This is our land!!!

Bendera Malaysia

Tuesday, August 28, 2012

DSSM IV...Bengkel mengikat sampin&setanjak majlis berbuka puasa...

Agak mengambil masa yang lama untuk liputan DSSM kali ke 4...mood tak menentu dalam bulan ramadhan agak sibuk...bertempat di taman tasik titiwangsa pada 05 ogos lalu diadakan majlis perjumpaan DSSM kali ke 4,di samping untuk meraikan anak-anak Tahfiz Darul Abrar. Antara acara yang diadakan ialah bengkel ringkas cara-cara mengikat sampin dan setanjak oleh Tuan Shahrul fadzley dan bengkel ringkas pengenalan senjata oleh Tuan Mohd Jasiman. Program kali ini saya tidak dapat turut serta kerana bertugas jadi kredit diberikan kepada admin lain yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini yang pada mulanya nampak sukar tetapi bila kerjasama yang erat maka terpancarlah hasil kerja yang disertai dengan keikhlasan. Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib,isyak,terawih berjemaah...diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penaja yang menaja makan dan minuman sepanjang program,tak lupa juga pada hamba Allah yang menderma...




 


































No comments: