This is our land!!!

Bendera Malaysia

Tuesday, June 1, 2010

Tentera Israel mula mengganas dan membunuh aktivis


Isnin, 31 Mei 2010 
a
LAUT MEDITERRANEAN – Israel yang mula tertekan dengan misi kemanusiaan lebih daripada 50 buah negara seluruh dunia mula mengganas ke atas kapal-kapal ‘Freedom Flotilla’ atau yang dikenali juga sebagai Lifeline 4 Gaza (LL4G). Kapal Mavi Marmara dilaporkan diserang oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa Laut Mediterranean kira-kira 65 kilometer dari pantai Gaza. Sementara itu, stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan bahawa tentera Israel menggunakan gas pemedih mata dan menembak dengan senjata dan peluru hidup, menyebabkan ramai yang terkorban dan cedera parah.
a‘Freedom Flotilla’ yang disertai kira-kira 700 sukarelawan hanya membawa bantuan kemanusiaan untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan Palestin. Mereka tidak membawa sebarang senjata sekalipun untuk tujuan mempertahankan diri.
Sehingga berita ini ditulis, jumlah sukarelawan yang terbunuh tidak dapat dipastikan dengan tepat. Al-Jazeera mengatakan seramai 19 orang telah meninggal dunia tetapi angka itu belum disahkan oleh Yayasan Kemanusiaan dan Hak Asasi (IHH) Turki.
Setakat ini, IHH mengesahkan jumlah yang terkorban adalah 16 orang manakala ramai yang tercedera. Antara yang tercedera termasuklah Syeikh Ra’id Shalah, ulama Palestin yang turut serta dalam misi berkenaan. Meskipun bendera putih telah dikibarkan, tentera Israel masih meneruskan serangan dan jumlah yang terbunuh dikhuatiri meningkat.
aHubungan komunikasi dan satelit pula kerap terputus. Masalah ini dipercayai sampai ke kemuncaknya apabila tentera Israel menawan bilik media di kapal Mavi Marmara dan menyekat segala akses komunikasi terutama melalui satelit.
Para aktivis memohon supaya doa umat tidak turut terputus sebaliknya terus dipanjatkan ke hadrat Ilahi, memohon agar misi LL4G ini dikurniakan keselamatan dan kejayaan. Selain aktivis lelaki dewasa, misi ini turut disertai wanita, warga emas, kanak-kanak berumur lapan tahun dan bayi yang baru berusia setahun.
Sementara itu, rakyat Turki dilaporkan membuat demonstrasi besar-besaran di Kedutaan Israel seawal jam 2 pagi kerana membantah tindakan keganasan tentera Israel tersebut.

No comments: