This is our land!!!

Bendera Malaysia

Wednesday, July 14, 2010

A very good reminder to all of us including myself...

Ingatlah bila ada kawan yang masih mahu memberi ingatan, bermakna ada kawan yang sayangkan kita dan ingin menyelamatkan kita dari seksaan api neraka..Jangan marah, jangan upset.. jangan fikir kita dah cukup tahu semua benda.. Kengkadang kita perlu kepada PERINGATAN..

Jadi selalu-selalu lah kita hangat menghangatkan perkara-perkara yang kita selalu rasa memang dah tau dari kita kecik2 lagi...WalLahhu a'laam ...

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti .
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS


Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


HIDUP CUMA ADA2 PILIHAN

Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA2 TEMPAT

Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikandan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.


Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.

Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,tetapi tidak mempunyai boarding pass.Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada2 penyelesaian dalam kes ini :

Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukuratas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udarasecara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.Semoga kita semua berbahagia & sejahtera senantiasa... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.


Amin!



HAMBA ALLAH

No comments: