This is our land!!!

Bendera Malaysia

Monday, February 13, 2012

ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA...



Manusia diciptakan dari  Nabi Allah Adam a.s.  dan  Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah. Hanya Adam a.s dijadikan daripada hakikat tanah manakala manusia dijadikan daripada air mani yang terpancar daripada dua tulang sulbi manusia. Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan roh(ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir"
Didalam Surah At-Thariq : 5-7
" Maka hendaklah manusia memikirkan: daripada apakah ia diciptakan? Dia diciptakan dari air (mani) yang memancar (kedalam rahim). Yang keluar dari tulang salbi lelaki dan tulang dada perempuan"
Nabi bersabda:
"Semua kamu berasal dari Nabi Adam dan adam dijadikan daripada tanah"
Menurut riwayat ketika, Allah SWT menitahkan kepada Malaikat Jibril a.s supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah untuk mencipta Adam a.s, bumi tidak membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail pula untuk turun ke bumi bagi mendapatkan tanah sebagaimana Malaikat Jibril. Jawapan bumi tetap sama sebagaimana Jibril lalu Allah memerintahkan pula kepada malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang sama.
Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Allah berfirman :
"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas nama Ku."
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia kehadrat Allah.
Lalu Allah berfirman lagi:
"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan di kemudian hari nanti akan Aku tugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka Izrail merarasa amat khuatir kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi:
"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya."
Jenis-jenis Tanah yang digunakan dalam penciptaan Nabi Adam a.s:
Menurut riwayat tanah yang diambil yang digunakan untuk menjadikan adam mempunyai lima jenis warna iaitu putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Oleh yang demikian manusia memiliki berbagai warna kulit. Tanah yang digunakan untuk menjadikan Adam a.s ialah sebagaimana berikut:
  1. Tanah tapak Baitul Maqdis
  2. Tanah Bukit Tursina
  3. Tanah Iraq
  4. Tanah Aden
  5. Tanah Al-Kautsar
  6. Tanah tapak Baitullah
  7. Tanah Paris
  8. Tanah Khurasan
  9. Tanah(Babylon)
  10. Tanah India
  11. Tanah Syurga
  12. Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:
  1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
  2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
  3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.
  4. Mukanya dari tanah Aden , kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
  5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
  6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
  7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
  8. Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.
  9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
  10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
  11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.
  12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
  13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
Proses kejadiannya:
  1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah-tanah tersebut dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api sehingga menjadi tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
  2. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah.
  3. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" . Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
  4. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah:
  1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
  2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
  1. Mata alat penglihatan
  2. Hidung alat penciuman
  3. Telinga alat pendengaran
  4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
  5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman "Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan "Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Seketika itu Adam terasa lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit yang ketujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam tinggal.
Siti hawa telah dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk kiri nabi Adam ketika berada di dalam Syurga. Ketika mereka telah memakan buah larangan atas pujukan Iblis maka tertanggallah pakaian mereka dan akhirnya di turunkan oleh Allah di bumi. Menurut riwayat nabi Adam turun di India. Tetapi mengikut setengah riwayat di Mekah dan terpisah dengan Hawa. Akhirnya mereka bertemu di Padang Arafah (Padang Perkenalan).
Umur Nabi Adam menurut satu riwayat adalah 930 tahun dan mengikut riwayat yang lain 934 tahun. Ketinggiannya adalah 60 hasta dan ukuran tapak kaki Adam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir ialah 11 jengkal. Siti hawa telah melahirkan anak sebanyak 40 kali dan setiap kali beranak adalah kembar lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian mengikut syariat yang ada pada waktu itu maka dibenarkan berkahwin adik beradik tetapi dengan syarat bukan dengan kembar yang lahir sekali.
Wallahualam
Disusun Oleh:
Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan)

kredit:
Jais

Friday, January 6, 2012

Pahlawan Melayu yang Hilang – Si Bongkok...

Baru ini, penulis ada berjumpa dengan sahabat dari selatan – Johor dan bersembang panjang, maklumlah dah lama tidak berjumpa. Mengetahui sahabat penulis juga pecinta sejarah Melayu, penulis sempat bertanyakan sejarah Melayu di Johor yang boleh dikongsi bersama.
Antara yang menarik ialah Tanjung Puteri dan juga pahlawan Si Bongkok. Menurut versi sahabat, Si Bongkok ialah antara pahlawan tempatan yang menentang campur tangan Inggeris di Johor.
Sebuah lagu rakyat Johor - Tanjung Puteri, liriknya ada disebutkan tentang pusara Si Bongkok dilereng bukit. Penemuan pusara yang didakwa masyarakat setempat, pusara Si Bongkok dan diceritakan oleh En. Abdul Latip Bin Talib, seorang pangarang buku dan juga ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Jelebu, Negeri Sembilan, menguatkan pahlawan Si Bongkok benar-benar wujud.

Lagu - Tanjung Puteri
Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
Siapa Si Bongkok yang dimaksudkan?
Menurut cerita, Si Bongkok merupakan pahlawan yang sebaris dengan Tok Janggut, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau. Namun namanya tidak semasyhur pahlawan lain yang turut mempertaruhkan nyawa dalam melawan penjajah Inggeris suatu ketika dahulu.

Pusara_Si_Bongkok2
Pusara Si Bongkok

Pusara_Si_Bongkok3
En. Abdul Latip menjejaki pusara Si Bongkok

Pusara_Si_Bongkok
Tulisan yang pudar
Menurut sumber Marhaen, ada beberapa tokoh misteri yang nama mereka hilang dalam lembaran sejarah perjuangan menentang penjajah di tanah air, ratusan tahun lalu. Walaupun kewujudan mereka suatu ketika dulu memberi sumbangan besar dan mencetuskan kegerunan di jiwa penjajah, kebanyakan tokoh ini tidak disebut dalam mana-mana dokumen sejarah.
Menyedari pentingnya sumbangan dan kewujudan pahlawan misteri itu didedahkan kepada khalayak untuk diiktiraf sejarah tanah air, En. Abdul Latip Talib memulakan penyelidikan bagi membongkar rahsia kehilangannya.  
“Tokoh seperti Si Bongkok Tanjung Puteri yang sehingga kini, sejarah perjuangannya masih tidak diketahui ramai pihak,” katanya yang menulis novel sejarah berkenaan pahlawan itu, tahun lalu.
Beliau berkata, tidak seperti tokoh pejuang lain seperti Datuk Bahaman di Pahang atau Rentap di Sarawak, sejarah negara ini tidak pernah mengenali siapa Si Bongkok yang berjuang menentang British dan sekutunya di Johor. 
“Ceritanya bermula apabila British mula menjajah Singapura seterusnya cuba melebarkan pengaruh mereka ke Johor,” kata Abdul Latip seterusnya memulakan kisah perjuangan Si Bongkok Tanjung Puteri yang kini semakin hilang dalam lipatan sejarah negara.
Pernah suatu ketika sekitar abad ke-19, Kerajaan Johor tidak diperintah oleh Sultannya tetapi pentadbiran dan segala urusan negeri diuruskan Temenggung Abdul Rahman atas sokongan British.
Polemik itu berlaku apabila Sultan Hussein mangkat pada 1835; putera baginda iaitu Tengku Ali cuba mendapatkan haknya sebagai Sultan Johor tetapi dihalang Temenggung Abdul Rahman (atau Temenggung Abu Bakar?).
Akibat daripada perebutan kuasa itu, muncul kisah perjuangan Si Bongkok di Tanjung Puteri (kini Johor Bahru). Beliau berhasrat mengusir pengaruh penjajah dari bumi Johor dan tidak bersetuju dengan hasrat pemerintah negeri yang berbaik-baik dengan British.
Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Abdul Rahman (?), dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Tengku Ali. Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak.
Dinamakan dirinya sebagai ‘Si Bongkok’ berikutan keadaan tubuh badannya yang cacat iaitu bongkok ke kanan manakala tangan kirinya pula cengkung. Mukanya pula herot dan bengkak ke kanan.
Walaupun dilahirkan sebagai insan yang cacat, Si Bongkok membesar sebagai seorang pemuda yang gagah dan berani. Beliau cekap bermain senjata dan mahir dalam ilmu lautan. Si Bongkok juga dikatakan memiliki ilmu kebal yang menyebabkan jasadnya tidak akan luka sama ada ditembak atau ditikam senjata tajam.
Kewibawaan beliau dikagumi ramai pihak sehingga Si Bongkok diangkat menjadi pemimpin oleh pengikutnya yang ramai. Di kalangan musuhnya sendiri beliau digelar Panglima Si Bongkok.
Si Bongkok hidup di atas kapal layar di tengah laut. Dia mempunyai pengikut yang ramai dan masing-masing memang cekap bermain senjata serta mengendalikan kapal di laut. Kebenciannya terhadap penjajah dan pemimpin tempatan yang mengadakan hubungan dengan bangsa asing itu menyebabkan Si Bongkok bersama pengikutnya bangkit menentang.
Mereka akan menyerang kapal bangsa asing yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri atau Singapura. Tindakan itu menyebabkan British melabelkan mereka sebagai lanun.
Disebabkan serangan Si Bongkok dan pengikutnya, aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot kerana kebanyakan pedagang asing tidak lagi berani memasuki wilayah itu.
Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada British menyebabkan bangsa asing itu mengarahkan Temenggung Abdul Rahman supaya menghapuskan kumpulan Si Bongkok.
Bagaimanapun, walau pelbagai cara digunakan untuk membunuh Si Bongkok, usaha itu tidak pernah berhasil kerana dipercayai tiada siapa yang mengetahui cara untuk mengatasi ilmu kebal yang dikuasai pahlawan itu.
Usaha mengekang serangan Si Bongkok terus diperketat dengan rondaan berterusan diadakan di perairan Selat Tebrau.
Kerajaan Johor dan British juga semakin khuatir kerana angkatan laut Si Bongkok memiliki ubat bedil dan senjata api hasil rampasan kapal dagang Barat yang diserang mereka.
Pada suatu hari, satu angkatan laut Johor diketuai Panglima Johor, Laksamana Daeng Alek meronda di Selat Tebrau mencari Si Bongkok.
Kehadiran tentera diraja itu untuk menangkapnya sudah diketahui Si Bongkok melalui perisiknya di istana. Si Bongkok pun bersedia menghadapi tentangan angkatan Panglima Johor.
Rondaan kapal perang Panglima Johor akhirnya berjaya mengesan kedudukan kapal Si Bongkok. Mereka segera merapati kapal itu untuk menyerangnya. Si Bongkok mengarahkan pengikutnya seramai lima puluh orang menyerang belas askar diraja itu.
Pertempuran hebat berlaku di atas kapal, di tengah lautan. Selepas lama bertempur, akhirnya angkatan Panglima Johor tewas. Mereka terpaksa berundur kembali ke pangkalan di Tanjung Puteri selepas ramai askar diraja yang terkorban dan lima kapal perangnya, karam.
Kekalahan itu tidak memutuskan semangat Panglima Johor untuk terus menyerang Si Bongkok. Pada hari yang lain, mereka menyerang lagi dengan lebih ramai askar.
Angkatan perang Panglima Johor berjaya mengepung beberapa kapal Si Bongkok tetapi dengan kebijaksanaannya, Si Bongkok berjaya melarikan diri ke tempat persembunyiannya sekitar Tanjung Belungkur.
Kegagalan itu menyebabkan Laksamana Daeng Alek, Kerajaan Johor serta British semakin marah dan tertekan. Selain Panglima Johor, turut menentang Si Bongkok adalah adiknya sendiri iaitu Panglima Putih.
Berbeza dengan Si Bongkok yang menyokong Tengku Ali, Panglima Putih menyokong Temenggung Abdul Rahman menyebabkan mereka bermusuhan.
Mereka berdua juga dikatakan mencintai gadis yang sama iaitu Si Tanjung. Bersama Laksamana Daeng Alek, Panglima Putih beberapa kali menyerang abangnya tetapi tetap gagal menghapuskan Si Bongkok.
Si Bongkok pula terus menyerang kapal dagang yang ingin berlabuh di Tanjung Puteri dan Singapura.
Episod akhir perjuangan Si Bongkok berlaku apabila sekali lagi kapalnya diserang. Akan tetapi, serangan pada kali itu lebih dahsyat kerana setiap penjuru perairan Selat Tebrau sudah dikepung angkatan laut Johor.
Si Bongkok dapat melepaskan diri ke Tanjung Belungkur, tempat persembunyiannya tetapi kapal Panglima Putih terus mengejar.
“Selepas Si Bongkok menemui ajalnya di tepi pantai itu, mayatnya dijumpai seorang penduduk tempatan dikenali Uteh Jantan.
“Kemudian Uteh Jantan bersama beberapa penduduk kampung membawa mayat Si Bongkok sehingga ke lereng bukit Tanjung Puteri dan pahlawan itu dikebumikan di situ secara rahsia,” kata penulis novel Si Bongkok Tanjung Puteri, Abdul Latip Talib.
Beliau berkata, pengebumian itu dilakukan secara rahsia kemungkinan bagi mengelakkan Kerajaan Johor dan British mengambil jasad pahlawan yang sememangnya disokong penduduk tempatan.
Katanya, penduduk terbabit juga mungkin khuatir mereka akan ditahan pihak berkuasa kerana mengebumikan jasad Si Bongkok menyebabkan mereka tidak menghebohkan lokasi mayat itu ditanam.
Kini, pusara berkenaan terletak dalam hutan belukar di kaki bukit Tanjung Puteri dan pengunjung perlu meredah semak dan denai selama setengah jam untuk sampai di sana. Penduduk yang tidak biasa dengan keadaan hutan itu, pasti tersesat dan tidak menemui kubur pahlawan berkenaan.
Sebaik melihat pusara berkenaan pula, perasaan sayu dan pilu menjelma di jiwa tatkala melihat keadaannya yang terbiar tanpa ada usaha untuk memuliharanya. Pusara itu sekadar bernesankan sekeping papan yang sudah reput.
“Mengikut cerita penduduk tempatan, nesan itu diletakkan seorang lelaki pada 23 Januari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda pusara pahlawan berkenaan,” katanya.
Abdul Talib berkata, berdasarkan penemuan kubur berkenaan selain cerita mengenai Si Bongkok yang tersebar secara lisan sehingga hampir ke seluruh Johor sehingga kini, maka beliau yakin yang Si Bongkok sememangnya pernah wujud dan bukanlah cerita dongeng. Malah, namanya turut disebut dalam lagu rakyat Johor iaitu ‘Tanjung Puteri’.
Katanya, beliau mula menulis novel sejarah mengenai Si Bongkok sejak tahun lalu bagi memperbetulkan kembali ‘fitnah’ yang dilemparkan terhadap pahlawan itu kononnya beliau adalah lanun dan bukannya pejuang menentang penjajah.
Selain itu, usaha membukukan kisah perjuangan Si Bongkok juga dibuat Abdul Latip bagi membolehkan cebisan sejarah lisan yang tersimpan dalam ingatan orang lama, tidak hilang ditelan masa seterusnya nama Si Bongkok akan dikenang melewati masa.
“Saya percaya ramai pejuang Melayu yang nama mereka hilang daripada lipatan sejarah negara kita dan Si Bongkok adalah seorang daripada pejuang itu; sejarah kita dulu ditulis British menyebabkan ramai pahlawan kita yang menentang mereka dianggap penderhaka dan nama mereka tidak dicatat dalam sejarah.
“Saya berharap supaya sejarah ini boleh diperbetulkan semula dan pihak terbabit perlu tampil mengiktiraf perjuangan Si Bongkok setaraf dengan nama pejuang lain seperti Tok Janggut, Dol Said dan sebagainya,” katanya.
Abdul Latip juga menggesa pihak berkuasa supaya memelihara pusara Si Bongkok sebagai satu daripada warisan peninggalan sejarah yang bukan saja dibanggakan rakyat Johor tetapi rakyat negara ini.
“Saya sendiri sudah pergi ke Tanjung Belungkur untuk melihat sendiri pusara Si Bongkok Tanjung Puteri, keadaannya amat menyedihkan kerana terbiar.
Selepas 50 tahun kita merdeka, masihkah kita sependapat dengan penjajah yang melabelkan Si Bongkok itu lanun dan pengganas?” katanya.

resam-melayu

Wong Fei Hung Orang Islam???

 



Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China. Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.
Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong. Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan.

Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti
Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam. Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734. Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.
Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . W

ong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang
perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.
 

Friday, December 30, 2011

Kisah liku-liku anak paderi bertukar agama dari Kristian kepada Islam...


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1204.snc4/155621_176827345678534_100000538094606_508710_946933_n.jpg
Satu cerita benar untuk renungan

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi.
Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==.
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong.. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan.
Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsb.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek…
Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan).
Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu)… “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya ke rumah cikgu…”

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- -

- Mengapa orang Islam sembah kaabah? Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 – konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi.
Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.

Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya…………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan

Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.

Biarlah saya jadi pendakwah bebas.. Saya ingin membilas dosa lalu.. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah..saya sayang emak..saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku.
Saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita……… Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah…..saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……….Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.

Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas.
Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,”You apa tahu…..Islampun baru setahun jagung…..”

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam..

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.
Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah.gurindam remaja Islam
 
tulahan.blogspot.com 

Rasulullah pengsan mendengar keterangan Jibril tentang pintu neraka ke 7 ...

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"


Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dibesarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam." 
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian diteruskan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" 
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" 
Jawab Jibril:
"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun, namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nashara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibril diam, segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" 
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai")

Wednesday, August 10, 2011

Kelebihan solat sunat terawih...



  1. Malam 1  - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan,mendapat  keampunan dari Allah.
  2. Malam 2  - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya(sekiranya mereka orang yang beriman).
  3. Malam 3  - berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa kami.
  4. Malam 4  - memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,Zabur,Injil dan Al-Quran.
  5. Malam 5  - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
  6. Malam 6  - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur(70 ribu Malaikat sekali tawaf),serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
  7. Malam 7  - seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya firaun dan hamman.
  8. Malam 8  - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
  9. Malam 9  - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W
  10. Malam 10 - Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
  11. Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati)bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
  12. Malam 12 - Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya.(cahaya ibadatnya).
  13. Malam 13 - Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
  14. Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih,serta Allah tiada menyesatkan ia pada hari kiamat.
  15. Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung Arasy,Kursi berselawat dan mendoakan semoga Allah mengampunkannya.
  16. Malam 16 - Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  17. Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.
  18. Malam 18 - Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepadamu dan ibu bapamu(yang masih hidup atau yang telah mati).
  19. Malam 19 - Allah S.W.T tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
  20. Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solehin.
  21. Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada Nur.
  22. Malam 22 - Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan(tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).
  23. Malam 23 - Allah S.W.T binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.
  24. Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,(elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
  25. Malam 25 - Allah S.W.T angkatkan daripadanya siksa kubur. 
  26. Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
  27. Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
  28. Malam 28 - Allah S.W.T kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
  29. Malam 29 - Allah S.W.T kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
  30. Malam 30 - Allah S.W.T beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang istimewa sekali,lalu berfirman :  "Hai hambaku,makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam syurga,dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al-Kauthar."
Ibadat yang wajib jangan dilupa solat lima waktu sehari semalam,sekian...

    Tuesday, July 26, 2011

    Pergi tak kembali,kematian yg pasti...

    Dah lama aku tak cerita merapu tentang aktiviti diri sendiri,takde modal dok share link orang lain je la tapi sebagai info yang berguna takde salahnya untuk renungan...
    Semalam lepas isyak cadang la bawak anak2 ngan isteri kuar jalan2 beli la ape2 yg patut baru dapat gajikan heheh...dah smpai la tmpt yg dituju ambik checklist barang yg nak beli,sempat la ambik 2-3 barang ada call masuk kat hp wife aku,wife aku cakap opah dah meninggal jap tadi,innalillahiwainnailaihi rojiun kepadanya kita dtg kepadanya juga kita kembali,setiap yg hidup pasti akan merasai mati...
    Kena tukar plan balik la gamaknya nak menjalankan fardhu kifayah,dalam perkara mengurus jenazah sebagai contoh andai kata ade 10 orang dalam sebuah kampung tidak menguruskan jenazah tersebut maka 10 orang la berdosa,andai kata 1 orang dari mereka menguruskan jenazah tersebut maka terlepaslah 9 orang tadi dari dosa,begitulah yg aku paham masa belajar dulu kalau salah tolong bagitau manelah tau ilmu agama xtinggi mana...aku ambik cuti la 2hari untuk urusan selanjutnya,pada keesokkan harinya...
    Alhamdulillah segala urusan jenazah berjalan dengan lancar,dimandikan,dikapankan,disolatkan dan diiringi oleh pelajar-pelajar tahfiz maaahad al-ridzuan,selesai disolatkan terus ke kubur untuk dikebumikan,aku memvolunteerkan diri untuk turun ke liang lahad manetau bole menginsafkan aku yang banyak dosa ni insya allah...
    Memang terasa sayu hati bila mengenangkan saat2 bila kita dijemput oleh pencipta,taktau la bersedia atau tidak diharap kesudahan yang baik bila mana aku dijemput nanti insya allah,selesai dikebumikan dan ditalkinkan,berkemas untuk pulang,7 langkah kami semua meninggalkan arwah keseorangan di dalam kubur mungkar nangkir menjalankan tugasnya,kematian yang pasti mungkin esok lusa tak pun beberapa saat je manelah kita semua tau...al-fatehah semoga roh arwah dicucuri rahmat...amin yarabbal alamin...














    buat kerja ikhlas kerana allah,fi sabillillah....
                                                                       
                                   

    Tuesday, July 19, 2011

    Pokok Gharqad/Boxthorn (Pokok Yahudi)


    TOLONG AMBIL PERHATIAN SEMUA UMATISLAM!! Hanya menyampaikan..... kalau sapa 2 yang nampak pokok Gharqad ada ditanam di Malaysia ni....harap2 dapat panggil majlis suruh tebang ok.... 

    Nama lain Africanboxthorn. Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi(di sebuah tempat)..."

    Di masjid tempat aku bersolat terawih di sini, ada istimewanya kerana selepas salam kedua ada sedikit tazkirah sebelum disambung rakaat yang seterusnya. tazkirah ini taklama, cuma dalam 5-6minit sahaja, tetapi cukup memberikan pengajaran dan ilmu. malam ni, ustaz tersebut membaca sebuah hadith seperti di bawah.



    hadith sahih riwayat Al-Bukharidan Muslim: 
    "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi disebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad',




     kerana ia adalah pokok Yahudi". dengan masa yang agak singkat, beliau menceritakan akan gementarnya puak2 yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqad ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah palestin. betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini. entah kenapa, hati aku teramat tertarik dengan hadith ini.

    selepas solat terawih, aku masuk ke dunia cyber ini, mencari maklumat mengenai perkara berkaitan dengan hadith? tersebut. banyak artikel yang? terdapat dalam internet yang aku jumpa mengenai pokok gharqad ini, ianya juga dikenali dengan nama boxthorn. dalam banyak2 halaman internet yang paling menarik perhatian aku ialah halaman kerajaan yahudi ini sendiri di israel .

    halaman ini ialah JewishNational Fund.( ) dari maklumat yang ada di halamanitu, yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!!bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut disamping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak2 yahudi ini tinggal. 



    ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek2 lain. wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu. tetapi jika benar, pokok gharqab ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetap tetap menentang Islam."

    kredit ppim

    Thursday, June 23, 2011

    Kisah 7 - Persamaan antara bintang dan manusia...


    Dikatakan bahawa susunan falak dan buruj adalah sususan manusia. Sebagaimana falak dibahagi menjadi dua belas buruj,maka manusia juga mempunyai dua belas lubang ; iaitu dua lubang telinga, dua lubang mata, dua lubang hidung,dua lubang jalan kotoran,dua buah dada, satu mulut dan satu pusat. Enam buruj dari sebelah utara dan enam buruj lagi sebelah selatan.
    Demikian juga pada manusia enam lubang ada di sebelah kiri dan enam lubang lagi di sebelah kanan. Apabila dalam falak ada tujuh bintang,akan ada dalam tubuh manusia tujuh kekuatan,iaitu pendengaran,penglihatan,perasaan,penyentuhan,perciuman,pemikiran dan pembicaraan.
    Kerana itu maka gerak manusia adalah gerak daripada bintang-bintang. Lahirmu seperti terbitnya dan matimu seperti matinya. Ini adalah perumpamaan dengan alam raya yang di atas.
    Ada pula perumpamaan alam bawah, maka jasadmu seperti bumi,dan tulangmu seperti gunung ,otakmu seperti lombong,keringatmu seperti parit-parit,dagingmu seperti debu,rambutmu seperti pohon-pohon,mukamu seperti masyrik(timur),punggungmu seperti maghrib(barat),kanannya seperti selatan,kirinya seperti utara,jiwamu seperti angin,kata-katamu seperti hujan,marahmu seperti mendung,tidurmu seperti mati,jagamu seperti hidup, mudamu seperti musim panas dan masa tuamu seperti musim hujan.
    Maka Maha berkat Allah s.w.t dan Dia sebaik-baik pencipta dan Dia telah menciptakan tangan yang ada di dalamnya tiga puluh lima tulang dan pada telapak kaki demikian juga. wallahualam...