This is our land!!!

Bendera Malaysia

Thursday, January 31, 2013

Berbusana dan bersilat di puncak Broga...

Orang Silat ceritanya silat,kadang2 pernah jugak terfikir pendekar2 dan hulubalang2 zaman dahulu kala bagaimana agaknya mereka meredah hutan belantara,gunung-ganang,lautan dan sebagainya kerana zaman itu hanya lautan dan sungai menjadi pengangkutan utama selain dari meredah belantara utnuk berhubung. Pasti bukan hanya mahir dan handal bersilat,stamina mereka pasti amat luar biasa nak dibandingkan kita pada zaman sekarang bersilat sekejap dah pancit,macam2 alasan dah tua lah,asap rokok banyaklah,perut dah boroi lah...alasan2 yang rapuh buat malu orang2 silat sahaja kerana stamina boleh dicari seiring dengan ilmu persilatan yang kita tuntut...pokoknya mahu atau tidak kerana dimana ada kemahuan di situ pasti ada jalan...bagaimana nak bertempur atau berjuang sekiranya persediaan fizikal kita kurang...bak kata Leftenan Adnan biar kita bermandi peluh sekarang jangan kita bermandi darah di kemudian hari...(dalam filem dia le hehehe) tapi bukankah ianya amat mendalam?paling tidak kita pasti boleh apabila keadaan memerlukan,kadang2 gaya dan penampilan lebih dari kemampuan sebenar...tapi itu tak mengapalah masing2 punyai persepsi sendiri,sebagai untuk merasai perasaan dan suasana yang pernah dilalui oleh pendekar dan hulubalang silam,kami cuba berbusana dan bersilat dengan mendaki Bukit Broga di Hulu Langat,hanya sekelumit dan tak sampai 5% barangkali nak dibandingkan pada zaman silam tapi Alhamdulillah orang Silat zaman sekarang mampu melakukannya...jangan zaman senang kita leka dan alpa di saat zaman yang tidak menentu yang kita sendiri tak dapat nak tentukannya...cuma bersedia dan melakukan persediaan sewajarnya...dari mula mendaki sampai turun dan bersilat pelbagai persepsi dan reaksi masyarakat...dan yang paling cepumas ni Hang Tuah ke Hang Jebat...hehehe layanlah...yang menghargai dan teruja pun teramat2 ramai...bukan mahukan perhatian tetapi mahukan martabat silat dan busana Melayu seiring dengan kemampuan diri orang2 Silat itu sendiri...Insya Allah belum terlambat bangkit orang2 Silat lakukan persediaan fizikal!!!

                             dan gambar terus berbicara....























segala kehebatan milik Allah jua...






No comments: