This is our land!!!

Bendera Malaysia

Tuesday, June 5, 2012

Dunia Seni Silat Melayu



VISI

Mendaulatkan SENI SILAT MELAYU dan MENYATUKAN pengamal dan ahli berlainan perguruan di bawah satu platform media baru.

MISI

Mengumpulkan semua ahli-ahli persilatan LAMA dan BARU dari pelbagai PERGURUAN PERSILATAN di dalam program SILATURRAHIM supaya kembali bersama 'MENYATU,MEMBUDAYA,MEMPROMOSI dan MEMARTABAT' Seni Silat Melayu sebagai satu warisan kebangsaan yang dihormati dan disegani,sejajar dengan silat yang tertakluk di dalam Akta Warisan Negara.

MATLAMAT

1.  Mendedahkan dan mendekatkan individu atau masyarakat Melayu bukan silat untuk sama-sama mempelajari silat.

2.  Mengeratkan tali persaudaraan dan silaturrahim antara ahli-ahli lama dan baru walau berlainan perguruan persilatan.

3.  Menanamkan perasaan cintakan hak dan warisan bangsa Melayu.

4.  Menghidupkan kembali pusaka warisan bangsa yang hampir dilupakan.

5.  Menanamkan semangat bahawa hanya orang Melayu khususnya yang bertanggungjawab masa depan warisan ini dari terus pupus,bukan oleh bangsa lain.

6.  Menjadi sumber rujukan akademik,kajian seni dan siaran.

STRATEGI

1.  Melaksanakan aktiviti-aktiviti bulanan program silat dan menghebahkannya ke seluruh masyarakat agar ikut turut serta membudayakan silat sebagai pakaian orang-orang Melayu.

2.  Melaksanakan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di kalangan warga silat media baru.

No comments: