!!!

Bendera Malaysia

Thursday, June 3, 2010

Sempat rawat 2 ekor biawak komodo zionis...


  KETUA Konvoi Malaysia/wakil delegasi Malaysia-Indonesia Noorazman Mohd Shamsuddin (kanan) dan Hasanuddin Mohd Yunos (dua dari kanan)  pada Majlis Syura Freedom Flotilla.
KETUA Konvoi Malaysia/wakil delegasi Malaysia-Indonesia Noorazman Mohd Shamsuddin (kanan) dan Hasanuddin Mohd Yunos (dua dari kanan) pada Majlis Syura Freedom Flotilla.
Sukarelawan Turki minta doktor kita beri bantuan perubatan kepada askar 
Zionis cedera

KUALA LUMPUR: Seorang sukarelawan Malaysia, Dr Syed Mohd Haleem Syed Hassan 
yang berada atas kapal Mavi Marmara ketika diserang, sempat merawat dua 
anggota komando Israel yang cedera terkena tembakan rakan mereka sendiri.
Beliau berkata ketika serangan dilancarkan, keadaan menjadi tidak terkawal sehingga 
dua tentera Israel tertembak sesama mereka, seorang pada tangan dan seorang 
lagi agak parah dengan dua kesan tembakan pada dada.

“Saya terharu apabila ada beberapa orang Turki membawa tentera yang cedera dan 
meminta saya merawatnya. Ketika itu beberapa orang Turki lain cuba 
menghampiri untuk mengasari komando Israel, tetapi dihalang petugas lain.

“Malah, pemerintah kapal menghalang kami bertindak kasar terhadap mereka. 
Rawatan yang diberikan juga sangat teliti dan selepas itu mereka diletak 
di tepi kapal. Tiba-tiba dua tentera itu sendiri terjun ke laut untuk 
menyelamatkan diri sedangkan kami langsung tidak mengancam mereka.

“Tangan mereka juga tidak diikat. Rawatan yang diberikan kepada tentera 
Israel menunjukkan betapa semua sukarelawan bukan pengganas. Kami 
langsung tidak mengasari mereka meskipun ada peluang untuk berbuat 
demikian.” katanya.

Dr Syed Mohd Haleem berkata, ketika serangan bermula selepas solat Subuh, 
keadaan atas kapal menjadi huru hara dan ketika itu beliau menerima panggilan
petugas Turki yang memintanya segera ke bahagian atas kapal. 
“Di situ, kelihatan tiga sukarelawan cedera parah. Seorang ditembak tepat 
antara dua kening dengan otaknya terburai di belakang kepala tetapi gagal 
diselamatkan. Tiga lagi yang cedera parah perlu menerima rawatan lanjut 
segera, namun gagal mendapat kerjasama tentera Israel.

“Saya meminta tentera Israel membawa tiga yang cedera untuk dirawat, 
tetapi jawapan yang diberikan membuka pekung mereka sendiri. Kata 
mereka, ini adalah kawasan perairan antarabangsa dan sukar membawa
pesakit keluar.

“Mereka sendiri yang akui perkara itu.

“Selepas dirunding beberapa kali, barulah pesakit dibawa keluar. Seorang 
daripada mereka adalah wartawan Indonesia yang cedera parah yang 
tertembak pada tangan. 

“Boleh dikatakan, dalam masa tak sampai lima minit, kapal berubah 
menjadi hospital,” katanya.

Beliau berkata, dalam kapal yang disertai sukarelawan dari hampir 50 
negara itu termasuk seorang bayi berusia dua bulan setengah dan 
warga emas berusia lebih 80 tahun.

Dr Syed Mohd Haleem berkata, ketika tiba di Ashdod, rakannya, 
Dr Arbaie Syawal yang sempat mencium dahi tiga mayat sukarelawan
Turki mendapati mereka berbau sangat wangi seperti wangian kasturi di Uhud.
source by beritaharian

No comments: