This is our land!!!

Bendera Malaysia

Sunday, April 10, 2011

Telur tiruan...

Umum dah mengetahui penemuan telur tiruan di pasaran,yang dijumpai di pasar Pulau Tikus,Penang,biasalah manusia ni bila dah maju macam ni la telur pun nak diciplak,dikatakan kosnya lagi murah lebih kurang 0.55 yuan/kg berbanding 5.6 yuan/kg sebab tu lah ambik jalan mudah nak menganiaya orang lain. Ianya mula dipelopori oleh para bijak pandai daripada China,kira teknologi China la ni,buatlah benda yang elok sikit selain daripada menganiaya orang lain. Aku search kat cikgu google dapatlah sumber-sumber yang bole dikongsi bersama,mari kita saksikan...


macamana perfect pun orang le kesan,tak sesempurna ciptaan yang maha esa...


Bahan-bahannya,calcium carbonate, starch, resin, gelatin(babi ape), alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.


Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.


Cecair Kuning dimasukkan ke dalam acuan bulat...


lapisan luar kuning mula terbentuk...


Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.


dibiarkan untuk proses pengerasan kulit bahagian luar...


dah siap,jemput makan heheh...

macamana nak membezakannya?orang kata saiznya lebih besar daripada biasa kira gred AA++ la ni,takde rasa,bau dan kulitnya yang agak kasar,selain kalau dipecahkan dan digoreng ianya seakan-akan macam plastik,what the hell...berwaspadalah,ayam tiruan ada telur ayam tiruan dah tentu tak mustahil ada hehehe,sekian...






No comments: