This is our land!!!

Bendera Malaysia

Monday, April 4, 2011

Safee Sali di Pelita Jaya vs PERSIJAP 3-04-2011



SAFEE Sali di ambang menjadi pemain import terbaik Liga Super Indonesia (ISL) sekiranya mampu meneruskan rentak
Pada perlawanan menentang Persijap di Stadium Singaperbangsa, Kerawang malam tadi, Safee mendapat umpanan cantik untuk membuka jaringan menerusi sepakan gunting pada minit ke-10 dan mencetus kemenangan 2-0 buat pasukannya.

Pada babak kedua, Pelita Jaya menambah jaringan menerusi pemain tengah berbakat, Joko Sasongko yang bijak mengawal bola di dalam kotak penalti.
Kemenangan itu merapatkan jurang Pelita Jaya kepada hanya satu mata di belakang Persijap yang kini berada di tangga ke-13.

Bagi pengendalinya, Miodrag Radovic, kehadiran Safee cukup membantu Pelita Jaya yang sebelum memulakan pusingan kedua ISL ini, sekadar menduduki tangga tercorot.

“Dia memang membawa perubahan besar kepada pasukan ini,” kata Radovic.

“Saya bukan saja mengharapkan dia untuk menjaring gol, tetapi kehadirannya cukup membantu memberi inspirasi kepada pemain muda Pelita Jaya. Beberapa pemain yang kurang menyerlah sudah mula menunjukkan kemampuan sebenar mereka.”

Penyerang kebangsaan yang namanya mula menjadi sebutan selepas muncul penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki tahun lalu, membuktikan kehebatannya apabila membantu Pelita mencapai tiga kemenangan daripada lima perlawanan setakat ini.

No comments: