This is our land!!!

Bendera Malaysia

Sunday, June 20, 2010

25 Ramadhan 658H (3 September 1260M) Perang Ain Jalut...

                                         Empayar Mamluk dan Monggol

                                        Medan pertempuran Lembah Ain Jalut


                                        Tentera islam bersama panji rasulullah Ar Roya





Di 10 hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan, kita sering diingatkan dengan satu malam, iaitu malam yang menyamai 1000 bulan. Pastinya akan muncul ramai pemburu- pemburu Lailatul Qadar di 10 malam yang terkahir ini. Barangsiapa beribadah pada malam tersebut, maka akan tercatit amalannya seumpama dia membuat amalan selama 1000 bulan, Maha Agung dan Maha Kasihnya Allah yang tiada tuhan selainnya menganugerahkan hadiah sebegini untuk diraih oleh umat Muhammad. Semoga kita semua melipatgandakan amalan kita di penghujung Ramadhan ini dan seterusnya pada bulan-bulan yang lain.  Marilah kita sama- sama mengimbas kembali sejarah generasi terdahulu dimana hidup mereka penuh dengan amalan kebaikan dan tunduk patuh kepada perintah Allah. Mereka melakukan kewajipan jihad, sebagaimana mereka melaksanakan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.

Apa yang ingin dikongsikan disini kali ini ialah tentang satu peristiwa yang agung dalam peradaban Islam. Peristiwa di mana umat Islam bersatu menentang tentera Tartar dari Mongolia dan mengalahkan mereka. Kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa perang ini merupakan satu titik perubahan (turning point) bagi kebiadapan dan kerakusan tentera Mongol yang menghabisi segala apa yang mereka lalui dari timur ke barat dan akhirnya kemaraan mereka ditamatkan oleh tentera- tentera Allah di Ain Jalut.

Hulagu Khan, pewaris tahta Gengis Khan

Empayar Mongol diasaskan oleh Genghis Khan pada abad ke-13 M. Genghis Khan bercita- cita untuk meluaskan empayarnya dari timur ke barat dan meranapkan apa sahaja yang menghalang mereka dari mencapai cita- cita tersebut. Kempen invensi mereka bermula dengan menakluki beberapa negara di sekitar Mongolia dan mereka terus mara ke sebelah timur yang dikuasai oleh umat Islam. Malangnya cita- cita Genghis Khan untuk melihat empayarnya terbentang luas dari timur ke barat tidak kesampaian apabila nyawanya telah dicabut oleh Allah, setelah beliau jatuh dari kuda tunggangannya. Namun begitu, pada 1251M, Hulagu Khan iaitu cucu kepada Genghis Khan setelah dilantik menjadi pewaris takhta empayar Mongol, berjanji untuk meneruskan cita- cita datuknya untuk menguasai seluruh penjuru dunia.                           

Untuk merealisasikan impian ini, Hulagu Khan mengumpul kekuatan tenteranya di Asia Tengah selama 2 tahun sebelum melancarkan serangan ke atas umat Islam yang bernaung di bawah keKhilafahan Abasiyyah. Pada tahun 1253M, hulagu Khan mula melakukan ekspedisi penaklukan ke atas wilayah Khilafah Abasiyyah. Tentera yang telah menakluk 200 kota dalam masa hanya 2 tahun ini dan mampu bergerak sejauh 100 batu dalam masa satu hari serta memiliki peralatan peperangan yang canggih, hasil daripada invensi jurutera- jurutera perang mereka, akhirnya telah berjaya menusuk masuk ke jantung Khilafah Abasiyyah. Akhirnya pada tahun 1258M, Baghdad, iaitu ibu kota Khilafah Abasiyyah jatuh ke tangan tentera Tartar.

Kejatuhan Baghdad & Surat Hulagu Khan

Kejatuhan Baghdad merupakan satu peristiwa yang sangat tragis dalam sejarah umat manusia. Setelah berjaya mengalahkan tentera- tentera Khilafah, tentera Monggol dengan biadapnya membunuh seramai 1.8 juta kaum muslimin yang berada di kota Baghdad. Juga tidak ketinggalan, Khalifah umat Islam turut dibunuh dengan kejam. Selama 3 tahun setengah, umat Islam hidup tanpa Khalifah. Ada ahli sejarah menukilkan bagaimana si Hulagu Khan ini melakukan pembunuhan terhadap khalifah dengan cara memasukkan khalifah di dalam gulungan permaidani dan memijak dengan kudanya. Tidak cukup dengan itu, tentera Tartar yang biadap ini memusnahkan banyak kitab- kitab karangan cendiakawan- cendiakawan di Baghdad dengan mencampakkannya ke dalam laut sehingga air laut bertukar kehitaman akibat banyaknya kitab- kitab tersebut.

Hulagu Khan tidak berhenti di sini sahaja. Setelah berjaya menakluki Baghdad, dia mengutuskan deligasi Mongol ke Mamluk Mesir, iaitu Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz. Deligasi ini datang dengan membawa surat dari Hulagu Khan. Surat Hulagu Khan ini berbunyi :

Dari Raja Segala Raja di Timur dan Di Barat, Khan Yang Agung Kepada Qutuz si Mamluk yang lari dari pedang-pedang kami!

Kamu seharusnya berfikir mengenai apa yang telah berlaku ke atas negara-negara yang lain dan menyerah kepada kami. Kamu telahpun mendapat khabar berita bagaimana kami telah menawan empayar yang begitu besar, menyucikan bumi ini dari kerosakan yang mencacatkannya. Kami telah menawan kawasan yang luas dan membunuh semua manusia dengan kejam. Kamu tidak akan terlepas dari kerakusan dan kekejaman tentera kami!

Ke mana lagi kamu ingin lari? Jalan mana lagi yang kamu akan gunakan untuk melepaskan diri dari kami? Kuda-kuda kami berlari kencang, anak-anak panah kami tajam, pedang-pedang kami bagaikan guruh yang menakutkan, hati-hati kami keras bagaikan gunung ganang, askar-askar kami banyak tak terbilang. Benteng-benteng kukuh tidak akan dapat menghalang kami, senjata-senjata tidak akan dapat membendung kami. Doa kamu tidak akan membawa apa-apa pengertian ke atas kami. Kesedihan dan ratapan tidak kami pedulikan. Hanya mereka yang merayu untuk perlindungan kami akan selamat.

Bersegeralah dalam membalas surat ini sebelum api peperangan bermula. Jika kamu melawan, maka barang pasti kamu akan menderita dan tersiksa dengan kehancuran yang dahsyat. Kami akan menghancurkan masjid-masjid kamu dan mendedahkan kelemahan Tuhan kamu. Kemudian kami akan membunuh anak-anak kamu dan orang-orang tua di kalangan kamu.

Kini, hanya kamulah satu-satunya musuh yang perlu kami hadapi.


Setelah menerima surat tersebut, Saifuddin Qutuz tidak gentar sedikitpun. Malah beliau dengan berani menempelak deligasi tersebut dan membunuh mereka dan kepala mereka di gantung di pintu kota Mesir. (Nota : Islam tidak membenarkan membunuh deligasi asing yang diutuskan. Kebanyakan ahli sejarah menyatakan bahawa tujuan kedatangan deligasi tersebut bukanlah sekadar menghantar surat Hulagu Khan semata- mata, tetapi telah bertindak sebagai mata- mata tentera Tartar).

Maranya Tentera- Tentera Allah

Saifuddin Qutuz mula mengumpulkan tenteranya dan akhirnya tenteranya mencecah seramai 20 000 orang tentera. Mereka telah bermesyuarat dan akhirnya mereka memutuskan untuk meyerang tentera Mongol di luar kota Mesir iaitu melakukan tindakan offensif terhadap tentera Mongol. Tentera- tentera Allah ini mula bergerak ke luar kota Mesir menuju ke arah Palestin dan bertembung dengan tentera Tartar yang diketuai komandernya, Kitbuqa di Ain Jalut. Maka berlakulah peperangan yang amat dahsyat antara kedua- dua belah pihak. Semasa peperangan sedang sengit berlaku, Saifuddin Qutuz membuka topeng besinya dan menunggang kuda menuju ke tengah medan pertempuran dan memberi motivasi kepada tenteranya agar berjuang habis- habisan dan memburu syurga Allah. Beliau bertakbir beberapa kali dan terus meluru ketengah- tengah musuh.

Semasa perang Ain Jalut, isteri Sultan Saifudin Qutuz, iaitu Jullanar turut menyertainya. Ketika Jullanar sedang nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata,"Wahai Kekasihku." Jullanar membalas dengan berkata, "Wahai Saifuddin,lebihlah kasih kamu terhadap Islam". Setelah itu, Saifuddin Qutuz terus mara ke medan tempur dan akhirnya pada hari Jumaat, 25 Ramadhan 658H, bersamaan dengan 3 September 1260M tentera- tentera Allah ini telah memperoleh kemenangan ke atas tentera Tartar di Ain Jalut. Tentera Tartar yang tidak pernah terkalahkan ini (sekiranya kalah dibeberapa medan perang, mereka akan mampu menebus balik kekalahan mereka),  akhirnya tersungkur dihadapan mata pedang kaum muslimin dan tidak mampu menebus kembali kekalahan mereka di Ain Jalut.

Khatimah

Apa yang ingin kami bingkiskan disini bukanlah hanya peristiwa sejarah semata- mata. Tetapi yang lebih utama ialah supaya kita semua mengambil ibrah (pengajaran) daripada peristiwa yang berlaku. Sekiranya Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz bersama- sama dengan tenteranya sejumlah 20 000 orang mara kehadapan menentang satu ketumbukan tentera yang tak pernah kalah di bulan Ramadhan, sepatutnya ia sudah cukup memberi isyarat kepada kita bahawa bulan Ramadhan bukanlah bulan yang hanya semata- mata bulan ruhiyyah semata- mata, tetapi juga merupakan bulan siyasah (politik). Ketaatan dan kepatuhan kita menunaikan ibadah puasa sepatutnya sama dengan kepada ketaatan dan kepatuhan kita untuk melaksanakan seluruh ajaran Islam, termasuklah jihad dalam menghadapi musuh- musuh Allah.

Dalam menghadapi musuh- musuh Allah ini, sudah pastinya kita memerlukan satu kekuatan yang amat padu dari segenap aspek dan satu perpaduan yang amat utuh yang lahir dari aqidah yang satu iaitu Islam. Umat Islam yang kira- kira seramai 1.6 billion merupakan sumber tenaga manusia yang sangat besar. Sekiranya sumber- sumber ini disatukan dan difokuskan oleh seorang Khalifah, pastinya akan menghasilkan satu kekuatan besar dan peradaban Islam yang sangat agung. Ini bukanlah satu dongengan dan omong- omong kosong semata- mata, tetapi sejarah telah membuktikan hasilnya. Umat yang satu ini, pastinya akan mampu memakmurkan muka bumi ini sekiranya Islam diterapkan ditengah- tengah kehidupan mereka. Islam dijadikan ideologi dan menjadi penggerak kepada seluruh tindak tanduk umat yang satu ini dan bukannya dengan ideologi selainnya. Akhir sekali, kami berharap semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir bagi umat Islam meyambutnya tanpa adanya Khilafah. Allahu Akbar!

Monday, June 7, 2010

Misi mustahil...

Tidak ada kata-kata yang dapat digambarkan kegembiraan mereka,pengalaman yang tidak semua akan dapat merasa tetapi ianya sesuatu yang amat berharga buat mereka...Jelaslah perangai Zionis israel laknatullah kepada bangsa lain selain dari bangsa mereka...berat mata memandang berat lagi bahu penduduk-penduduk palestine khususnya di Gaza memikul...wahai NEGARA-NEGARA ARAB BANGUNLAH KAMU DARI TIDUR APAKAH KAMU DAYUS MELIHAT BANGSA SENDIRI DAN SAUDARA SEAGAMA KAMU DISEMBELIH DIHINA OLEH YAHUDI??? TIDAKKAH KAMU MALU MELIHAT UMAT ISLAM YANG DATANG DARI JAUH UNTUK MEMBANTU SAUDARA MEREKA!!!WALAUPUN KAMI BUKAN ARAB TETAPI KAMI ISLAM!!!





Bagi sukarelawan-sukarelawan Malaysia khususnya dari Mavi Marmara dan Rachel Corrie serta rakyat Malaysia amnya yang secara langsung atau tidak langsung membantu perjuangan umat islam Palestine tidak ada kata yang layak dan sesuai untuk anda semua ANDA SEMUA ADALAH WIRA!!! TAKBIR ALLAHU AKBAR!!!

BUAT NEGARA-NEGARA ARAB SHAME ON YOU...HIDUP MULIA ATAU SYAHID DI JALAN ALLAH TAPI KAMU SEMUA TIDUR!!!

Sunday, June 6, 2010

Detik-detik penawanan rachel corrie oleh tentera yahudi bangsat...


pix_gal0
19 aktivis selamat, kapal ditunda ke pelabuhan Ashdod di selatan Israel

KUALA LUMPUR: MV Rachel Corrie, kapal terakhir membawa misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang dikepung Israel, bersama sekumpulan aktivis damai yang turut disertai enam rakyat Malaysia ditawan tentera Israel kira-kira jam 2.45 petang, semalam.Kapal berkenaan yang dalam perjalanan menuju Gaza membawa pelbagai barangan bantuan seperti keperluan perubatan, kerusi roda, peralatan sekolah dan bahan binaan seberat 1,500 tan, kemudian diiringi ke Pelabuhan Ashdod di selatan Israel oleh kapal tentera laut milik rejim Zionis itu.
Semua 19 aktivis yang berada di atas Rachel Corrie ketika ditawan tidak diapa-apakan oleh tentera Israel.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata semua rakyat Malaysia yang kini ditahan Israel dilaporkan selamat dan kerajaan akan terus memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa. 

Beliau berkata, mereka yang berada di atas kapal itu terdiri daripada tiga sukarelawan mewakili Perdana Global Peace Organisation (PGPO) iaitu Matthias Chang, Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu.

Katanya, selain mereka, turut berada dalam kapal itu ialah Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, wartawan TV3, Halim Mohamed bersama jurukamera, Mohd Jufri Judin. 
“Semua aktivis damai itu meneruskan usaha untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Palestin selepas kapal Mavi Marmara gagal dalam misinya selepas diserang tentera Israel, Ahad minggu lalu.

“Malaysia dengan sekeras-kerasnya mendesak Israel supaya memastikan keselamatan semua aktivis yang berada di atas Rachel Corrie yang kini ditahan pihak berkuasa Israel sentiasa terjamin.

“Malaysia juga mendesak Israel supaya tidak mengambil sebarang tindakan drastik atau ganas ke atas semua penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata,” katanya, semalam.

Sementara itu, Penasihat PGPO, Datuk Mukhriz Mahathir mengesahkan Rachel Corrie sudah ditunda dari perairan antarabangsa untuk ke Ashdod.

“Tindakan itu dilakukan tanpa persetujuan penumpang di atas Rachel Corrie dan ia satu tindakan paksaan yang dibuat ke atas kapal itu dengan matlamat untuk menggagalkan usaha menghantar bekalan ubat-ubatan atas dasar kemanusiaan.

“Kita sebelum ini pun tidak pernah mengiktiraf kependudukan Israel ke atas Gaza apa yang dilakukan Israel (menunda Rachel Corrie) adalah satu pencabulan hak,” katanya.

Thursday, June 3, 2010

Sempat rawat 2 ekor biawak komodo zionis...


  KETUA Konvoi Malaysia/wakil delegasi Malaysia-Indonesia Noorazman Mohd Shamsuddin (kanan) dan Hasanuddin Mohd Yunos (dua dari kanan)  pada Majlis Syura Freedom Flotilla.
KETUA Konvoi Malaysia/wakil delegasi Malaysia-Indonesia Noorazman Mohd Shamsuddin (kanan) dan Hasanuddin Mohd Yunos (dua dari kanan) pada Majlis Syura Freedom Flotilla.
Sukarelawan Turki minta doktor kita beri bantuan perubatan kepada askar 
Zionis cedera

KUALA LUMPUR: Seorang sukarelawan Malaysia, Dr Syed Mohd Haleem Syed Hassan 
yang berada atas kapal Mavi Marmara ketika diserang, sempat merawat dua 
anggota komando Israel yang cedera terkena tembakan rakan mereka sendiri.
Beliau berkata ketika serangan dilancarkan, keadaan menjadi tidak terkawal sehingga 
dua tentera Israel tertembak sesama mereka, seorang pada tangan dan seorang 
lagi agak parah dengan dua kesan tembakan pada dada.

“Saya terharu apabila ada beberapa orang Turki membawa tentera yang cedera dan 
meminta saya merawatnya. Ketika itu beberapa orang Turki lain cuba 
menghampiri untuk mengasari komando Israel, tetapi dihalang petugas lain.

“Malah, pemerintah kapal menghalang kami bertindak kasar terhadap mereka. 
Rawatan yang diberikan juga sangat teliti dan selepas itu mereka diletak 
di tepi kapal. Tiba-tiba dua tentera itu sendiri terjun ke laut untuk 
menyelamatkan diri sedangkan kami langsung tidak mengancam mereka.

“Tangan mereka juga tidak diikat. Rawatan yang diberikan kepada tentera 
Israel menunjukkan betapa semua sukarelawan bukan pengganas. Kami 
langsung tidak mengasari mereka meskipun ada peluang untuk berbuat 
demikian.” katanya.

Dr Syed Mohd Haleem berkata, ketika serangan bermula selepas solat Subuh, 
keadaan atas kapal menjadi huru hara dan ketika itu beliau menerima panggilan
petugas Turki yang memintanya segera ke bahagian atas kapal. 
“Di situ, kelihatan tiga sukarelawan cedera parah. Seorang ditembak tepat 
antara dua kening dengan otaknya terburai di belakang kepala tetapi gagal 
diselamatkan. Tiga lagi yang cedera parah perlu menerima rawatan lanjut 
segera, namun gagal mendapat kerjasama tentera Israel.

“Saya meminta tentera Israel membawa tiga yang cedera untuk dirawat, 
tetapi jawapan yang diberikan membuka pekung mereka sendiri. Kata 
mereka, ini adalah kawasan perairan antarabangsa dan sukar membawa
pesakit keluar.

“Mereka sendiri yang akui perkara itu.

“Selepas dirunding beberapa kali, barulah pesakit dibawa keluar. Seorang 
daripada mereka adalah wartawan Indonesia yang cedera parah yang 
tertembak pada tangan. 

“Boleh dikatakan, dalam masa tak sampai lima minit, kapal berubah 
menjadi hospital,” katanya.

Beliau berkata, dalam kapal yang disertai sukarelawan dari hampir 50 
negara itu termasuk seorang bayi berusia dua bulan setengah dan 
warga emas berusia lebih 80 tahun.

Dr Syed Mohd Haleem berkata, ketika tiba di Ashdod, rakannya, 
Dr Arbaie Syawal yang sempat mencium dahi tiga mayat sukarelawan
Turki mendapati mereka berbau sangat wangi seperti wangian kasturi di Uhud.
source by beritaharian

The Crisis


The siege or blockade of Gaza started in June 2007. The blockade was supported by the governments of Egypt and the USA, among other nations. It consists of a land blockade along Gaza’s borders with Egypt and Israel, and a sea blockade maintained by the Israeli navy from three nautical miles offshore. It immediately followed the 2006-2007 economic sanctions against the Palestinian National Authority following the election of Hamas to the Palestinian government.
Prior to 2007 blockade, Israeli military has already imposed blockade of the Gaza Strip and closure of the Gaza International Airport, following the The Al-Aqsa Intifada which broke out in September 2000. The blockade worsened after the creation of a  ‘buffer zone’ in September 2001, that would seal all entry and exit points in the Palestinian Territories. After 9 October, 2001, movement of people and goods across the ‘Green Line’ dividing the West Bank from Israel, and between the Gaza Strip and Israel, was halted, and a complete internal closure was effected on November 14, 2001.
More than 1.5 million Gazans have been cut off from the outside world and struggling with desperate poverty. The ongoing siege or blockade of Gaza punishes the entire population, young and old, by restricting the entry of food, medical supplies, educational equipment and building materials, oils, and virtualy any other basic supplies that are essential for a living.
The matter were made worse following the operation “Cast Lead”, from 27 December 2008 to 18 January 2009, in which intensive Israeli attacks damaged or destroyed civilian buildings and infrastructure, including hospitals and schools, the water and electricity systems. Thousands of Palestinian homes were destroyed or severely damaged. An estimated 280 of the 641 schools in Gaza were damaged and 18 were destroyed.
Hospitals have also been badly affected by the military offensive and the blockade. Trucks of medical aid provided by the World Health Organization have been repeatedly refused entry to Gaza without explanation by Israeli officials.
Patients with serious medical conditions that cannot be treated in Gaza continue to be prevented or delayed from leaving Gaza by the Israeli authorities – since the closure of crossings leading into and out of Gaza, patients have been made to apply for permits, but these permits are frequently denied. On 1 November 2009, Samir al-Nadim, a father of three children, died after his exit from Gaza for a heart operation was delayed by 22 days.
A report by more than 80 humanitarian organisations has warned that the health of 1.4 million people is being put at risk by the ongoing Israeli and Egyptian blockade of Gaza. The organisations, which includes the World Health Organisation and UN agencies, said more than one-fifth of sick Palestinians who needed to leave the territory for treatment in Israel had either been refused or had their applications delayed.
The report cited the case of a student, Fidaa Hijji, who died of cancer while waiting for Israeli permission to go to the hospital for a bone marrow operation. Repeated applications to cross the border were ignored even though Hijji, who was 18 when her cancer was diagnosed in 2007, had confirmed medical appointments. Permission for her entry to Israel was finally given a day after she died last month.
The UN humanitarian co-ordinator for the Palestinian territories, Max Gaylard said, “It is causing ongoing deterioration in the social, economic and environmental determinants of health. It is hampering the provision of medical supplies and the training of health staff, and it is preventing patients with serious medical conditions from getting timely specialised treatment.” Twenty-nine patients died last year awaiting referral.
One year on, families are still living in temporary accommodation. Mohammed and Halima Mslih and their four young children fled their home in the village of Juhor al-Dik, south of Gaza City, during the conflict one year ago. While they were away their home was demolished by Israeli army bulldozers. “When we returned everything was broken. People were giving us food because we had nothing,” said Mohammed Mslih.
Six months after the ceasefire, the family was still living in a flimsy nylon tent and they have only now been able to construct a simple permanent home. The family fear, however, that continuing Israeli military incursions may destroy the little they have left.
Unemployment in Gaza is spiralling as those businesses that remain struggle to survive under the blockade. In December 2009, the UN reported that unemployment in Gaza was over 40 per cent.
Israel has combined the blockade of Gaza’s land borders with a sea blockade of Gaza’s ports. Israel has captured a number of vessels providing aid for Gaza, claiming that they may be providing goods that may be used to build arms. Cynthia McKinney and Mairead Maguire were captured by Israel attempting to sail to Gaza and deported. However, the supplies McKinney and Maguire were carrying on board were later delivered to Gaza over land by truck. The sea blockade has caused the “near collapse” of the Gaza fishing industry. Israel allows fishermen to travel only 3 nautical miles off shore, reduced from 6 nm in 2007. One fisherman who went outside these limits was forced to strip down to his underwear and swim to the naval vessel. He was blindfolded, handcuffed and taken in for questioning. B’Tselem has released a report documenting the “continual shooting at, abuse of, and humiliation of” Palestinian fishermen. The Israeli Navy’s response was that it was checking for smuggled weapons. The Navy reports they intercepted the craft entering Gaza from Egypt.
The UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs has estimated that Gaza fishermen need to journey at least 12-15 nautical miles from shore to catch larger shoals, and sardines in particular are 6 nm offshore. Shoals closer to shore have been depleted. The total catch in 1999 was nearly 4,000 tons in pre-blockade 1999. This was reduced to 2,700 tons in 2008. In the 90s, the Gaza fishing industry was worth $10 million annually or 4% of the total Palestinian economy; this was halved between 2001 and 2006. 45,000 Palestinians were employed in the fishing industry, employed in jobs such as catching fish, repairing nets and selling fish. Fish also provided much-needed animal protein to Gazans diet.
Numerous aid agencies have reported that basic supplies have been seized by Israel. According to the UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs “everything from wheelchairs, dry food items, and crayons, to stationary, soccer balls, and musical instruments” is being stopped. It was reported that the international aid group Mercy Corps, was blocked from sending 90 tons of macaroni and other foodstuffs. Israel was also reported to have prevented aid groups from sending in other items, such as paper, crayons, tomato paste and lentils. Because of an Israeli ban on the importation of construction materials (such as cement and steel) Gazans are having to rebuild their homes entirely with mud. Aid agencies say that food waits on trucks and in warehouses, and many basic items are rejected by Israel as “luxuries” or are turned down for unexplained reasons. Tin cans are banned because the tin might be melted down, making it hard for Gazan farmers to preserve their vegetables.
Other than Israel-Gaza Wall, there is also another wall dividing the Gaza Strip and Egypt, built after 2004.The barrier runs along the entire land border of the Gaza Strip. It is made up of wire fencing with posts, sensors and buffer zones on lands bordering Israel, and concrete and steel walls on lands bordering Egypt.
The border between Egypt and the Gaza Strip is 7 miles long. In 1979, Israel and Egypt signed a peace treaty that returned the Sinai Peninsula, which borders the Gaza Strip, to Egyptian control. As part of that treaty, a 100-meter-wide strip of land known as the Philadelphi corridor was established as a buffer zone between Gaza and Egypt. Israel built a barrier there during the Palestinian uprisings of the early 2000s. It was made mostly of corrugated sheet metal, with stretches of concrete topped with barbed wire.
In 2005, when Israel decided to pull out of the Gaza Strip, Israel and Egypt reached a military agreement regarding the border, based on the principles of the 1979 peace treaty. The agreement specified that 750 Egyptian border guards would be deployed along the length of the border, and both Egypt and Israel pledged to work together to stem terrorism, arms smuggling, and other illegal cross-border activities. In September 2005, following Israel’s withdrawal from the Gaza Strip, control of the Philadelphi corridor was handed over to the Palestinian National Authority. Under an agreement reached in November 2005, the European Union Border Assistance Mission Rafah was responsible for monitoring the Rafah Border Crossing. From November 2005 until July 2007, the Rafah Crossing was jointly controlled by Egypt and the Palestinian Authority, with the European Union monitoring Palestinian compliance on the Gaza side.
While Israel was still in occupation of the Gaza Strip, it constructed a barrier along the Egyptian border, with a 200-300 meter buffer zone in the Philadelphi corridor. The barrier along the Egyptian border consists of concrete and steel walls and is over eight metres high and equipped with electronic sensors and underground concrete barriers to prevent tunneling, adding to the already existent steel wall running the length of the border with Egypt. Construction of the concrete wall commenced in 2004 and completed in 2005, before the Israeli withdrawal from the Gaza Strip.
The legacy of Operation Cast Lead is a living nightmare for one and a half million Palestinians squeezed into one of the most overcrowded and wretched stretches of land on the planet. And as Israel and Egypt maintain a near total blockade against Gaza, the misery deepens by the day.
This is not only shocking in humanitarian terms. It is not in Israel’s or Egypt’s interest, either.
And what has international community done to lift the blockade? Next to nothing.
source by lifeline4gaza

TERKINI: 12 Rakyat Malaysia Bebas


TERKINI: 12 Rakyat Malaysia Bebas
dikemaskini 5:06pm 2 Jun – Kesemua ahli team LL4G Malaysia seramai 12 orang TELAH DIBEBASKAN termasuk Sdr Mustafa Mansur. Mereka kini berada di Kedutaan Malaysia di Jordan  Mereka semua berada di dalam keadaan sihat.
Mereka telah menghubungi keluarga masing-masing menggunakan telefon Kedutaan.  Israel tidak mengembalikan kesemua kamera, handphone, dan sebarang alat komunikasi yang dirampas.  Peralatan kamera krew Astro Awani tidak dapat dipastikan samada dipulangkan ataupun tidak buat masa ini.
Berita gembira tersebut diterima terus daripada Noorazman yang menghubungi isteri beliau, Pn Mazlinah Ghazali, pada jam 12:12 tengahari tadi waktu tempatan.
“Mereka berada di Jordan [dan] akan pulang dalam masa terdekat,” antara mesej yang dihantar oleh beliau.
Perbincangan sedang dilakukan untuk menetapkan bila mereka akan berangkat pulang.
CMT-LL4G telah berjaya menghubungi Noorazman sekitar jam 5 petang tadi. Semua relawan berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sedang berehat.  Namun mereka yang ditempatkan di sebuah hotel di Amman itu tinggal sehelai sepinggang dan tanpa paspot.
Mereka akan ke udara secara langsung di TV1 malam nanti.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan kepulangan mereka.
CMT-LL4G sedang membuat persediaan untuk majlis sambutan secara besar-besaran meraikan kepulangan wira-wira negara di lapangan terbang apabila mereka pulang kelak.  Majlis ini akan menggantikan majlis meraikan isteri dan keluarga anggota konvoi yang dirancang oleh CMT-LL4G sebelum konvoi LL4G dibebaskan.
Astro AWANI (Saluran 501 Astro) akan mengadakan siaran lintas langsung pada jam jam 8:15  malam ini bersama Noorazman dan Ashwat dari Jordan dan setiausaha CMT-LL4G Solehuddin Shuib di studio.
Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui laman web www.lifeline4gaza.org
source by lifeline4gaza

Astro: Hapuskan Rancangan Simpati Israel

Sedih, marah, benci betul kita dengan tindakan Israel zionist menyerang dan membunuh aktivis antarabangsa dalam misi bantuan ke Gaza. Sudahla tu, dilakukan pulak dalam perairan antarabangsa sebelum ditunda ke dalam kawasan sempadan Israel, ini law mana yang digunapakai regim zionist ni? Kalau kapal perang dengan misi menyerang Israel tu kita boleh faham, ini kapal bantuan yang tak bersenjata.

Tapi dalam geram-geram tu, bila buka saluran 555 Astro, ternampak pulak kisah-kisah sejarah Perang Dunia Kedua seperti WWII - Lost Film, The Last Day Of World War II, World War II: The War in Europe, Nuremberg: Tyranny on Trial dan sebagainya yang jelas cuba menarik simpati penonton ke atas bangsa yahudi melalui rakaman kisah kekejaman Nazi ke atas mereka.

Tidak cukup dengan itu, di saluran 411 dan 412 pula disiarkan secara bersiri kisah The Pacific, Band of Brothers, Tobruk yang juga memaparkan kisah kekejaman Nazi ke atas bangsa yahudi dengan rakaman di kem kem tahanan Austwitz di Austria dan pembentukan pasukan khas yahudi bersama pasukan komando british dalam peperangan di Afrika.

Semuanya ditayang berulang-ulang kali sehinggakan ada di antara penonton yang menganggap yahudi adalah satu-satunya bangsa yang menjadi mangsa genocide terancang Hitler.

Anggapan itu sebenarnya salah kerana Nazi bukan saja melakukan genocide terancang ke atas kaum yahudi, mereka juga melakukannya ke atas kaum Gipsi dan pelaku homoseksual. Ini tidak termasuk pembunuhan ke atas 2.4 juta rakyat Poland, 3 juta rakyat Ukraine, 1.5 juta rakyat Rusia dan 1.4 juta rakyat Belarus malah mereka membunuh hampir 1 juta rakyat German sendiri terutama sekitar 1944-1945 apabila komplot membunuh Hitler terdedah dan persaingan mendapat tempat sebagai pasukan khas terbaik disisi Hitler antara SS dan Nazi SA's (Sturmabteilung). Secara keseluruhan, Nazi membunuh hampir 20 juta orang awam sepanjang peperangan yang berlangsung pada tahun 1940-1045 itu dibanding dengan 6 juta yahudi yang bukan semuanya mati dibakar di Cocentration Camp seperti anggapan banyak pihak kerana sejarah merekodkan sebahagian besar lagi bangsa yahudi terbunuh kerana kemalangan sebagai buruh paksa atau dibiarkan mati kebuluran ditempat-tempat pengasingan (bukan kem tahanan) mereka seperti yang terdapat di Poland.

Soalannya, dimanakah catatan sejarah mengenai kematian yang lebih besar jumlahnya ini dibanding kematian bangsa yahud yang mungkin/sengaja terlepas pandang oleh pihak Astro untuk disiarkan? Kenapa hanya yang berkaitan dengan yahudi saja yang menjadi pilihan untuk disiarkan? Sudah tentu kalangan mereka yang lain juga mempunyai kisah sejarah tersendiri yang mahu dikongsi bersama penduduk dunia yang lain.

Belum lagi kita bercerita tentang siri Inside, yang memaparkan serangan kilat pasukan komando israel bagi menyelamatkan tebusan pesawat Israel yang dirampas di Uganda serta kisah pembalasan dendam oleh Mossad ke atas perancang Serangan Munich. Semuanya tentang Israel, Israel, Israel, apa dah tak ada kisah lain ke?

Secara sedar atau tidak juga, pendedahan dan penayangan berulang-ulang kali kisah kekejaman ke atas bangsa yahudi semasa perang dunia ke dua berlangsung ini boleh mendatangkan simpati kepada majoriti penonton. Kisah-kisah berunsur sejarah di National Geographic ini telah mencapai rating tertinggi dibeberapa negara Asia Tenggara dan inilah yang dimahukankan oleh pihak zionist yang tahu penguasaan media adalah antara punca mendapat simpati masyarakat dunia terutama di rantau belah sini.

Mungkin Astro memberikan alasan bahawa kandungan tersebut disiarkan dan dikawal oleh pihak NGC Asia tetapi siapa yang memilih untuk menyiarkannya kepada pelanggan Astro kalau bukan Astro sendiri. Apakah pihak Astro mahu mereka juga dijadikan subjek untuk dipulaukan seperti mana yang sedang dijalankan ke atas beberapa jenama yang diketahui menyalurkan sebahagian keuntungan kepada regim zionist?

Kita juga berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia boleh memantau kandungan siaran yang disiarkan oleh pihak Astro. Nampaknya tidak ramai yang menyedari agenda jahat pihak zionist disebalik penanyangan kisah-kisah sedemikian. Kita sudah melihat bagaimana sebuah negara seperti USA mendiamkan diri atas hampir apa jua kekejaman oleh pihak zionist sekarang kerana mereka telah didoktrin di dalam pemikiran mereka melalui penanyangan kisah-kisah yang mendatangkan simpati kepada yahudi seterusnya membenarkan zionist melakukan apa saja semahu mereka termasuk pencabulan ke atas undang-undang antarabangsa.


source by padangbola

Wednesday, June 2, 2010

Gaza: Kenyataan rasmi MB Kelantan

Gambar ini: Dua belas rakyat Malaysia, yang berada di atas kapal Mavi Marmara, yang diserang Israel dua hari lepas mengibarkan Jalur Gemilang setelah dibebaskan di Jordan hari ini. — Gambar Bernama.

Oleh NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

BISMILLAHIR Rahmanir Rahim. Saya mewakili Kerajaan Kelantan dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Yahudi Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza dan sehingga mengorbankan dua puluh (20) nyawa.

Konvoi ini dilaporkan membawa kira-kira sepuluh ribu (10,000) tan barangan bantuan, seramai lebih lima ratus empat puluh (540) orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk Ahli Parlimen, ahli akademik, ahli NGO petugas media, ulama’, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada lapan puluh tahun.

Termasuk dalam rombongan tersebut juga ialah dua belas (12) orang rakyat Malaysia yang turut menjadi tawanan Yahudi Israel. Sesungguhnya konvoi itu adalah bukan merupakan konvoi tentera dan tidak berangkat ke Gaza dengan tujuan ketenteraan, ia adalah misi kemanusiaan.

Paling penting ialah saya menyeru para ulama’ seluruh dunia dapat bangkit, tunaikan Solat Hajat dan mohon pertolongan Allah S.W.T. demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin termasuk di Gaza. Saya juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu. Saya juga menyeru agar Pertubuhan OIC dan negara-negara Islam turut menyertai bantahan ini bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin.

Hakikatnya tingkah laku biadab Israel ini berpunca dari kefahaman bahawa mereka merupakan bangsa yang terpilih dan mulia berbanding bangsa-bangsa yang lain. Bagi mereka, hanya mereka yang berhak hidup di bumi ini dan bangsa-bangsa lain hanyalah bertaraf hamba kepada mereka. Ekoran kefahaman sesat seperti inilah, mereka langsung tidak berasa bersalah melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin.

Inilah bahayanya fahaman ‘asobiyyah melampau yang dianuti oleh Yahudi. Selagi fahaman kebangsaan melampau seperti ini menjadi anutan mana-mana pihak, keamanan tidak akan dapat dikecapi di bumi ini. Oleh kerana itu, saya selaku Menteri Besar Kelantan akan menganjurkan satu Kuliah Pagi Jumaat, pada 21 Jamadil Akhir 1431 (lusa) khusus berhubung dengan isu tindakan tidak bertamadun rejim Israel itu.

Disebabkan Kuliah Jumaat ini penting, maka kita akan adakan di pekarangan Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu. Pihak Kerajaan Negeri juga akan mengadakan Solat Hajat berserta bacaan Qunut Nazilah ditempat yang sama. Maka saya harapkan kerjasama semua pihak, muslimin dan muslimat agar dapat hadir beramai-ramai sebagai tanda kita mengutuk perbuatan zalim Yahudi Israel itu dan dapat sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan umat Islam dari kerakusan Yahudi – Israel.

Saya juga akan mohon kerjasama pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) agar mengarahkan semua masjid di Kelantan menunaikan Solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah serta dapat menyediakan satu Khutbah Khusus mengutuk Israel/Yahudi untuk para khatib persembahkan kepada semua ahli jemaah Sembahyang Jumaat yang terdekat ini (lusa).


Terima kasih.

YAB TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Pejabat Menteri Besar,
Kota Darulnaim.
19 Jamadilakhir 1431
2 Jun 2010.