This is our land!!!

Bendera Malaysia

Wednesday, February 23, 2011

Ziarah ke Pulau Besar...

Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam di nusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara.Pulau Besar dikenali sebagai pulau keramat, pulau fantasi merupakan pulau yang yang terletak di negeri Melaka,Semenanjung Malaysia. Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir,Melaka. Ini yg aku copy paste dalam internet le,seingat aku dh 2x aku smpai ke sini.
Kali pertama sampai thn 2006,sebelum smpai sini memang tak menyangka akan sampai ke sini pun...dari masa budak2 lagi dah penah dengar tempat ni,rezeki sampai ke sini dalam tahun 2006,masa tu aku attend course kat subang,bila weekend sabtu ahad ada la offer ke sini dengan geng-geng aliran taming sari,follow je la,sape nk ajak ke sini...bertolak dari kl pagi sabtu ke jeti umbai xla lama sangat,sedar2 dah sampai...dari jeti beli tiket feri rm12 le guna  untuk pegi dan balik kira ok la tu,cuaca masa tu cantik so takde la problem sangat,dipendekkan smpailah jugak ke pulau besar naik feri tak sampai 15minit. 1st impression memang menariklah sebab masa tu angin kuat so dari jeti berjalan nak menuju tapak perkhemahan,jalan kaki lagi ok kalau nak naik van pun ada diaorg pick up dari jeti ke masjid pulau besar,van tu  aku tengok macam hidup segan mati tak mau heheh dengan cermin depan xde ish2 bukan lori hantu van hantu pun ade...
Kawasan persekitaran masa jalan kaki nak menuju ke masjid adalah 2-3 makam yang panjang2 tak taulah memang ada ke orang yang panjang macam tu,adalah perasan perkara2 khurafat terjadi di kawasan sekitar makam,hmm apelah punya manusia. Bila malam menjelma lepas solat aku lepak dekat pantai baring2 dkt batu sambil mendengar ombak2 memecah pantai sambil dibumbungi oleh bebintang yang bertaburan sambil dihembus oleh angin dari selat melaka fuhh ganass...TIBA2!!! ketenangan itu dikejutkan oleh jeritan yang penuh makna dari seorang sahabat kita yang mungkin gila isim agaknya meracau2 mengulang2 butiran yang sama,sedap jgk bunyinya tapi ape maksudnya dia je la yang faham...leka mendengar adelah brother dekat pantai yang mengusahakan tmpat mengurut badan sound woiii diamlah!!!
Ok malam makin larut,adelah terserempak dgn budak2 silat yang mungkin bersedia untuk memperkemaskan ilmu nyeri dan nyepi mereka...terpulanglah asal jgn menyekutukan allah sudah...nak cerita panjang lebar malas nak menaip so tgk je lah pic2 yang dilampirkan utk tatapan bersama...



belakang tu pulau besar,masa dekat jeti umbai...



inilah dia pulau besau heheh...


jeti pulau besau...




pose macho di hadapan makam Sultan Arifin...



orang kata nama tempat ni Tasik Bunian,waktu malam cantik,siapa nak pegi malam xberani aku...




ini pulak orang panggil Perigi Bunian,ayornya payau2 kira ayor tawarlah yang dikelilingi lautan,hebat2 ciptaan Allah...



ini perigi banyak barang orang buang,masa gambar ni diambil adalah manusia kat bawah tu tgh cari barang,tengokkan je lah...



pagi yang mendamaikan,silat seround...


Begitulah serba sedikit,ada lagi yang tak diceritakan seperti batu belah,gua haji yunus,tok janggut acheh putih,batu kakang dama bulan,pulau hantu,padang golf pun ade kat sini heheh...Sekian...







No comments: