This is our land!!!

Bendera Malaysia

Thursday, March 31, 2011

Kisah 1 - senjata menghadapi tipu daya syaitan...


Musuh yang jahat bernama syaitan ini memang bersungguh-sungguh untuk menyesatkan manusia. Kita pun telah mengetahui sasaran dan cara-cara syaitan dalam menyesatkan mangsanya. Jika manusia lalai tentang perkara ini,maka sesungguhnya syaitan akan menawannya dan mengarahkannya sesuai dengan kehendaknya.
Ibnu Al-Jauziah telah menggambarkan pertarungan antara manusia dan syaitan dengan gambaran yang indah,katanya : ketahuilah sesungguhnya hati ini laksana suatu benteng yang di atasnya dikelilingi oleh pagar-pagar. Pada pagar itu terdapat pintu-pintu dan celah-celah. Penghuninya adalah akal dan malaikat mengawal benteng itu. Di sekitarnya ada "rabadh" iaitu tempat yang dihuni oleh hawa nafsu,syaitan juga menempati ruang itu tanpa sebarang rintangan.
Pertarungan sentiasa terjadi antara penghuni benteng dan penghuni rabadh. Syaitan sentiasa meronda di sekitar benteng mencari-cari peluang dari kelalaian manusia untuk menceroboh melalui celah-celah pagar. Oleh kerana itu hendaklah bagi penjaga benteng mengenal pasti semua pintu-pintu benteng yang dijaganya dan memastikan ke semua celah-celah. Jangan sampai lengah dari penjagaan walaupun hanya sesaat kerana sesungguhnya musuh tidak pernah lengah. Seseorang bertanya kepada Hasan Al-Bashri: "adakah iblis itu tidur?" Hasan menjawab: "sekiranya dia tidur ,dapatlah kita beristirehat."
Benteng ini disinari dengan zikir kepada Allah dan diterangi oleh iman. Di dalamnya terdapat cermin yang membuat semua perkara yang melintas dekatnya nampak jelas di dalamnya. Pertama yang dilakukan oleh syaitan terhadap rabadhain(dua tempat) itu ialah membanyakkan asap sehingga membuat persekitaran benteng menjadi hitam dan mengotori cermin. Kejernihan (kesempurnaan) fikiran dapat mengepam asap keluar,dan kemurnian zikir pula dapat melicinkan cermin.
Musuh melancarkan serangan dengan berbagai cara,sesekali ia masuk ke dalam benteng dan menyerang hendap pegawal kemudian keluar lagi. Kadang-kadang ia masuk dan memusnahkan,dan kadang-kadang ia tinggal di situ untuk melalaikan pengawal. Tidak kurang pula yang menahan hembusan angin yang akan menghalau asap keluar,sehingga asap bertakung dan menghitamkan kawasan benteng,dan dengan ini pula menjadi hitamlah cermin. Maka berjalanlah syaitan di situ tanpa dapat dikesan . Ada pula cara syaitan iaitu dengan mencederakan pengawal benteng kerana lalainya kemudian ditawan. Maka syaitan membuat tipuan-tipuan kesepakatan yang disokong oleh hawa nafsu. Atau ia juga menjadi seperti ahli fekah dalam keburukan.
 - Muhammad Isa Selamat-

Wednesday, March 30, 2011

Realiti kehidupan...

Isnin sampai rabu aku ada seminar 3hari dekat cititel express chow kit,oleh sebab tak jauh dari rumah aku check in je lah,abis seminar cabut balik umah kat hulu kelang,dah kawin kalau bujang tak balik umah pun takpe heheh...esok kira last day seminar akulah nampak gayanya...
Ok nak dijadikan cerita memang takde ape2 pun cuma aku rasa kagum dengan asam garam kehidupan dua wajah di sebalik keindahan bangunan hotel di bahagian depan terselindung pemandangan yang aku pun tak sangka dapat lihat dan rakamkan,alah bukan cantik sangat pun hotel ni tapi bolelah kalau nak dibandingkan dengan bahagian belakangnya,memang menakjubkan...
Aktiviti malam kawasan sekitar pun memang hidup yelah ada pasar malam ala2 uptown yang rata-rata peniaga dia mat bangla,wa majulah depa skrg ada bisnes sendiri,aku agak dalam 70% bisnes kat cni di kongker oleh mat bangla dan mat indon,dah orang kita mane ntah gamaknya,orang kata dulu chow kit kita punya skrg majmuk sungguh,1 Malaysia. Cerita banyak pun tak gune meh kita tengok picture yang sempat diambik gune hp yang agak2 nampak smart tu aku cilok kat google....


mula-mula aku ingat seminar kat cititel mid valley hahah,nasib baik tak pegi sini...


dekat sini rupanya jalan chow kit...


pemandangan waktu senja dari bilik hotel...


malam yang indah di bangunan kebanggaan Dr M...


malam yang makin larut...




inilah yang nak dijadikan cerita,tengah take5 tengok dari tingkap dewan seminar terpancarlah keindahan belakang hotel,dengan bangunan yang direnovate sendiri,dah tentu-tentu tak selamat nak duduk tapi bole ada bekalan air dan letrik???jadik faham2lah apa lagi kalau macam ni bole berlaku depan-depan mata je...penguatkuasaan yang lemah,yang duduk tu majoriti pendatang asing ntah ade permit ntah x...gambar yang bawah tu depannya ialah kedai makan,kalau diperatikan ada ikan bakar dan air kumbahan yang turun dari tingkat atas terpercik sekali ke ikan bakar menjadi perisa tambahan bagi menaikkan selera orang yang makan di premis tersebut heheh...


break untuk lunch aku makan kat tepi tingkap dapat tengok orang lalu lalang dan kesibukkan traffik masa waktu puncak,dan tengah sedap menjamu selera datang brader ni,dia dengan penuh perasaan meluahkan hatinya walaupun aku tak dengar tapi dia rakyat Malaysia yang hidupnya terbiar dan perlukan pembelaan,kalau dia ada anak,malanglah anak-anaknya membiarkan orang tuanya dalam keadaan sebegini,tapi kita tak cukup prihatin sebab pemandangan sebegini dah menjadi lumrah dan realiti kehidupan di kota yang mencabar dan penuh kepalsuan,sekian...








Wednesday, March 23, 2011

Minyak pada bangkai jadi bahanapi dan gas...


Begitu juga semua tumbuh-tumbuhan yang hidup dan mati silih berganti dan sambung-menyambung selama berjuta-juta tahun. Minyak yang terkandung di setiap tumbuh-tumbuhan tersebut juga meresap ke dalam bumi,dan minyak tersebut maka Allah jadikan berbagai-bagai bentuk jenis bahan api dan gas untuk keperluan hidup manusia suatu masa kelak.
Dan begitu juga dari berjuta-juta tahun lamanya bumi ini dipenuhi oleh bangkai-bangkai binatang yang reput,dan tumbuh-tumbuhan yang mati dan reput,dengannyalah kerak bumi menjadi menebal,dan barulah bumi tersebut dinamakan tanah,ia menjadi sumber tumbuh-tumbuhan hidup subur seperti yang kita lihat kenyataannya sekarang. Maha Suci Allah SWT yang Maha Pentadbir Bumi dengan sekalian kandungannya dengan pentadbiran yang amat teliti dan teratur.
Setelah psarana untuk keperluan hidup manusia telah disediakan Allah di bumi,maka Allah memberitahukan kepada para malaikatnya,bahawa Dia akan menciptakan seorang Khalifah di permukaan bumi!Malaikat membantah dengan katanya,"untuk apa Engkau ciptakan manusia menjadi Khalifah di muka bumi,padahal ia akan menumpahkan darah dan berbuat huru-hara saja."Berfirman Allah, "Sesungguhnya Akulah yang lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."
Allah kemudian memerintahkan kepada Malaikat Jibrail,Mikail,dan Israfil pergi ke bumi mengambil tujuh jenis tanah untuk dijadikan lembaga/tubuh Adam,dan setelah tiga Malaikat itu melakukannya lalu tanah bumi tersebut tidak mahu dan membantah,lalu Allah memerintahkan tugas itu kepada Malaikat 'Izrail, dan Izrail melaksanakannya sehingga tujuh jenis tanah tersebut dapat dikumpulkannya dalam syurga.Para Malaikat yang diperintahkan untuk membentuk dan membuat tubuh Adam,semua mereka terpinga-pinga kerana tidak tahu rupa bentuk macam mana harus dibuat. Lalu Allah memerintahkan salah seorang daripada malaikat itu pergi ke "Loh Mahfuz" untuk mengambil contoh,dengan mengikuti contoh tersebut maka mereka bentuklah tubuh/lembaga Adam. Maha Kuasa Allah SWT. -Raflis Sabirin-

Monday, March 21, 2011

Wujud dulu binatang sebelum manusia...


Setelah permukaan batu(bumi)beransur tebal oleh lumut dan batu yang mereput,maka Allah menebarkan benih tumbuh-tumbuhan dengan pelbagai jenis spesies seperti tumbuhan yang berbatang besar dan kecil,yang berakar,rumput-rumput dan benih tumbuh-tumbuhan lain yang dibawa dan ditebarkan oleh angin dan hujan,lalu tumbuh-tumbuhan itu hidup subur,membesar dan menjalar serta menghasilkan benih.Setelah tua,menguning,berlumut pula,lalu gugur menyembah bumi dan teus mereput menjadi tanah pula,ia sebagai tambahan untuk ketebalan kerak bumi seperti halnya lumut dan batu mereput,dan disambung pula oleh generasi benih tumbuhan baru yang berganda banyaknya berbanding generasi terdahulu yang hidup subur hingga sampai masanya gugur dan reput lalu menjadi tambahan kerak bumi pula.
Begitulah seterusnya sambung menyambung memakan jangka masa jutaan tahun lamanya sehingga kerak bumi semakin menebal,Maha Suci Allah SWT yang menciptakan sesuatu dengan sempurna sukatan dan timbangannya,sempurna rencana dan pelaksanaannya.
Setelah kerak bumi mula menebal,dan tumbuh-tumbuhan pun telah tumbuh menghijau silih berganti,maka Allah setelah mewujudkan berbagai-bagai jenis binatang kecil dan besar yang berkaki dua dan berkaki empat,yang berjalan dengan perutnya seperti ular,ulat dan cacing,yang bersayap seperti burung-burung  dan lainnya berkembang biak di permukaan bumi. Mungkin pada zaman itu seekor semut jauh lebih besar daripada saiz semut sekarang,seekor ular lebih besar dari sekarang. Ini sesuai dengan usia manusia ratusan tahun.
Pendek kata pada zaman awal kehidupan tumbuh-tumbuhan di bumi,semua binatang besar-besar belaka,dan mungkin inilah yang disebut-sebut orang zaman dinosaur dan pada zaman manusia kera,bigfoot dan mawas yang para ahli saintis sekarang banyak menjumpai rangka dan tengkorak binatang tersebut ,dan hasil dari penyelidikan mereka sehingga mereka beranggapan bahawa manusia telah ada wujud jauh sebelum Adam a.s diciptakan dan sehingga kebanyakkan pakar barat dan saintis termasuk Darwin beranggapan bahawa manusia berasal dari kera atau monyet.
Sejak mula bumi dihuni oleh binatang besar dan kecil,yang binatang tersebut mati bersambung-sambung generasi sampai era kehidupan manusia pertama Adam a.s menghuni bumi,semua minyak yang terkandung pada bangkai binatang itu lalu menyerap ke dalam celah-celah bumi dan terkumpul di tempat-tempat yang terendah dari lapik-lapik bumi.  - Raflis Sabirin-

Sunday, March 20, 2011

Krisis Libya...


Kapal perang dan kapal selam Amerika dan British melancarkan fasa pertama serangan peluru berpandu ke atas pertahanan udara Libya dan pegawai pertahanan Amerika berkata, serangan itu dipercayai mengakibatkan kerosakan besar.

Dalam serangan tersebut, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu bertindak melumpuhkan pertahanan udara Libya, lapor AP.

Para pegawai pertahanan Amerika berkata adalah terlalu awal untuk menilai kesan serangan tersebut, tetapi berasaskan kepada ketepatan sasaran peluru yang dilancarkan, mereka merasakan ia mengakibatkan kerosakan teruk ke atas pertahanan udara Libya.

Pegawai berkenaan tidak mahu disebut namanya kerana misi serangan tersebut masih berterusan.

Ketika mengumumkan misi serangan tersebut ketika melawat Brazil, Presiden Barack Obama berkata beliau keberatan mengambil langkah ketenteraan tetapi yakin ianya perlu untuk menyelamatkan nyawa orang awam. 

Obama mengulangi bahawa beliau tidak akan menghantar tentera Amerika memasuki Libya.
NONE
"Kami tidak boleh melihat sahaja apabila seorang pemimpin yang zalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak akan ada belas kasihan ke atas mereka," katanya di Brasilia.

Setakat ini, Amerika dilihat menghadkan peranannya dalam campurtangan di Libya, dengan fokus pertamanya untuk melumpuhkan pertahanan udara Libya, dan kemudian menyerahkan kepada negara-negara Eropah dan mungkin negara-negara Arab untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di atas ruang udara negara Afrika Utara.
Naib Panglima William E. Gortney memberitahu wartawan bahawa serangan peluru berpandu itu adalah permulaan kempen yang dikenali sebagai 'Operation Odyssey Dawn'. 

Katanya, matlamatnya ialah untuk menghalang tentera Muammar Gadhafi daripada melakukan lebih banyak keganasan ke atas orang awam - terutama di dalam dan di sekitar kubu pemberontak di Benghazi -- dan melumpuhkan keupayaan ketenteraan Libya untuk mencabar zon larangan terbang.
NONESementara itu, Wartawan AFP pula melaporkan, bom digugurkan awal pagi ini berhampiran Bab al-Aziziyah, ibu pejabat Gaddafi di Tripoli, dan mencetuskan kemarahannya, yang berkata Mediterranean kini telah menjadi 'medan perang'.

Televisyen Libya sebelum itu melaporkan bahawa ratusan rakyat telah berkumpul untuk membentuk perisai manusia di Bab al-Aziziyah dan di lapangan terbang antarabangsa ibunegara itu.

Satu pegawai Libya memberitahu AFP, sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dalam serangan tersebut, yang bermula pada 1645 GMT (12.45 pagi waktu Malaysia) oleh sebuah pesawat pejuang Perancis ke atas sebuah kenderaan tentera yang didakwa Perancis milik pasukan pro-Kadhafi.
Stesen televisyen Libya memetik tentera negara itu yang mengesahkan setakat ini 48 maut manakala 15 lagi cedera dalam serangan udara pertama tentera Bersekutu, awal pagi tadi.

Serangan itu membabitkan sepanjang pesisir pantai barat dan timur terutama di di bandar Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi. 

Media di Libya juga melaporkan pesawat pejuang barat mengebomkan sasaran awam di di Tripoli, menyebabkan kematian, manakala jurucakap tentera pula berkata serangan juga mengenai tangki yang membekalkan bahan bakar ke bandar Misrata yang dikuasai pemberontak, di timur Tripoli.

Gaddafi, dalam ucapan ringkas yang disiarkan di televisyen negara itu, mengecam serangan tersebut dan berikrar akan bertindak balas.

"Kini gudang senjata telah dibuka dan semua rakyat Libya telah dipersenjatai untuk menentang kuasa barat," katanya.

kredit Malaysiakini.com

Saturday, March 19, 2011

Pasca tsunami Jepun...

Dah 9 hari Jepun dilanda musibah tsunami kesan dari gempa bumi,tak dapat dibayangkan kesengsaraan umat manusia di Jepun dalam hari-hari sengsara akibat gempa bumi,kemudian tsunami membadai mengakibatkan kematian dan kemusnahan harta benda,salji pula turun di saat kehilangan tempat untuk berlindung,kemudian diburukkan pula dengan kebocoran reaktor nuklear,aku tak berapa faham apa kesan dari kebocoran ini,apa yang dikatakan mengenai krisis nuklear Jepun,tapi lepas tanya orang dan buat rujukan dekat cikgu google barulah aku paham sikit,meh aku share kat deme...





Punca sebenarnya ialah tsunami selepas berlakunya gempa bumi di dasar laut. Rentetan dari kejadian tsunami berlaku pula kejadian yang tidak diduga melibatkan reaktor nuklear sehingga menyebabkan letupan gas hidrogen dalam bangunan reaktor. Kesemua sistem pendinginan reaktor menggunakan kuasa elektrik. Apabila berlaku gempa bumi, operasi reaktor akan terhenti (shut-down) secara automatik dan bekalan elektrik terputus.  Bekalan elektrik kecemasan dijana oleh generator diesel tetapi setelah dilanda tsunami generator juga mengalami kerosakan dan bekalan elektrik terputus sama sekali. Sementara menunggu bekalan elektrik bergerak (mobile electrical supply) tiba bahan api reaktor terus memanas kerana tidak disejukkan.  Kegagalan penyejukan teras reaktor yang mengandungi bahanapi Uranium tersinar mengakibatkan peningkatan suhu yang berterusan sehingga berlaku pencairan separa  (partial meltdown) dan peningkatan tekanan terus berlaku dalam reaktor. Apabila stim dilepaskan untuk menurunkan tekanan dari 800 kPa ke 400kPa gas hidrogen juga terbebas dan menyebabkan bumbung bangunan reaktor meletup.
Nasib yang sama menimpa reaktor Daiichi 1, 2 dan 3. Kebakaran pada reaktor Daiichi 4berlaku disebabkan oleh tempat simpanan bahanapi uranium tersinar/terpakai tidak disejukan dan berlaku pemanasan. Daiichi 4 masih belum berjaya disejukkan sepenuhnya kerana suhu kolam simpanan bahanapi terpakai masih tinggi iaitu 84’ C  sedangkan dalam operasi biasa perlu dikekalkan pada suhu 25 'C.
Tahap Kecemasan sekarang ialah Tahap 4 berasaskan kepadaInternational Nuclear and Radiological Event Scale (INES). Tahap 4 bermakna berlaku pelepasan bahan radioaktif setempat dan ia tidak mengakibatkan pencemaran antara negara atau merebaknya ke kawasan yang luas. Jika berlaku pencairan menyeluruh (total meltdown) seperti tragedi Chernobyl (1986) itu lebih berbahaya. Tetapi situasi ini tidak berulang kerana rekabentuk Boiling Water reaktor Fukushima berbeza dan lebih baik berbanding reaktor Chernobyl. Insiden Three Mile Island (TMI) yang melibatkan masalah Pressurised Water Reactor (PWR) hanya mengakibatkan pencemaran radioaktif setempat. Insiden Fukushima boleh diibaratkan seperti ulangan peristiwa Three Mile Island.
Penggunaan tenaga nuklear lahir pada tahun 1939 ketika dunia di ambang Perang Dunia Ke-2. Teknologi nuklear telah digunakan oleh kuasa-kuasa politik dunia sebagai senjata dalam peperangan. Apabila masyarakat menyaksikan kemusnahan Hiroshima dan Nagasaki akibat penguguran bom atom oleh pasukan tentera Amerika di kedua-dua bandaraya tersebut, maka stigma keburukan tenaga nuklear kekal sehingga kini. Sebenarnya banyak kebaikan tenaga nuklear yang telah digunakan dalam bidang perubatan, perindustrian, pertanian di samping penjanaan tenaga elektrik. Apa yang perlu dilakukan ialah penjelasan sejelas-jelasnya kepada masyarakat awam tentang apa itu teknologi nuklear. Seperti kata pepatah ’tak kenal maka tak cinta’. Justeru itu apabila kita memahami dan mengenali teknologi nuklear maka ketakutan masyarakat terhadap nuklear akan beransur-ansur hilang.
Pertamanya kita lihat dari segi teknologi. Reaktor Fukushima adalah reaktor generasi lama seperti yang digunakan oleh loji Three Mile Island. Reaktor Chernobyl pula adalah teknologi yang ketinggalan jauh dari teknologi Barat pada masa itu. Loji Nuklear Fukushima I yang menghadapi masalah pada masa ini mengandungi enam buah reaktor.           
Kesemua reaktor tersebut dirancang pada tahun 1950an selepas Perang Dunia Ke-2 kerana pembangunan loji nuklear mengambil masa 20 tahun dari perancangan hingga ke pentauliahan.
Loji Nuklear Fukushima II pula yang terletak bersebelahan mengandungi empat unit reaktor, dibina dan ditauliahkan 10 tahun kemudian dan tidak mengalami masalah. Sementara reaktor generasi serupa di Loji Nuklear Tokai tidak menghadapi masalah kerana tidak dilanda tsunami. Loji Nuklear Onagawa di sebelah utara terdiri dari tiga unit reaktor baru juga tidak menghadapi masalah.Berasaskan kepada fakta tersebut, bencana yang menimpa Fukushima ialah akibat tsunami dan faktor rekabentuk reaktor nuklear jenis lama.

kredit majalahsains.com

Friday, March 18, 2011

menunggu saat kehadiran orang baru...

Dah dua hari wife aku yang menunggu saat-saat due ni mintak buah durian,untuk tidak menghampakan aku belilah dua ulas yang dalam pack tu bagi rasa,mana bole banyak-banyak,esok mintak lagi belilah sebiji bagi dia makan puas-puas. Pkl 4 pagi dia tak bole tido,rasa sakit perut,la nak bersalin dah ke?tanya dia le tahan ke tak?dia cakap ok,so sambung tido sedar-sedar pagi nak pegi keje tengok macam tak bole dibiarkan ni...
Wat keputusan hantar je lah pegi hospital,karang dah sampai tempat keje nak patah balik bercinta dengan jammed pulak,usha hospital ampanglah dekat pun dekat. Sampai je kat hospital ampang ni terus daftar kat tempat pendaftaran untuk check wife aku sakit memang nak bersalin ke sakit makan durian banyak,wat check up dalam setengah jam,nurse panggil aku wife aku memang dah dekat nak bersalin dijangka dalam pukul 2 ptg,cik bole naik ke tingkat 4 dewan bersalin tapi tak bole bawak kanak-kanak,owh sudah anak aku sape nak jaga ni?
Ok relax,dalam pukul 2 ptg sempat lagi aku antar anak aku suruh orang tua jaga,jam sekarang pukul 930 pagi,bgtau wife aku nak pg ambik mak,then aku terus drive ke seremban ambik org tua aku sampai seremban dekat-dekat pukul 1115,terus pick up orang tua aku balik ampang sampai dalam 1330,terus pegi wad bersalin tingkat 4,nurse tu cakap wife aku dah bersalin alamak tak sempat nak tgk,mintak maaf ye cik tak bagitau,takpe lah asal semua selamat,baby girl lagi alhamdulillah selamat semua,pegi dekat bilik dia aku pun qamatkan,syahdunya melihat kelahiran orang baru,TETAPI AKU TERTANYA-TANYA MENGAPA TERGAMAK ADA MANUSIA YANG SANGGUP MEMBUANG ZURIAT MEREKA MACAM BARANG TIDAK BERHARGA SUBHANALLAH....



Newborn 14/03/11  1130 pagi...


pintu masuk...


hospital ampang...


menarik...


pandu arah banyak tak bimbang sesat...


sempat qamat  tp lewat cikit...


posing ngan baby...


wad 4C katil no.19...


makanan hospital sedap jgk...


dah bole dicharge 15/3/11


yess,akak dah ade kawan...ade rezeki tambah lagi...


Peringatan!!!
Bagi bakal-bakal ibu yang nak menunggu saat bersalin,hospital ampang is the best,kelengkapan dan layanan A,doktor wanita yang menyambut kelahiran bayi anda insya allah,kalau pegi kat swasta bolelah kalau ade budget lebih karang scissor kenalah rm5 ribu heheh...sekian...







Saturday, March 12, 2011

Tsunami Jepun 11 Mac 2011!!

  “Andai kata penduduk satu negeri itu benar-benar beriman dan bertakwa, maka kami akan bukakan kepada mereka keberkatan kami yang datang dari langit mahupun yang tumbuh dari bumi. Akan tetapi jika mereka mendustakan ayat kami, maka kami akan azab mereka akibat daripada perbuatan mereka sendiri " (Surah al-A'raf, ayat 96)








Pada 11 Mac 2011 tepat jam 2.46pm petang,satu gempa bumi telah berlaku paling buruk dalam sejarah Jepun selepas tempoh 140 tahun dengan bacaan 8.9 skala richter telah mengakibatkan tsunami besar setinggi 10 meter di Sendai, Jepun. Gelombang air berlumpur melanda seluruh kawasan di Sendai, Jepun termasuk Lapangan Terbang Tokyo. Gempa bumi dan Tsunami ini juga mengakibatkan kerosakan teruk di kawasan utara Jepun itu. Ramai orang terkandas di stesen keretapi dan banyak premis/bangunan putus bekalan elektrik. Banyak kapal, kereta dan rumah dihanyutkan dan kebakaran menjadi tidak terkawal.
Sehingga kini, Polis Jepun mengesahkan 200-300 mayat ditemui dan mungkin meningkat. 531 dilaporkan hilang dan 627 mengalami kecederaan. Angka tersebut dijangka meningkat apabila usaha menyelamat mula dilakukan secara menyeluruh.



Garisan merah kawasan yang paling teruk terjejas. Garisan kuning diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Tanda pangkah adalah pusat gempa bumi. Gegaran kali nih paling kuat dengan skala ritcher 8.9 dan menduduki tangga ke lima dalam sejarah dunia sejak tahun 1900,negeri yang paling teruk adalah Sendai, Tokyo, Iwate, Fukushima dan beberapa negeri yang berdekatan.



                                Tokyo waterfront Daiba selepas gempa...


              Kelihatan rumah dan kapal yang dihanyutkan oleh ombak tsunami berdekatan dengan Sendai Airport.


subhanallah!!! ombak tsunami membadai penduduk di Natori...


Runtuhan rumah di Iwaki...


kebakaran tangki gas asli di cosmo oil refinery,Chiba...


kebakaran bangunan pejabat di Tokyo,Jepun...


banjir di Miyagi...


tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia,musahabah diri dengan keadaan umat islam di negara kita ianya semua tidak mustahil berlaku apabila umat islam sudah jauh dari tali Allah...sekian...










Friday, March 11, 2011

Malaikat dan iblis penghuni pertama bumi...


Semasa bumi masih keadaan berupa buih terdapat dua golongan yang diperintahkan Allah untuk turun ke bumi untuk beribadah di bumi 70ribu tahun lamanya,iaitu golongan malaikat dan golongan azazil,yakni golongan iblis sebelum dikutuk Allah kerana enggan sujud menghormati kejadian Nabi Adam a.s dalam syurga,dan semasa dua golongan ini menyembah Allah ketika bumi  berupa buih itu Azazilllah nama golongan iblis,dan ia juga menjadi ketua/komandan,dan golongan malaikat menjadi jemaah,kedua-dua golongan ini beribadah kepada Allah adalah dengan bertasbih,bertahmid,bertakbir,bertakdus mengagungkan Allah sambil mereka bertawaf mengelilingi pusat bumi,yakni Baitullah sekarang,dan permukaan bumi(semasa berupa buih)dipenuhi oleh dua golongan ini bertawaf.
Dalam masa selama 70ribu tahun(bukan tahun dunia)lamanya dua golongan itu khusyuk,asyik beribadah kepada Allah dengan bertawaf mengelilingi pusat bumi (Baitullah) sehinggalah buih tersebut menjadi gelombang,bergelora  dan membadai sebagaimana bentuk permukaan bumi yang kita saksikan sekarang,bergelombang dan bergelora seperti permukaan lautan yang bergelora,dan pada masa sekian lama itulah buih mula beransur-ansur berubah mengeras menjadi batu.Ini juga dapat kita lihat dan saksikan sekarang dalam gua-gua batu banyak terdapat air menjadi buih dan batu di dinding gua,sehingga rongga-rongga gua bertambah mengecil,dan dapat kita lihat batu-batu karang dalam lautan,dan di masa bumi berupa batu itu belum wujud tumbuh-tumbuhan dan binatang di muka bumi yang masih berupa batu itu,dan mungkin zaman itulah yang biasa disebut-sebut orang "zaman batu".
Semasa bumi telah berubah menjadi batu,barulah Allah menurunkan atau menumbuhkan tumbuh-tumbuhan pertama yang dinamakan 'lumut'. Hal ini juga dapat kita lihat atau saksikan di zaman sekarang di mana hanya tumbuhan lumut inilah satu-satunya tumbuhan yang dapat hidup pada permukaan batu,dan lama-kelamaan permukaan batu yang ditempatinya menjadi reput kerananya,dan setelah lumut itu tua,ia pun reput serta permukaan batu tempatnya tumbuh itu,lalu menyusul pula benih generasi lumut baru tumbuh pada permukaan batu,dan setiap batu yang ditumbuhi lumut,ia menjadi reput serta lumutnya,begitulah seterusnya sambung-menyambung dalam masa berjuta-juta tahun lamanya sehingga kerak bumi mula menebal sedikit demi sedikit,dan hal ini dapat kita lihat sendiri di celah-celah batu besar,di tepi-tepinya terdapat kereputan batu dan lumut yang telah menjadi berupa tanah,cuma tentang fungsi atau rahsia lumut ini masih belum dikaji dan diselidiki manusia. -Raflis Sabirin-

Tuesday, March 8, 2011

Keadaan bumi sebelum dihuni manusia...







"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,dan pada pertukaran malam dan siang,terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal."- (Surah Ali Imran ayat 190)
Dengan keterangan firman Allah di atas itulah manusia telah banyak menghasilkan kajian tentang bumi dan isi kandungannya,sehingga dapat menghasilkan berbagai-bagai jenis dan bentuk kandungan bumi seperti besi,timah,tembaga,emas,perak dan sebagainya yang banyak memberi manfaat serta kegunaan bagi kehidupan manusia,dan pelbagai bentuk batu-batan yang dapat dihasilkan dari kandungan bumi tersebut seperti batu semen,kapur,marmar dan lain-lainnya. Begitu juga tumbuh-tumbuhan seperti kayu-kayan dan pelbagai spesiesnya yang tidak dapat kita menghitungnya. Semua itu adalah untuk kerluan kehidupan manusia diperuntukkan Allah dalam jangka waktu yang ditentukannya.
Anugerah terpenting kepada manusia,haiwan dan tumbuhan adalah angin,udara,gas,air dan api yang amat banyak manfaatnya,bahkan ia sebagai keutamaan dalam kehidupan manusia,kerana itulah ahli fikir telah dapat mengkaji dan menyelidiki kegunaannya sehingga pada peringkat halus dan mendalam. Itulah manfaat akal dan fikiran manusia supaya terus hidup dan menjalar untuk ingin tahu akan sesuatu supaya bertambah pula pengetahuan kita tentang asal usul bumi serta proses sebelum ia menjadi bumi,serta suasana bumi sebelum dihuni oleh manusia,sudah itu barulah kita teruskan memebentangkan asal usul langit serta perhiasannya dengan dasar nas-nas ayat al-quran dan hadis serta galian akal dan fikiran(talaah)
"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum/sekepal,lalu kami pisahkan antara kedua-duanya,dan kami jadikan air tiap-tiap benda yang hidup,maka kenapa mereka tidak mahu beriman?(surah al-anbiyak,ayat 30)
"Kemudian Dia menuju menciptakan langit,dan langit itu berupa asap(kabus),lalu Dia berkata kepada keduanya:"datanglah kamu berdua menurut perintahku dengan sukarela atau terpaksa? kedua-duanya menjawab,"kami datang dengan sukarela". Maka Dia menjadikan tujuh lapis langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya,dan kami hiasi langit yang dekat itu dengan bintang-bintang dan kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya ."-(surah fushilat,ayat 11-12)

Dulu langit dan bumi bercantum


Di dalam surah al-anbiyak turut menerangkan secara ringkas bahawa bumi dan langit dulunya bercantum sekepal,lalu Allah pisahkan antara kedua-duanya,dan sebahagiannya untuk dijadikan menjadi langit serta kandungannya,dan sebahagiannya dijadikan menjadi bumi serta sekalian kandungannya.
Pada masa bumi dan langit masih dalam keadaan sekeping,lalu Allah mentajalikan nur sifatnya Al-Khaliq pada benda tersebut, maka terjadilah perpisahan antara langit dan bumi,dan di saat terjadi perpisahan itu,dalam istilah astronomi dinamakan "big bang",yakni terjadi dentuman besar. Teori big bang juga menjelaskan dasar gambaran kajiannya bahawa awal munculnya seluruh benda-benda di langit berasal dari satu titik yang kemudian meledak lalu tersebar di seluruh penjuru langit berupa planet-planet dan bintang-bintang. Maksud atau erti daripada kata-kata "bumi atau ardhi" ialah bumi sekalian kandungannya,tanah,batu,tumbuh-tumbuhan,logam,minyak,dan sekalian kandungannya sebagaimana yang kita lihat dan saksikan sekarang ini,itulah yang dimaksudkan dari kata-kata bumi atau ardhi,dan sebelum bumi ini menjadi sebagaimana yang kita saksikan sekarang,bahawa asal-usulnya kesemuanya itu diciptakan oleh Allah daripada "Air".
Ketika masa bumi masih berupa dalam berupa air,air tersebut telah diserapkan oleh Allah empat unsur utama,iaitu unsur api,unsur angin,unsur air,dan unsur tanah. Dan dalam empat unsur tersebut juga telah diserapkan Allah unsur-unsur segala yang akan diwujudkannya di muka bumi sampai hari kiamat,akan tetapi dalam air atau dalam empat unsur tersebut tidak diserap Allah unsur roh,kerana roh adalah ciptaan Allah yang tinggi atau lathif,dan Allah tidak memberikan kemampuan atau tidak memberikan izin kepada sesiapa untuk mengetahui unsur roh,akal atau fikiran yang diberikan Allah kepada manusia tidak diberi kemampuan tentang kajian unsur roh atau hakikat roh,melainkan kajian tentang sifat-sifat roh,perangai-perangai roh.
Dalam tempoh masa berjuta tahun lamanya,dan dengan penggantian siang dan malam, lalu air tersebut beransur-ansur berubah menjadi buih,yakni hampas dari air sehingga sampai 2/3 air tersebut menjadi buih dan ia sesuai dengan sukatan qadar dan tujuan Allah memperuntukkan untuk menjadi daratan.  - Raflis Sabirin-

Sunday, March 6, 2011

Hamas...


Sejarah

Hamas adalah akronim bagi frasa bahasa arab حركة المقاومة الاسلامية, atau Harakat al-Muqāwama al-Islāmiyya atau "Pergerakan Pembela Islam"Brigad Izz ad-Din al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas telah dibentuk pada tahun 1992, dinamakan sempena mengenang jasa pejuang palestin, Sheikh Izz ad-din Al-qassam. Unit tentera Hamas kadangkala menamakan diri mereka "Students of Ayyash", "Students of the Engineer", atau "Unit Yahya Ayyash.

Hamas diasaskan oleh Syeikh Ahmed Yassin dari bahagian Gaza Al-ikhwanul Al-muslimin. Sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan balas terhadap pendudukan Zionis Israel, negara haram yang menakluki wilayah Palestin. Piagam Hamas menyeru supaya negara haram Zionis Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah negara Islam yang adil dan damai tanpa mengira agama, etnik bangsa dan sebagainya. Hamas sering menunjukkan sentimen anti-Zionis Israel dan berjuang untuk mengusir pihak Zionis Israel keluar dari Palestin melalui Jihad.
Dalam pilihanraya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam parlimen dan telah membentuk kerajaan baru. Hal ini membuktikan populariti Hamas berbanding dengan Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin. Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan.
Pertempuran antara kumpulan militan Fatah dan Hamas sejak pilihanraya Januari 2006 telah banyak berlaku, dan menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kegawatan ekonomi.
Hamas dianggap sebagai pihak pengganas oleh Amerika Syarikat,United Kingdom,Kanada,Australia,Israel Jepun dan Kesatuan Eropah. Selepas kemenangan Hamas dalam pilihan raya 2006, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah menyekat bantuan ekonomi kepada Palestin, demi memulaukan Hamas. Pada 8 Februari 2007, Hamas telah bersetuju mangagihkan kuasa antara pihak Hamas dan Fatah dengan harapan menghentikan sekatan itu. Namun, Israel dan Amerika Syarikat masih tidak berpuas hati dengan penglibatan Hamas dalam kerajaan. Pertempuran antara Hamas dan Fatah diteruskan sehingga Jun 2007, apabila Mahmoud Abbas membubarkan parlimen untuk melantik kerajaannya sendiri. Tindakan ini ditentang habis-habisan oleh Hamas. Pada hari yang sama itu, militan Hamas berjaya menguasai seluruh Jalur Gaza dan menghancurkan pengaruh dan kuasa Fatah di kawasan tersebut.

Jata Negara Malaysia...

Aku berani jamin ramai yang tak tau apa dia jata negara ape lagi rukun islam ngan rukun iman heheh,kalau tau pun mesti tak ikut susunan,oklah kat sini aku nak cerita pasal jata negara kita malaysia,cuma info pada sape-sape yang nak ambik tau,sumber pun dari wikipedia tapi betullah sebab dah refer kat buku,jadik takde masalah untuk kita baca dan ambik tau sikit ...


Jata Negara yang baru.

Jata Negara yang asal..
  • Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.
  • Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
  • Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. 
  • Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
  • Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. 
  • Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. 
  • Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. 
  • Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.
  • Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

first goal Safee Sali for Pelita Jaya



Tahniah buat safee...buat lagi banyak gol...tanah tumpahnya darahku!!!


Gol Safee Beri Kemenangan Kepada Pelita Jaya FC
KARAWANG (JAWA BARAT): Gol tunggal jaringan Mohd Safee Mohd Sali dalam perlawanan sulungnya mewakili pasukan Pelita Jaya FC menjadi hadiah pertamanya dan sekaligus menentukan kemenangan pasukannya 1-0 ke atas Sriwijaya FC dalam Liga Super Indonesia, Sabtu.
Peluang keemasan pada minit ke-62 itu yang berupa bola muntahan di depan pintu gawang, telah disambar oleh Safee dengan rembatan melepasi jangkauan penjaga gol Sriwijaya Fery Rotin Sulu.
Serentak bola mencecah jaring gawang, seluruh isi Stadium Singaperbangsa, Karawang menjadi gegak gempita dengan sorakan para penyokong Pelita Jaya berdiri merayakan gol sulung Safee.
"Mas Safee! Demikian bunyi teriakan para penyokong pasukan Pelita Jaya FC diikuti dengan sorakan Safee!, Safee!, sepanjang beliau bermain sehingga beliau digantikan dengan pemain lain pada minit ke-84.
Safee menjadi bintang dalam perlawanan yang begitu pantas dan menghiburkan di depan lebih 6,000 penonton, selain muncul sebagai penjaring gol tunggal dan pemain terbaik.
Mengenakan jersi merah bernombor 55, Safee yang lincah di bahagian serangan sering dihalang pemain pertahanan Sriwijaya pada perlawanan yang diadakan petang tadi.
Gol hari ini merupakan gol peribadi beliau yang ke-110 sejak mula bermain dengan pasukan Kuala Lumpur pada 2003.
"Saya bersyukur dapat menjaringkan gol ini dan memberi tiga mata kepada Pelita Jaya. Tiga mata ini amat bermakna kepada pasukan dalam pusingan kedua ini.
"Saya juga gembira kerana dapat memberikan sesuatu kepada para penyokong pasukan hari ini," kata Safee ketika ditemui selepas perlawanan.
Safee berkata pada awal permainan di separuh masa pertama, beliau masih menyesuaikan diri dengan keadaan padang dan di babak kedua beliau menukar corak permainan dengan lebih banyak bergerak.
Penyerang pasukan kebangsaan Malaysia itu turut berasa lega dengan pencapaiannya hari ini dan ia akan menjadi bekalan untuk bermain dengan lebih yakin dalam perlawanan kedua bertemu Persib Bandung di tempat sama pada 12 Mac ini.
Mengenai nombor 55 yang digunakannya, Safee berkata beliau sendiri yang memilih nombor itu kerana nombor 10, nombor jersinya dalam pasukan kebangsaan Malaysia, telah digunakan pemain lain dalam pasukan itu Andesi Probowo.
"Bagi saya nombor 55 ini juga memberi erti 10 iaitu lima dicampur lima jadi 10 dan ia juga serupa dengan huruf SS iaitu singkatan kepada Safee Sali," katanya.-BERNAMA

Thursday, March 3, 2011

2nd year...

Atas sebab faktor masa lepas aku melangsungkan pernikahan pada 07/06/08 tak dapat dan tak sempat nak honeymoon,cuti pun jap je,pastu dah nak kena balik kuching,keje kat oversea biasa la heheh...wife keje kat kuala kubu masa tu sebelum dia resign dan ikut aku duduk kat kuching...dapatlah baby kuching sorang sebab lahir dkt hospital umum kuching,he bukan anak kucing,pada 06 julai 2009 dpt le aku posting ke kuala lumpur...
Awal posting penat nak kemas barang lagi pack barang nak setel kontena banyak lagi la pikir2 balik memang penat...nak dijadikan cerita anak pun dah masuk setahun dua bulan,jadik plan la nak pg honeymoon yang terlewat,biasalah faktor masa tak mengizinkan masa awal-awal perkahwinan...plan baik punye nak pegi langkawi...kire ok lah pulau ade pantai ade tempat sejarah ade tmpt beli belah dan yang penting dalam Malaysia...nak pegi tempat-tempat high class kat luar negara  tak perlu lah aku bukan orang kaya pun,tak perlu nak membazir syukur dengan apa yang ada...plan banyak bertukar tarikh sebab cuti problem...akhirnya plan pegi 5-9 jun 4hari 3malam. Hari nak pegi bertolak awal dari rumah 4hb pukul 1 pagi jalan malam la sejuk ckit,sepanjang perjalanan hujan je sampai ke aloq staq pun hujan nampaknya baru nak reda,banyak jugak check point aku benti jalan jauh tak yah nak rush sangat,check in pun pukul 2 ptg,sepanjang jalan jugak mengimbas memori masa study kat alor staq dulu,teringat nak balik alor staq dari batu pahat naik motor convoy ramai-ramai,hu klasik sungguh...ok dipendekkan cerita sampai di jeti kuala perlis,gile baboon ramainye orang semua pakat cuti serentak,feri aku pukul 1230,naik dalam 45minit ke sejam sampai la kat langkawi,urus keta sewa pastu terus check in kat hotel,sampai jugak kat langkawi,dulu duduk aloq staq nak dekat 3 tahun stgh tak penah jejak pun,memang betul la kalau dah duduk dekat selalu bertangguh-tangguh.
Hari pertama nak restkan diri dulu sebelum memulakan aktiviti seterusnya,ok bole refer pic di bawah dan imagine je la keseronokkan pada masa tu dalam menyambut ulangtahun kedua perkahwinan bersama dengan orang baru...


tido fatehah dalam perjalanan...


pintu gerbang menuju ke jeti...




bilik hotel penginapan...


view dari bilik hotel,menarik...angin pun kuat...


hari kedua starting di kota mahsuri...


al-fatehah di makam mahsuri...


pencari gamat emas bersama anaknya...


di teratak sri rama,panglima hitam...


buai yang banyak benda bergayut heheh...


potret mahsuri...

 


mahsuri dihukum sula...


pelakon tambahan...


royal guard...


petikan yang penuh makna...





Pantai tanjung rhu destinasi berikutnya,hujan renyai-renyai masa ni...


hari ketiga,island hopping dekat jeti antarabangsa sebelum bertolak...


dalam bot nak ke tasik dayang bunting,ombak kuat risau sepanjang perjalanan...


ombak memang kuat nak landed pun susah,kalau dapat pilot yang berpengalaman baru ok,aku dapat pilot yang kepala angin dan kurang cerdik ckit...


penghuni tasik dayang bunting yang peramah...


sampai dah,ade sejam masa kat sini,sempatlah aku mandi ngan minum ayaqnya yang payau,view kat sini memang menarik...


inilah sebabnya dipanggil tasik dayang bunting...


lepas sejam di tasik dayang bunting,pegi bagi makan burung helang,memang menarik...


khusyuk tengok burung helang heheh...


lepas tu singgah mandi dekat pantai beras basah sejam sebelum balik ke jeti,semua aktivit ambik masa 4jam dengan bayaran rm50...


lepas rehat lebih kurang 2 jam,petang tu pegi pulak langkawi cable car...


ok lagi dari genting...


ade 3 cx point kalau tak silap...


dari cable car nampak telaga tujuh,hp aku hilang kat cni...


masih dekat area cable car,ada lagi yang menarik kat sini...penat punya pasal mendukung anak tak sempat nak ronda lama-lama...


dah nak dekat maghrib ni...lepak jap kat dataran lang...



sukanye dia...angin kuat masa ni memang best...


shoot gambar buat kenangan...


hari terakhir,dah nak balik rasa malas pulak sebab tak puas lagi...


dalam feri nak balik ke kuala perlis,4hari 3malam,bolehlah nak celebrate 2nd year anniversary,yang penting aku dah buat anak dan isteri aku happy,semoga ianya berkekalan sehingga akhir nanti...sekian...