This is our land!!!

Bendera Malaysia

Friday, December 17, 2010

2012-KONSPIRASI GALAKTIK...



Menurut kiraan kalender kaum Maya atau apa yang digelar oleh mereka; LONG COUNT CALENDAR,pada tanggal 12 Disember 2012,dunia akan kiamat dengan istilah yang mereka gunakan untuk menggambarkan senario 2012 tersebut adalah DOOMSDAY atau END OF THE WORLD. Sewaktu berita ini tersebar dengan cepat dalam laman sesawang ia menakutkan,akan berlaku malapetaka dan bencana yang tidak terjangka,kehancuran dan kemusnahan berskala besar.

Sehingga  kini,ia kekal menjadi enigma dan igauan ngeri penduduk dunia,khususnya di barat. Bermula dari lingkungan komuniti barat,merebak secara perlahan dalam diskusi lingkungan mereka dalam penulisan buku dan makalah,dan langsung dipanjangkan dalam laman sesawang,sementelahan lagi ia disokong dengan hujah saintifikdan ilmiah sehingga ada yang mengatakan ia memang benar-benar akan terjadi. Kini,tampil enigma 2012 itu dalam adaptasi filem blockbuster Hollywood 2012.

Di antara malapetaka dahsyat yang disebut bakal terjadi adalah kehadiran tsunami gergasi(superstorm) yang kekuatannya 10 kali lebih kuat dari taufan katrina,hentaman asteroid yang melintasi orbit bumi sehingga menghasilkan ledakan seumpama bom nuklear,sebuah planet yang bernama NIBIRU iaitu planet ke 12 dalam sistem solar muncul dan akan menghampiri bumi,sekaligus mengubah kestabilan komposisi atmosfera bumi dan terakhir akan berlaku fenomena matahari berada pada garisan selari dengan pusat galaksi bima sakti pada solstis musim sejuk. Bahkan semua planet utama berada pada jajaran sebaris bumi,matahari dan galaksi,dan fenomena ini terjadi setiap 26 000 tahun sekali. Semua fenomena ini dijangka terjadi sekitar Disember 2012.

Walau apapun,ia kekal menjadi ramalan setakat ini. Namun implikasinya pada masyarakat amat kuat. Ramalan juga punya sisi tersendiri dalam kerangka islam,ada hujah dan perbahasan yang perlu diperhalusi sebelum kita boleh mempercayainya. Kita berada di persimpangan ini antara percaya atau tidak. Setiap satunya mempunyai implikasi tersendiri yang mampu menggugah keyakinan kita selaku umat islam akhir zaman.

Kita harus berhati-hati di sini. Namun,kita semacam berada dalam dilema,jika percaya,bimbang kita akan terjebak dengan unsur syirik dan khurafat. Sebaliknya,jika kita menolak bukti dan hujah ramalan mereka,ia terlalu benar untuk disanggah dengan bukti saintifik. Semestinya kita kembali kepada AL-QURAN dan HADITH RASULULLAH SAW, tsiqah pada para alim ulama' yang hak,menghormati mereka dan tidak berprasangka kerana mereka adalah waris para nabi. Hadirkanlah seberapa banyak buku ramalan atau sains orientalis yang mengubah fakta ilmuan islam,anda tetap melihat kebenaran kerana kebenaran itu datangnya daripada Allah.

Kepercayaan seorang muslim tidak boleh digugah sehingga tersasar jauh,kerana kita perlu yakin dan percaya bahawa kiamat adalah urusan ALLAH dan bukan urusan manusia. Menjangka dan menentukan tarikh kejdiannya adalah hampir kepada aksi tuhan. Maka kita tidak boleh mencampuri urusannya kerana ianya bukan kerja makhluk,bahkan tidak pernah disarankan oleh Rasulullah saw. TUGAS KITA ADALAH MEMPERSIAPKAN DIRI BAGI MENGHADAPI PERISTIWA SELEPAS KIAMAT DAN BUKAN MENGELAK DARI BENCANA SEBELUM KIAMAT.

Justeru,itulah makar tersembunyi yang diatur DAJJAL KONSPIRATUR AGUNG. Dia memilih tahun 2012 sebagai tahun permulaan-siri-siri bencana sebelum dia hadir tampil ke dunia. 2012 adalah tahun kemuncak dan zaman peralihan baru yang sudah ditanda,2012 ADALAH TAHUN "KONSPIRASI GALAKTIK" CIPTAAN DAJJAL LAKNATULLAH...

2012 konspirasi galaktik
Muhammad Nurani Maarif

2 comments:

Sahruddin Esa said...

InsyaAllah, bro. Saya ambil sebagai pesanan dan peringatan utk diri, keluarga dan rakan2 yg lain...

Muhammad Al-Fateh said...

baca hafal faham dan amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al-kahfi utk mengelak dari fitnah dajjal...