This is our land!!!

Bendera Malaysia

Friday, August 30, 2013

Rumah terbuka anak Melayu di Ladang Alam Warisan...

Masih tidak terlewat untuk mengucapkan salam Aidifitri 1434Hijrah,tahun ini hari raya seperti biasa seperti tahun2 yang sudah,mungkin pengisian sekadar mengikut peredaran usia. Pada 17/8 sekadar memenuhi undangan Rumah Terbuka Anak Melayu di Ladang Alam Warisan Seri Menanti Negeri Sembilan kami dari Gayong Maarifat Wilayah Persekutuan terpanggil untuk memeriahkan suasana dan meneruskan silaturrahim dengan teman2 seperjuangan dari perguruan yang pelbagai,para pencinta seni budaya Melayu dan komuniti setempat dan mungkin juga dari luar. Berkonvoi dengan tiga buah kereta dari Hulu Kelang kami singgah dahulu ke rumah bonda tercinta di Sikamat sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi. Sepanjang perjalanan ke lokasi di Seri Menanti disajikan pemandangan kampung yang indah dan menarik jauh bezanya dengan hutan batu di kota...sampai di lokasi disambut oleh Bendahara Alam Warisan yang amat merendah diri dan berperibadi seorang Melayu yg tulen dalam meraikan tetamu...Alhamdulillah berjumpa dengan rakan2 yang mempunyai semangat dan visi yg sama dalam memartabatkan apa jua yg beridentiti dan berjati diri Melayu,dan ianya juga merupakan satu hikayat cerita 1001 malam untuk dicerita dalam blog...terlalu banyak pengalaman dan cerita yang dikongsi dan diraih...sesungguhnya silaturrahim yang terjalin amat indah untuk kami datang sekali lagi ke sini jika diizinkan Allah dengan harapan segalanya tidak berakhir di sini,membawa imej Gayong Maarifat Wilayah Persekutuan khususnya dan Gayong Maarifat Malaysia amnya suatu penghormatan dan peluang untuk memperkenalkan perguruan kami kepada yang berminat dan masih mencari2 sesuatu...Inilah Persaudaraan Melayu, bersatu dalam erti kata sebenar...















No comments: