This is our land!!!

Bendera Malaysia

Saturday, April 17, 2010

Kepadamu kekasih...

http://www.youtube.com/watch?v=zPlbY274Bn

Myspace Photo Cube

Semalam di Sarawak...




View dari jambatan santubong,ikutkan tak bole berenti atas ni...tapi nak ambik gambo punye        pasal...at least ade sesuatu untuk disimpan sebagai kenangan selama 7thn aku berkampung di Sarawak...gunung  santubong&sejinjang...ade ke rupe bentuk org?you’ll decide...





Bile dah tengok mestilah nak panjat...agak mencabar jgk...pendakian pertama kami seawal lepas solat subuh...pukul 5stgh pagi bertolak dari bt.7 ke santubong...ambik masa sejam jgk...dahla naik moto...hu sejuk glee...pendakian kami bermula di cafe resort santubong longest route...kami tak ambik short cut dari bukit puteri...kami bertiga ganu,aku&late allahyarham norul...start naik atas ke cx point bukit puteri laju semacam je...view mmg mantap glee...byk btul ayor terjun...kalau ikut ati xpanjat dah baik mandi je haha tak jadik citelah mcm tu...air terjun dia warna akar kayu la demo tgk sendiri ye...gambar ni ialah pendakian sebenar ke puncak dah xde landai2 dah semua 90 degree je...baru ade akai...puas ati jgklah akhirnya smpai ke puncak pukul 1230p.m...hujan lebat ngan rebut petir kat atas...adelah sebab tu...tgu punye tgu ujan xmau benti kenalah turun karang dah gelap lagi teruk dahla tak prepare nak tdo kat atas tu...kami turun mmg laju dlm pkl 230 dah smpai bawah...lagi satu kat puncak 2 byklah brg2 yang digunakan untuk tujuan pemujaan...khurafat mane2 pun ade...





First cx point bukit puteri sebelum pendakian sebenar...
 
















Legendanyalah bacalah nak percaya ataupun tidak terpulang hehe...http://www.youtube.com/watch?v=ZZalEJHc2rI










Masa nak balik dkt simpang jalan ke santubong ternampak satu bangunan seakan makam...berenti jap usha rupanya makam SULTAN TENGAH SULTAN SARAWAK...wah Sarawak pun ade sultan sedekahkan al-fatehah...sejarahnya eloklah datang sini...tgk sendiri...










Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak...
 








Dewan Bandaraya Kuching Utara...









Tebingan Kuching...Waterfront...









Muzium Sarawak...
 












Kucing...










Kedai Cenderamata Waterfront...


















Masjid Negeri Sarawak...















Conclusion Sarawak mmg banyak khazanah2 dan tmpt2 menarik...kalau ade masa dan kesempatan datanglah sini...bolelah belajar2 bahasa Sarawak yg unik ni hehe...ikutkan byk lg nak aku cerita tp xpandai nak olah,ni pun dah merosak bahasa...sebagai info untuk korang semua ade lg GUA ANGIN,GUA PARI,PASAR SATOK BELI IKAN TERUBOK MASIN,PASAR SARIKIN SABTU AHAD JE LEBIH KURANG MACAM PADANG BESARLAH LETAK PUN KAT SEMPADAN,PUNCAK BORNEO,HANNAH RAIS HOT SPRING ETC...OK selamat bercuti...

Friday, April 16, 2010

Selamatkan Diri Di Padang Mahsyar

   Setelah semua mahkluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya : "Wahai nyawa yang telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh. Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!"
 
   Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit,didapati langit berjalan-jalan,mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada di tempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka berkata : "Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."
 
   Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : "Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)" (Yassin: 52) Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun di badan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam rupa.
 
1.    Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.  
2.    Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.  
3.    Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.  
4.    Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.  
5.    Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.  
6.    Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.  
7.    Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat. (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama)
8.    Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.  
9.    Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.  
10.    Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.  
11.    Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki.Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.  
12.    Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai dalam sembahyang).
13.    Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat.Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.  
14.    Ada yang berkeadaan di mana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.  
15.    Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak takut pada Allah.  
16.    Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.  
17.    Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.  
18.    Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.  
19.    Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.  
20.    Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.  
21.    Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu,lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.
 
Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan
bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama
manusia. 

  
 Ya Allah selamatkan kami....jadikan kami golongan yang beriman dan
beramal soleh... Amin...
 

Thursday, April 15, 2010

Kepadamu kekasih...

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali


KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri


Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu


KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

Tuesday, April 6, 2010

Bersama semula...

Kenangan sekali dalam seumur hidup...sesuatu yang tak mungkin dapat bersama semula...walau apa jua yg kalian lakukan aku doakan kalian semua berjaya dalam hidup dunia&akhirat...Silat SOLAT  Silaturrahim!!!



Terkenang, Terbayang,
Tak dapat aku lupakan,
tapi sayang semuanya tinggal kenangan.
teman ku, kasihku,
ku ingin seperti dulu,
bersama menjelajah dunia.
kekuatan, kebanggaan,
bebas dan terus berjalan,
kenangan tak mungkin aku lupakan.
aku harap teman semua
dapat bersama semula
perjuangan kita masih belum pudar


kemananya
teman setia
perjuangan…
ku ingin kau semua…
bersama semula…

Monday, April 5, 2010

RAHSIA MALAM PERTAMA...

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"




Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.


"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"


Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.


Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!


Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:


"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)


Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!


Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?


Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Sunday, April 4, 2010

Tazkirah - Si Buta dan Iblis

Buat renungan bersama.


Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat. Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumahnya dan masjid ada satu lubang yang berair.


Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan
memimpinnya hingga sampai ke masjid.
Beliau bertanya kepada orang tersebut,siapakah engkau. Orang itu menjawab Aku adalah Syaitan.?
Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab ,
Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan,
Semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan,
Dan jika aku biarkan engkau jatuh kali Ketiga
maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.?


Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke
masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat
berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah
di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan
kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam
menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....


Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."


Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang
lain.


Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan
silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Kiriman  :  Ustaz Balya Amin bin Yusoff @ Che Man

Renungan...

Ingat Mati Tetapi Lupa Diri


SETIAP hari kita makan pelbagai lauk pauk. Ada manis, masam, masin, pedas, tiga rasa dan banyak lagi resipi.

Jika asyik makan saja, tanpa mempedulikan amalan pemakanan yang sihat kita akan ditimpa pelbagai penyakit.

Begitu juga kehidupan kita, jika hidup tanpa muhasabah sebarang perbuatan patut dilakukan, yang mana satu perbuatan harus dikurangkan dan yang mana satu perbuatan mesti ditinggalkan terus, akan merana dan hancurlah nilai kemanusiaan.

Pendek kata muhasabah adalah sangat penting bagi remaja. Orang yang suka bermuhasabah termasuk dalam kumpulan mereka yang ingin kembali kepada Allah. Saidina Umar pernah berkata: "Muhasabah dan hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung di hadapan Allah."

Mereka yang berani bermuhasabah dan kemudian melakukan perubahan positif adalah orang yang berjaya.

Dalam al-Quran surah Ali-Imran ayat 135, Allah memuji golongan yang sanggup kembali ke pangkal jalan selepas tersasar dan terbabas melakukan kesilapan.

Allah berfirman, maksudnya: "Golongan yang bertaqwa adalah golongan yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka ingat kepada Allah dan memohon ampun atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah. Mereka tidak meneruskan perbuatan keji sedang mereka mengetahui."

Antara persoalan muhasabah diri yang sepatutnya individu remaja menginsafi setiap hari adalah seperti berikut:

Sudahkah saya menunaikan segala suruhan Allah Yang Maha Agung. Jika dengan ibu bapa kita gerun apabila dimarahi, bos tempat kerja berang kita pun mula kecut perut, apa lagi jika bersalah tidak melakukan kerja tepat pada masanya.

Bagaimanakah kita dengan Allah Yang Maha Berkuasa? Kalau Saidina Abu Bakar selepas Rasulullah wafat bertanya kepada anaknya, iaitu Aisyah, isteri baginda: "Apakah lagi ada perbuatan yang nabi buat abah tidak lakukan?"

Begitu prihatin terhadap amalan jika boleh hendak semua apa yang nabi lakukan seperti:

Sudahkah kita menambah ilmu pengetahuan mengenai Allah, rasul, malaikat, segala rukun iman dan Islam.

Jika kursus mengenai pengurusan dan pejabat kita pergi, sepatutnya berilah sedikit ruang waktu untuk agama kita.

 Sudahkah kita membaca al-Quran setiap hari? Al-Quran adalah penawar, ubat yang mujarab dan rahmat kepada seluruh alam. Dengannya manusia mempunyai panduan, ada petunjuk, malah ia menjadi teman ketika kesunyian di kubur.

Jika setiap hari tidak boleh, tidak mesti baca surat khabar. Al-Quran sepatutnya lebih diutamakan.

 Adakah saya berbangga dengan agama yang sedang saya anuti ini dan berusaha menjadikan Islam sebagai "a way of life" (cara hidup).

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata: "Sesiapa yang mencari kemuliaan selain Islam, dia akan mendapat kehinaan."






IHSAN DARI HAMBA ALLAH
BUAT RENUNGAN DIRIKU YG XSEDAR DIRI…

Setelah...

Aku menjerit, memanggil berjuta kali
Aku merintih, mencari kau tak aku temui
Hingga ku tertanya, entah di mana salah & silapnya?
Apakah engkau hanya bersandiwara, membiar ku sengsara?
Engkau & aku nyata dah tak dapat menahannya
Engkau & aku bila kan bahagia?
Setelah, setelah
Sekian lama berdua
Setelah, setelah
Mengapa seakan tak bermakna?
Sekian lama berdua
Mengapa seakan tak bermakna bercinta?