This is our land!!!

Bendera Malaysia

Tuesday, September 18, 2012

Semalam di Kuala Linggi...

Baru-baru ini aku baru sahaja selesai melaksanakan program hari keluarga sebagai aktiviti tempat kerja,oleh sebab-sebab tertentu nampak gayanya pergi bujang le...depa pun tolak aku pegi dulu sebab nak jaga hadiah yang berlambak-lambak. Bertolak dari Hulu Kelang ke exit Pedas-Linggi dalam sejam ada kot campur tolak jammed dekat MRR2. Dari tol Pedas-Linggi nak ke destinasi le tahan jauhnya dalam 45min kalau laju kalau santai dekat sejam jugak,layan je la. Sepanjang perjalanan diiringi dengan suasana kampung,ladang getah dan kelapa sawit,bukan selalu dapat cuci mata macam ni,hari-hari duduk dekat hutan batu. Dipendekkan cerita teringat akan kisah Kota Kuala Linggi di sinikah tempatnya?Memang tak tersangka rupanya lokasi tempat bersejarah itu tidak jauh dari chalet,jalan kaki pun sampai,alhamdulillah...
Akhirnya tak tersia pergi awal dapat tengok tempat bersejarah,mengikut empunya cerita kota dibina atas dasar perdamaian antara Belanda dan Orang Bugis,hasil perjanjian tersebut Belanda dibenarkan menguasai kawasan Linggi dan perdagangan bijih timah di situ. Kota ini berbentuk segi empat dan dibina dari susunan batu laterit. Di setiap empat penjuru telah dibina separuh bulatan bagi menempatkan meriam untuk tujuan pertahanan. Selain dikenali sebagai “Supai Fort”, kota ini juga dikenali dengan nama For Filiphina di mana namanya diambil bersempena dengan nama anak perempuan Gabenor Belanda ketika itu. Tidak lebih dan kurang sebenarnya kota ini amat menarik tetapi agak menyedihkan kerana ianya nampak terbiar begitu sahaja,dan ianya bersambung dengan sebuah restoran terapung ikan bakar Fort Supai.Mungkin tidaklah keterlaluan boleh dikatakan aku bertuah dapat melihat tempat-tempat bersejarah yang memang bersejarah tapi tidak dapat dirasai oleh orang lain,semuanya secara kebetulan...semalam di Kuala Linggi...




















Mana Hebat Orang Melayu,
Jika Tanpa Mulianya Ilmu,
Mana Tinggi Nilai Bangsaku,
Jika Tanpa Islam Padamu.
(hamba Allah)



No comments: