This is our land!!!

Bendera Malaysia

Friday, July 16, 2010

Malam Nisfu Syaaban...


Nisfu Syaaban pada tahun ini jatuh pada 26 julai 2010 iaitu isnin malam selasa sebaik sahaja masuk waktu maghrib dan selepas sahaja waktu maghrib 15 syaaban 1431Hijrah…

Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru…

Hari nisfu syaaban adalan hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru…

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, 15 syaaban bermula pada 14 syaaban sebaik sahaja masuk maghrib…

Antara amal ibadah di hari Nisfu Syaaban :

1. Selepas solat maghrib(15 syaaban,selasa malam)
Solat sunat nisfu syaaban,2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yassin 3x selepas solat maghribnya(15 syaaban,selasa malam)

I) Selepas Yassin pertama,mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah.

II) Selepas Yassin kedua,mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah.

III) Selepas Yassin ketiga,mohon ditetapkan iman dan islam,mati dalam iman, pohonlah segala yang baik,kemudian baca istighfar 11x & selawat 11x. Baca doa nisfu syaaban (ada dalam Yassin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x.

4. Berpuasa pada siangnya.

Nisfu Syaaban :

a) Malam dimustajabkan doa.

b) Malam pembahagian takdir.

c) Malam rahmat.

d) Malam berkat.

e) Malam pengampunan(taubat)

f) Malam penebusan.

g) Malam syafaat.

h) Malam penulisan.

I) Malam keagungan dan kemuliaan.

j) Malam rezeki.

k) Malam hari raya para malaikat.

l) Malam penghidupan.


antara kelebihan bulan syaaban :

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan syaaban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi Allah Yusof di dalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad (saw),pada malam nisfu syaaban setelah berlalu 1/3 malamnya,Allah turun ke langit dunia lalu berfirman,ADAKAH ORANG-ORANG YANG MEMINTA MAKA AKU AKAN PERKENANKAN PERMINTAANNYA,ADAKAH ORANG YANG MEMINTA AMPUN MAKA AKU AMPUNKANNYA,ADAKAH ORANG YANG BERTAUBAT MAKA AKU TERIMA TAUBATNYA DAN DIAMPUNKAN SEMUA ORANG MUKMIN LELAKI&PEREMPUAN,MELAINKAN ORANG YANG BERZINA ATAU ORANG YANG BERDENDAM HATINYA KEPADA SAUDARANYA.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu syaaban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa kepada ibu bapa kita.

Wallahualam…

andai terkurang sila tambah…banyaknya dosa hambumu ini…ya Allah…

No comments: