kalau anda seorang manusia apa perkara pertama terlintas dalam fikiran?simpati dan sedih aku tengok dua orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini. manalah peginya orang tua mereka ni...kasih sayang kepada adik mengatasi segalanya,mungkin penat dan kelaparan akhirnya mereka berdua tertidur,harap-harap ianya bukan berlaku di negara kita,walau berlaku di negara lain tapi sifat kemanusiaan mengatasi segalanya,andai aku boleh tolong walau dengan sebungkus nasi supaya dapat mengurangkan kesengsaraan yang mereka sedang lalui. Inilah survival hidup yang kuat menindas yang lemah,yang kaya memeras yang miskin,yang berkuasa semakin angkuh dan terusan menzalimi. Kepada yang hidupnya suka membazir makanan,beringatlah ada insan lain yang sedang berlapar dan tidaklah sebertuah anda,dan kepada pemimpin yang siang dan malamnya asyik menabur janji dan sibuk mengumpul kekayaan tanpa mengambil kira hak rakyatnya,sedarlah bahawa kekayaan dan kekuasaan itu adalah satu amanah yang bukan ringan tetapi amat berat untuk kita laksana dan kita pikul,sedarlah manusia kerana kita semua semakin zalim dan menzalimi diri sendiri,sekian...


2 ulasan:
paparan imej paling menyentuh aku. walau pun situasi ni memang wujud, tapi aku tak mampu nak bertembung keadaan macam ni...
asam garam hidup...
Post a Comment