This is our land!!!

Bendera Malaysia

Wednesday, July 3, 2013

Kembali ke Broga...riadah dan ketahanan...

Jarang2 aktiviti yang memenatkan mendapat sambutan atau perhatian,selaku perintis kepada aktiviti separa penat ini kami kembali semula ke Broga pada tanggal 30 jun 2013,seawal 4 pagi tapi nampaknya kali ini agak lewat kerana menunggu ketibaan rakan2 yang berjaya dipancing untuk turut serta menyertai aktiviti yang separa penat ini,sebelum pendakian kami solat subuh di surau berdekatan bukit broga,terasa pendakian kali ini rasa mudah kerana terhibur dengan gelagat rakan2 yang agaknya dah lama tak bersenam telah mengalami kejang mental untuk meneruskan pendakian...tapi atas dorongan rakan2 dan untuk mengelakkan menjadi bahan kemudian hari akhirnya berjaya juga insan terpilih ini menghabiskan pendakian walaupun dengan halangan dan rintangan yang cukup ampuh untuk seseorang yang bergelar pendekar...sampai di atas pendakian kami bersilat dan berkongsi ilmu sesama jemaah,segalanya tenang,cuacanya redup dgn angin yang mesra menggamit kami untuk kembali lagi ke sini...objektif keseluruhan berjaya dicapai walaupun tidak menyeluruh tapi untuk aktiviti sebegini dapat menarik 3-4 orang baru adalah satu kejayaan,Insya Allah kami kembali lagi dengan jumlah yang ramai...



















 insan terpilih




No comments: