This is our land!!!

Bendera Malaysia

Wednesday, December 26, 2012

Pertemuan busana tradisi dan pendekar Melaka...

Postingnya agak lambat tapi kenangannya amat manis sampai sekarang masih terasa kemeriahannya apabila semua pendekar,pencinta-pencinta busana dan kesenian Melayu,sahabat dan rakan taulan yang lama bertemu kembali,yang baru saling berukhuwah segalanya hebat dan menakjubkan. Ianya membuka mata masyarakat,rata-rata orang Melayu sendiri pelik melihat kami berbusana dan tersisip keris di pinggang..."bro ni Hang Tuah ke Hang Jebat?" gelinya hati bila mendengar pertanyaan yang termasuk dalam ranking nombor wahid =p ....pelancong-pelancong teruja dengan identiti Melayu yang memang terkenal dengan kebudayaan yang amat tinggi dan halus...kalau datang Malaysia setakat nak tengok orang yang berpakaian seperti mereka di negara sendiri dah puas mereka lihat...hatta itulah pakaian yang mereka sendiri perkenalkan...di Melaka suatu masa dulu kita pertama kali dijajah dan sekarang kami datang kembali sekadar mengambil rasa perasaannya berbusana dan bersilat di sini..."TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" TAPI MELAYU YANG BERKUALITI YANG TIDAK LUPA ASAL USULNYA ISLAM SEBAGAI PEGANGAN PERIBADI YANG TERTINGGI MELAYU IALAH IDENTITI DIRI SAMPAI BILA PUN KITA TETAP MELAYU YANG MEMBEZAKAN KITA HANYALAH IMAN,AMAL DAN IHSAN...



















Wednesday, November 14, 2012

Aku pengembara...

 
Aku rasa diri seorang pengembara,merentasi masa,merentasi zaman dimensi yang aku cipta sendiri...penat,kecewa dan putus asa apa lagi yang boleh didambakan dengan perasaan aku sekarang ini...bercampur baur antara jelas dengan kesamaran,antara sedar dengan tidak. Hinggakan mahu sahaja rasanya aku berhenti dalam pengembaraan ini,tetapi kenapa harus mengagalkan diri sendiri?sungguh bukan itu niat asalku dalam perjuangan mungkin ianya satu pengharapan,oleh kerana terlalu mengharap tidur tak lena bagai bermimpi di siang hari...andai ini semua bukan noktah yang muktamad boleh kiranya aku mulakan kembali walau berseorangan kerana bila berkumpulan rambut sama hitam hati lain-lain. Antara agenda dan matlamat,antara cita-cita dan nafsu...sungguh keikhlasan memang tidak boleh diukur dan tidak boleh dikalibrasi andai jarumnya tidak berada pada bacaan yang tepat...luahan rasa yang hanya dibaca oleh diri sendiri sebagai pengubat hati yang lara...mententeramkan jiwa yang bergelora yang memberontak yang menjerit dalam mulut yang tertutup dalam kotak besi yang dikunci rapi...sungguh pengembaraan seterusnya akan menjadi bertambah menarik kerana ianya bakal memberi petanda mana kawan dan mana lawan...kawan akan ku kenang setiakawanmu lawan akan ke kenang kerana semangat melawanmu...angin timur utara barat dan selatan sudah sampai masanya untuk pengembaraan seterusnya....

Friday, November 9, 2012

Persaudaraan Silat Melayu...(PERSIM)

Dari persilatan kami datang,bukan satu tapi dari pelbagai persilatan kami bersatu dengan nama silaturahim dan ukhuwah...biarlah kami bermula dari bawah kerana langkah pertama dimulai dengan kalimah Bismillahirrahmannirrahim adalah penentu untuk langkah seterusnya...niat yang baik Insya Allah akan diberkati segala usaha kami...bukan untuk mencetus kontroversi kerana kami hanyalah pencinta seni dan budaya Melayu agar Melayu yang akan datang tidak lupa jatidiri mereka kerana mereka bangsa yang hebat...Mohon kepadamu Ya Allah agar kami semua tidak lupa akan niat asal dan perjuangan kami dan minta dihindarkan segala perkara yang dimurkai olehmu...Melayu itu hebat TANPA ISLAM LAYULAH IA...Aminn Ya Rab...



Wednesday, October 31, 2012

Lawatan muhibbah ke Bukit Tabur...

hajat mencari pengalaman bernilai,
bukit tabur nama diberi,
hajat di hati sudah tertunai,
tapi penatnya tidak terperi...

Ini cerita dalam bulan ini juga rasanya nak dikongsi cuma lambat sikit nak posting agak sibuk...Punyalah excited nak daki Bukit Tabur sampai semalaman tak tidur,mata pun dah merah saga sebab dah berjanji dengan seseorang takut terlajak tidur tak tepati janji pula nanti. Lepas subuh bertolak ke Bukit Melawati parking dekat BHP tunggu tuan Pangeran bila dah sampai kami bertolak sekali...tuan Pangeran dah senior tentang Bukit Tabur ni dia memegang caps sebanyak sekali hehehe masuk yang ini kira dua kali...sesampai di kaki bukit kereta dah melambak-lambak lagi awal depa naik...bermulalah pendakian yang keseluruhannya boleh dikatakan mendaki dan keselamatan amat-amat dititikberatkan kerana agak ekstrem sikit....lagi bahaya dari Gunung Santubong...kami bercadang nak berbusana sesampai di puncak,oleh kerana lidah kami pun dah mencecah lantai semasa mendaki...hinggakan busana disimpan rapi di dalam beg galas hehehe...teman karibku si bugis bima hanya tersenyum...

 

 

Professional trekker...


 


 



 

Gaya lebih...





Monday, October 29, 2012

Malam perasmian kejohanan Mendayung dan Perahu Panjang 2012...

Acara seterusnya kami dijemput untuk memeriahkan malam pembukaan kejohanan Mendayung dan Perahu Panjang 2012 di Kelab Tasik Putrajaya. Agak saat-saat akhir dijemput ke acara ini,tak mengapalah untuk silat dan persaudaraan kami sanggup pergi membantu mana yang perlu,terlebih dan terkurang hanya sebagai insan biasa. Tempat berkumpul seperti biasa di tempat keramat Kampung 200,dan agak lewat sedikit sampai kerana berperang dengan pelbagai 1001 dugaan yang kiranya disenaraikan boleh menjadi novel yang menarik untuk dibukukan. Pada mulanya kami menjangkakan hanya untuk sekadar memeriahkan suasana kerana selain dari memartabatkan busana Melayu,sekali lagi kami menjadi PENYERI pada malam itu,tak sangka pihak penganjur meminta untuk mempersembahkan satu dua langkah dan silat pulut kepada hadirin terutama sekali pada VIP yang hadir. Alhamdulillah PERSIM bukan sahaja berbusana MELAYU tapi kami 100% tahu bersilat,dengan izin Allah segala perancangan yang saat akhir berjaya dilaksanakan dan buat kesekian kalinya kami memberi IMPAK YANG AMAT-AMAT DIBANGGAKAN  kerana kami bukan sahaja mewakili maruah Silat Melayu dan Busana Melayu tapi kami membawa imej Melayu itu sendiri...

                                        Geng sesat hotel Pullman...


                                                sampai akhirnya...















Sunday, October 28, 2012

Malam Seni Pendekar UKM...

Postingnya agak lambat tapi rasanya taklah terlalu lambat untuk dikongsi,bertempat di UKM berlangsung Malam Seni Pendekar UKM 2012. Kami dari Persaudaraan Silat Melayu(PERSIM) terpanggil untuk memeriahkan acara ini. Pakat semua untuk berbusana hadir memberi sokongan,lokasi berkumpul di tempat keramat Kampung 200,kami bertolak agak lambat kerana berperang dengan kesesakan di MRR2. Alhamdulillah akhirnya semuanya selamat sampai dan berjaya menjadi sebahagian dari acara majlis. Walaupun hanya sebagai hadirin tetapi mata semua bertumpu pada kami...agaknya pelik tengak kami berbusana Melayu,inilah sebahagian dari perancangan kami untuk memartabatkan busana Melayu,bak kata "abg micai" di peringkat permulaan agak luar biasa lama-kelamaan jadi biasa. Senyum puas hingga ke akhir majlis dan yang paling bangga kamilah VIP di majlis itu,tak sangka mereka memandang tinggi kami yang hadir berbusana,dan memang sepatutnyalah di situ tempat yang selayaknya untuk busana Melayu...kami akan datang lagi...kali ni impaknya diharap akan menular pada hadirin lain...Insya Allah...