This is our land!!!

Bendera Malaysia

Wednesday, July 4, 2012

Dunia Seni Silat Melayu III...01 Julai 2012

Dengan izin Allah segala limpahan rahmat dan nikmatnya ke atas kami semua akhirnya disudahi dengan kejayaan penganjuran Dunia Seni Silat Melayu yang telah memasuki edisi ke 3. Setiap edisi semakin meningkat dengan jumlah kehadiran dan penyertaan,dan pada edisi kali ini pesilat tidak diringi dengan alunan gendang silat dari audio cd,tetapi diiringi dengan paluan gendang dan tiupan serunai secara langsung daripada team gendang silat Persatuan Seni Silat Tari Harimau yang datang sejauh Klang,Selangor. Atas nama semangat silat dan rasa tanggungjawab untuk memartabatkannya mereka sanggup datang ke lokasi. Penyertaan pada kali agak ramai dan menjadi tumpuan abg DBKL dari unit berkuda,almaklumlah yang datang hampir semua berbusana melayu lengkap bersenjata,mau tak gerun takut-takut kami menyalahi akta kecil taman rekreasi awam,tapi admin-admin lebih cekap dalam membuat kerja dan perancangan kerana segala permit dan kebenaran telah diperolehi dulu seperti edisi-edisi sebelum ini. Impak dari perjumpaan kali teramat besar dan bermakna,insya allah persediaan sebelum menyambut ramadhan tak lama saja lagi...


abg DBKL dari unit berkuda,nak belajar kuda-kuda tak payah pergi bukit timah heheh...

           Ketibaan rombongan Kuntau Tekpi dari Kuantan,Pahang,syabas!!!

mic test PA system...

 
dok pikiaq apa noo...

  
                                      bacaan tahlil diketuai tuan kedai warisan...

 




sessi aluan,berkenalan,luahan perasaan,cadangan dan sebagainya...


diiringi dengan alunan serunai...

gendang silat dari Persatuan Seni Silat Tari Harimau Klang...






 
 Silat Pulut pembuka gelanggang antara tuan Jasiman & tuan kedai warisan...


Silat Melayu lok 9 oleh tuan Muhamad Perang...


tuan Amirul Nai kuntau tekpi...


Lian Padukan dan rakan-rakan...


 Pak Yusof Gayong 7...


tempur silat seni tari harimau...




Kuntau Tekpi Pahang...

ambe la tu...

beginilah serba sedikit aktiviti pada edisi kali ini amat menarik sebelum kita semua menyambut ramadhan dan DSSM berehat seketika,insya allah segala usaha yang baik mendapat keredhaannya...