This is our land!!!

Bendera Malaysia

Thursday, April 14, 2011

Perwatakan kita...



Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai sebuah kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya ?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak pernah puas dengan nikmat yang ada sentiasa menghimpun harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun MASIH BERAT untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
 Ustaz Balya Amin bin Yusoff @ Che Man
Unit Dakwah Dan Syariat, Jabatan Agama Islam Selangor

2 comments:

Mohamad Razif said...

angah, mana dapat petikan ni? Balya Amin tu Pen. Pengarah Ukur JUPEM Seksyen Kadaster. Tapi dia mmg ada terlibat dgn JAIS.

Muhammad Al-Fateh said...

ha i2 dia rahsia cilok level 52...