This is our land!!!

Bendera Malaysia

Thursday, March 31, 2011

Kisah 1 - senjata menghadapi tipu daya syaitan...


Musuh yang jahat bernama syaitan ini memang bersungguh-sungguh untuk menyesatkan manusia. Kita pun telah mengetahui sasaran dan cara-cara syaitan dalam menyesatkan mangsanya. Jika manusia lalai tentang perkara ini,maka sesungguhnya syaitan akan menawannya dan mengarahkannya sesuai dengan kehendaknya.
Ibnu Al-Jauziah telah menggambarkan pertarungan antara manusia dan syaitan dengan gambaran yang indah,katanya : ketahuilah sesungguhnya hati ini laksana suatu benteng yang di atasnya dikelilingi oleh pagar-pagar. Pada pagar itu terdapat pintu-pintu dan celah-celah. Penghuninya adalah akal dan malaikat mengawal benteng itu. Di sekitarnya ada "rabadh" iaitu tempat yang dihuni oleh hawa nafsu,syaitan juga menempati ruang itu tanpa sebarang rintangan.
Pertarungan sentiasa terjadi antara penghuni benteng dan penghuni rabadh. Syaitan sentiasa meronda di sekitar benteng mencari-cari peluang dari kelalaian manusia untuk menceroboh melalui celah-celah pagar. Oleh kerana itu hendaklah bagi penjaga benteng mengenal pasti semua pintu-pintu benteng yang dijaganya dan memastikan ke semua celah-celah. Jangan sampai lengah dari penjagaan walaupun hanya sesaat kerana sesungguhnya musuh tidak pernah lengah. Seseorang bertanya kepada Hasan Al-Bashri: "adakah iblis itu tidur?" Hasan menjawab: "sekiranya dia tidur ,dapatlah kita beristirehat."
Benteng ini disinari dengan zikir kepada Allah dan diterangi oleh iman. Di dalamnya terdapat cermin yang membuat semua perkara yang melintas dekatnya nampak jelas di dalamnya. Pertama yang dilakukan oleh syaitan terhadap rabadhain(dua tempat) itu ialah membanyakkan asap sehingga membuat persekitaran benteng menjadi hitam dan mengotori cermin. Kejernihan (kesempurnaan) fikiran dapat mengepam asap keluar,dan kemurnian zikir pula dapat melicinkan cermin.
Musuh melancarkan serangan dengan berbagai cara,sesekali ia masuk ke dalam benteng dan menyerang hendap pegawal kemudian keluar lagi. Kadang-kadang ia masuk dan memusnahkan,dan kadang-kadang ia tinggal di situ untuk melalaikan pengawal. Tidak kurang pula yang menahan hembusan angin yang akan menghalau asap keluar,sehingga asap bertakung dan menghitamkan kawasan benteng,dan dengan ini pula menjadi hitamlah cermin. Maka berjalanlah syaitan di situ tanpa dapat dikesan . Ada pula cara syaitan iaitu dengan mencederakan pengawal benteng kerana lalainya kemudian ditawan. Maka syaitan membuat tipuan-tipuan kesepakatan yang disokong oleh hawa nafsu. Atau ia juga menjadi seperti ahli fekah dalam keburukan.
 - Muhammad Isa Selamat-

No comments: