This is our land!!!

Bendera Malaysia

Sunday, November 28, 2010

Kubur di Kubah Masjid Nabawi: Gambar Kubah Masjid Nabawi...





Kubur di Kubah Masjid Nabawi yang mana mempunyai cerita yang patut di ketahui dan diambil iktibar. Semoga ceria Kubur di Kubah Masjid Nabawi ini dapat kita hayati bersama.
Ketahui lebih details

SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu di Masjid Nabawi.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW– kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW–. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menyambarnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di situ. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!




Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!
Lihat juga..


Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

“Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan…kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya”



www.ar-rifke.com

Wednesday, November 24, 2010

Selamatkan Diri Di Padang Mahsyar...

   Setelah semua mahkluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya : "Wahai nyawa yang telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh. Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!"

   Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit,didapati langit berjalan-jalan,mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada di tempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka berkata : "Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."

   Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : "Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)" (Yassin: 52) Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun di badan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam rupa.

1.    Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain. 


2.    Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.  

3.    Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.  

4.    Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.
 
5.    Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.  

6.    Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong. 


7.    Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat. (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama)

8.    Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.  

9.    Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia. 


10.    Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.  

11.    Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki.Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya. 


12.    Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai dalam sembahyang).

13.    Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat.Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.  

14.    Ada yang berkeadaan di mana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.  

15.    Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak takut pada Allah. 


16.    Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.  

17.    Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.  

18.    Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup. 


19.    Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.  

20.    Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.  

21.    Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu,lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak. 

Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan
bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama
manusia.


Ya Allah selamatkan kami....jadikan kami golongan yang beriman dan
beramal soleh... Amin...

Tuesday, November 16, 2010

berkorban apa saja...

P. Ramlee

Berkorban Apa Saja

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

aidil adha 1431 H...

aidil adha memberikan impak yang mendalam kepada sesiapa yg menghayati pengertian yang tersurat dan yang tersirat,mesej yang ada cukup banyak untuk sesiapa yang ingin bermuhasabah semoga aku tergolong dalam golongan tersebut...insya allah selamat menyambut hari raya aidil adha 1431 H...

Sunday, November 14, 2010

Serunai...


Pengenalan
Diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng. Mempunyai 7 lubang memetik di bahagian tengah belakang. Alat tiupan ini mempunyai 4 lapis daun mengkuang atau lontar kering. Terdapat beberapa jenis serunai seperti serunai Kedah yang ukirannya agak kurang menonjol dan serunai Kelantan yang ukirannya lebih ketara serta diwarnai dengan warna yang terang.
 
Fungsi
Serunai dimainkan bersama wayang kulit, nobat, gendang keling, menora dan juga gendang silat.
 
Cara Bermain
Pelidah empat lapis itu dimasukkan ke dalam rongga mulut. Angin ditiupkan melalui pipit dan pic-pic dikeluarkan dengan membuka atau menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan adalah perlu supaya lagu dapat dimainkan sehingga selesai. Heheh tak bunyi pun ada sampai sekarang ni...

10 fakta ringkas tentang teh...


 1. 80% pekerja di amerika(mungkin pekerja di negara lain di dunia) dapat menyelesaikan masalah sewaktu mereka sedang berbincang sambil menikmati teh (tea break) setiap hari.

2. Industri teh adalah industri yang terbesar di India.


3. Teh dibuat lebih dari 5000 tahun yang lalu di Cina.


4. Buku tentang teh yang pertama ditulis oleh Lu Yu pada tahun 800 S.M.


5. Orang yang pertama kali membawa teh ke Eropah adalah seorang warga Potugis, bernama Jasper de Cruz tahun 1560.


6. Teh  juga mengandungi kaffein dan tanin. Kafein sebenarnya bermanfaat untuk meningkatkan konsentrasi,semangat dan mengekalkan diri kita sentiasa segar,tanin menjaga sistem pencernaan dalam tubuh kita serta mencegah penyerapan minyak yang berlebihan dalam tubuh.




7. Pada abad ke 18, teh merupakan minuman kegemaran orang-orang inggeris.


8. Tea break telah menjadi kebiasaan yang dimulai pertama kali 200 tahun yang lalu.


9. Teh putih merupakan jenis teh yang paling asli kerana tidak melalui banyak pemrosesan. Daun teh hanya dikeringkan melalui penguwapan. Jenis ini juga merupakan teh yang bermutu kerana diambil dari pucuk daun teh paling muda. Teh putih menjadi teh paling mahal dan tak mudah ditemui di pasaran.
Setelah dipetik, pucuk daun teh dikeringkan dengan penguwapan dan tidak dikeringkan dengan dijemur.Semasa proses penguwapan, pucuk daun teh berubah warna jadi putih lalu mengering. Proses itu membuat teh jenis ini paling kaya akan zat-zat antioksidan.


10. Teh hijau hanya sekitar 10% dari jumlah pengeluaran teh seluruh dunia. Teh hijau diperoleh dari daun teh yang dipetik lalu diuwap untuk menghilangkan enzim-enzim fermentasinya, digulung, dan dikeringkan. Proses itu menghasilkan komposisi kimia yang serupa dengan daun teh asli. Kerana tidak melalui proses yang banyak, teh hijau mengandung berbagai zat bermanfaat. Salah satunya asam askorbik atau vitamin C yang jumlahnya sama dengan lemon.