This is our land!!!

Bendera Malaysia

Saturday, October 6, 2012

Jalan mana yang harus kau pilih...



Kehidupan seumpama roda,kadang di atas kadang di bawah,andainya berada di atas pasti akan turun ke bawah jua,sejauh mana kita bersedia untuk duduk di bawah selama kita rasa diri ini terlalu benar,terlalu sempurna,terlalu baik dari semua segi,terlalu pandai berkata-kata,terlalu dan terlalu semasa kita berada di atas. Lumrah manusia terlalu sedikit jenisnya yang bila di atas akan memandang ke bawah,tapi terlalu ramai bilangannya yang bila berada di atas terus memandang ke atas tak memandang ke bawah menongkat langit dan terus melawan arus,tidak pernahkah terfikir akan siapa yang selama ini bersama-sama dalam perjuangan?ibarat habis madu sepah dibuang,dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi,dan yang paling malang apabila sudah berada di bawah selama-lamanya tidak akan rasa diri bersalah dan terus cuba menegakkan benang yang basah walhal benang yang kering sekalipun memang tidak mudah untuk ditegakkan,ianya bermula dari sikap,siapa kita hendak memakai sifat Allah?sedarlah selagi sempat,hanya alasan-alasan remeh untuk sekadar menyedarkan tetapi dibelitkan dengan seribu pembelitan,perkara pokok yang sebenar-benarnya cuba diselindungi kerana menjaga aib dan sebagai kaedah untuk menyedarkan secara yang teramat halus dan berhemah,tapi sayang tidak mendapat sambutan,memang keikhlasan tidak boleh dinilai dengan perbuatan,tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata tetapi cukuplah dengan kejujuran,dan ingatlah Allah Taala senantiasa memerhatikan sikap kita tidak lalai walau sesaat pun,hanyalah kita manusia hina yang lalai dan alpa,bersiap siagalah kerana kita bisa dijemput tanpa kita sempat untuk menyesali perbuatan yang telah kita lakukan...pesanan untuk diriku...Ya Allah andai kau cabut nyawaku biarlah aku sempat bertaubat kepadamu Ya Allah,hidup ini memang penuh dengan segala penipuan dan fata morgana yang melalaikan,cuma aku tidak mengerti kenapa hati ini masih terus lalai seakan aku hidup untuk seribu tahun lagi...

No comments: