This is our land!!!

Bendera Malaysia

Tuesday, March 8, 2011

Keadaan bumi sebelum dihuni manusia...







"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,dan pada pertukaran malam dan siang,terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal."- (Surah Ali Imran ayat 190)
Dengan keterangan firman Allah di atas itulah manusia telah banyak menghasilkan kajian tentang bumi dan isi kandungannya,sehingga dapat menghasilkan berbagai-bagai jenis dan bentuk kandungan bumi seperti besi,timah,tembaga,emas,perak dan sebagainya yang banyak memberi manfaat serta kegunaan bagi kehidupan manusia,dan pelbagai bentuk batu-batan yang dapat dihasilkan dari kandungan bumi tersebut seperti batu semen,kapur,marmar dan lain-lainnya. Begitu juga tumbuh-tumbuhan seperti kayu-kayan dan pelbagai spesiesnya yang tidak dapat kita menghitungnya. Semua itu adalah untuk kerluan kehidupan manusia diperuntukkan Allah dalam jangka waktu yang ditentukannya.
Anugerah terpenting kepada manusia,haiwan dan tumbuhan adalah angin,udara,gas,air dan api yang amat banyak manfaatnya,bahkan ia sebagai keutamaan dalam kehidupan manusia,kerana itulah ahli fikir telah dapat mengkaji dan menyelidiki kegunaannya sehingga pada peringkat halus dan mendalam. Itulah manfaat akal dan fikiran manusia supaya terus hidup dan menjalar untuk ingin tahu akan sesuatu supaya bertambah pula pengetahuan kita tentang asal usul bumi serta proses sebelum ia menjadi bumi,serta suasana bumi sebelum dihuni oleh manusia,sudah itu barulah kita teruskan memebentangkan asal usul langit serta perhiasannya dengan dasar nas-nas ayat al-quran dan hadis serta galian akal dan fikiran(talaah)
"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum/sekepal,lalu kami pisahkan antara kedua-duanya,dan kami jadikan air tiap-tiap benda yang hidup,maka kenapa mereka tidak mahu beriman?(surah al-anbiyak,ayat 30)
"Kemudian Dia menuju menciptakan langit,dan langit itu berupa asap(kabus),lalu Dia berkata kepada keduanya:"datanglah kamu berdua menurut perintahku dengan sukarela atau terpaksa? kedua-duanya menjawab,"kami datang dengan sukarela". Maka Dia menjadikan tujuh lapis langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya,dan kami hiasi langit yang dekat itu dengan bintang-bintang dan kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya ."-(surah fushilat,ayat 11-12)

Dulu langit dan bumi bercantum


Di dalam surah al-anbiyak turut menerangkan secara ringkas bahawa bumi dan langit dulunya bercantum sekepal,lalu Allah pisahkan antara kedua-duanya,dan sebahagiannya untuk dijadikan menjadi langit serta kandungannya,dan sebahagiannya dijadikan menjadi bumi serta sekalian kandungannya.
Pada masa bumi dan langit masih dalam keadaan sekeping,lalu Allah mentajalikan nur sifatnya Al-Khaliq pada benda tersebut, maka terjadilah perpisahan antara langit dan bumi,dan di saat terjadi perpisahan itu,dalam istilah astronomi dinamakan "big bang",yakni terjadi dentuman besar. Teori big bang juga menjelaskan dasar gambaran kajiannya bahawa awal munculnya seluruh benda-benda di langit berasal dari satu titik yang kemudian meledak lalu tersebar di seluruh penjuru langit berupa planet-planet dan bintang-bintang. Maksud atau erti daripada kata-kata "bumi atau ardhi" ialah bumi sekalian kandungannya,tanah,batu,tumbuh-tumbuhan,logam,minyak,dan sekalian kandungannya sebagaimana yang kita lihat dan saksikan sekarang ini,itulah yang dimaksudkan dari kata-kata bumi atau ardhi,dan sebelum bumi ini menjadi sebagaimana yang kita saksikan sekarang,bahawa asal-usulnya kesemuanya itu diciptakan oleh Allah daripada "Air".
Ketika masa bumi masih berupa dalam berupa air,air tersebut telah diserapkan oleh Allah empat unsur utama,iaitu unsur api,unsur angin,unsur air,dan unsur tanah. Dan dalam empat unsur tersebut juga telah diserapkan Allah unsur-unsur segala yang akan diwujudkannya di muka bumi sampai hari kiamat,akan tetapi dalam air atau dalam empat unsur tersebut tidak diserap Allah unsur roh,kerana roh adalah ciptaan Allah yang tinggi atau lathif,dan Allah tidak memberikan kemampuan atau tidak memberikan izin kepada sesiapa untuk mengetahui unsur roh,akal atau fikiran yang diberikan Allah kepada manusia tidak diberi kemampuan tentang kajian unsur roh atau hakikat roh,melainkan kajian tentang sifat-sifat roh,perangai-perangai roh.
Dalam tempoh masa berjuta tahun lamanya,dan dengan penggantian siang dan malam, lalu air tersebut beransur-ansur berubah menjadi buih,yakni hampas dari air sehingga sampai 2/3 air tersebut menjadi buih dan ia sesuai dengan sukatan qadar dan tujuan Allah memperuntukkan untuk menjadi daratan.  - Raflis Sabirin-

No comments: