This is our land!!!

Bendera Malaysia

Saturday, March 19, 2011

Pasca tsunami Jepun...

Dah 9 hari Jepun dilanda musibah tsunami kesan dari gempa bumi,tak dapat dibayangkan kesengsaraan umat manusia di Jepun dalam hari-hari sengsara akibat gempa bumi,kemudian tsunami membadai mengakibatkan kematian dan kemusnahan harta benda,salji pula turun di saat kehilangan tempat untuk berlindung,kemudian diburukkan pula dengan kebocoran reaktor nuklear,aku tak berapa faham apa kesan dari kebocoran ini,apa yang dikatakan mengenai krisis nuklear Jepun,tapi lepas tanya orang dan buat rujukan dekat cikgu google barulah aku paham sikit,meh aku share kat deme...





Punca sebenarnya ialah tsunami selepas berlakunya gempa bumi di dasar laut. Rentetan dari kejadian tsunami berlaku pula kejadian yang tidak diduga melibatkan reaktor nuklear sehingga menyebabkan letupan gas hidrogen dalam bangunan reaktor. Kesemua sistem pendinginan reaktor menggunakan kuasa elektrik. Apabila berlaku gempa bumi, operasi reaktor akan terhenti (shut-down) secara automatik dan bekalan elektrik terputus.  Bekalan elektrik kecemasan dijana oleh generator diesel tetapi setelah dilanda tsunami generator juga mengalami kerosakan dan bekalan elektrik terputus sama sekali. Sementara menunggu bekalan elektrik bergerak (mobile electrical supply) tiba bahan api reaktor terus memanas kerana tidak disejukkan.  Kegagalan penyejukan teras reaktor yang mengandungi bahanapi Uranium tersinar mengakibatkan peningkatan suhu yang berterusan sehingga berlaku pencairan separa  (partial meltdown) dan peningkatan tekanan terus berlaku dalam reaktor. Apabila stim dilepaskan untuk menurunkan tekanan dari 800 kPa ke 400kPa gas hidrogen juga terbebas dan menyebabkan bumbung bangunan reaktor meletup.
Nasib yang sama menimpa reaktor Daiichi 1, 2 dan 3. Kebakaran pada reaktor Daiichi 4berlaku disebabkan oleh tempat simpanan bahanapi uranium tersinar/terpakai tidak disejukan dan berlaku pemanasan. Daiichi 4 masih belum berjaya disejukkan sepenuhnya kerana suhu kolam simpanan bahanapi terpakai masih tinggi iaitu 84’ C  sedangkan dalam operasi biasa perlu dikekalkan pada suhu 25 'C.
Tahap Kecemasan sekarang ialah Tahap 4 berasaskan kepadaInternational Nuclear and Radiological Event Scale (INES). Tahap 4 bermakna berlaku pelepasan bahan radioaktif setempat dan ia tidak mengakibatkan pencemaran antara negara atau merebaknya ke kawasan yang luas. Jika berlaku pencairan menyeluruh (total meltdown) seperti tragedi Chernobyl (1986) itu lebih berbahaya. Tetapi situasi ini tidak berulang kerana rekabentuk Boiling Water reaktor Fukushima berbeza dan lebih baik berbanding reaktor Chernobyl. Insiden Three Mile Island (TMI) yang melibatkan masalah Pressurised Water Reactor (PWR) hanya mengakibatkan pencemaran radioaktif setempat. Insiden Fukushima boleh diibaratkan seperti ulangan peristiwa Three Mile Island.
Penggunaan tenaga nuklear lahir pada tahun 1939 ketika dunia di ambang Perang Dunia Ke-2. Teknologi nuklear telah digunakan oleh kuasa-kuasa politik dunia sebagai senjata dalam peperangan. Apabila masyarakat menyaksikan kemusnahan Hiroshima dan Nagasaki akibat penguguran bom atom oleh pasukan tentera Amerika di kedua-dua bandaraya tersebut, maka stigma keburukan tenaga nuklear kekal sehingga kini. Sebenarnya banyak kebaikan tenaga nuklear yang telah digunakan dalam bidang perubatan, perindustrian, pertanian di samping penjanaan tenaga elektrik. Apa yang perlu dilakukan ialah penjelasan sejelas-jelasnya kepada masyarakat awam tentang apa itu teknologi nuklear. Seperti kata pepatah ’tak kenal maka tak cinta’. Justeru itu apabila kita memahami dan mengenali teknologi nuklear maka ketakutan masyarakat terhadap nuklear akan beransur-ansur hilang.
Pertamanya kita lihat dari segi teknologi. Reaktor Fukushima adalah reaktor generasi lama seperti yang digunakan oleh loji Three Mile Island. Reaktor Chernobyl pula adalah teknologi yang ketinggalan jauh dari teknologi Barat pada masa itu. Loji Nuklear Fukushima I yang menghadapi masalah pada masa ini mengandungi enam buah reaktor.           
Kesemua reaktor tersebut dirancang pada tahun 1950an selepas Perang Dunia Ke-2 kerana pembangunan loji nuklear mengambil masa 20 tahun dari perancangan hingga ke pentauliahan.
Loji Nuklear Fukushima II pula yang terletak bersebelahan mengandungi empat unit reaktor, dibina dan ditauliahkan 10 tahun kemudian dan tidak mengalami masalah. Sementara reaktor generasi serupa di Loji Nuklear Tokai tidak menghadapi masalah kerana tidak dilanda tsunami. Loji Nuklear Onagawa di sebelah utara terdiri dari tiga unit reaktor baru juga tidak menghadapi masalah.Berasaskan kepada fakta tersebut, bencana yang menimpa Fukushima ialah akibat tsunami dan faktor rekabentuk reaktor nuklear jenis lama.

kredit majalahsains.com

No comments: