This is our land!!!

Bendera Malaysia

Friday, April 15, 2011

Kita semakin zalim...

Petang tadi lepas solat jumaat macam biasalah sambung keje,disebabkan esokkan weekend jadik keje pun tak banyaklah,aku on laptop bukak google type word pengemis kuarlah image yang banyak dan aku rasa tersentuh dengan gambar yang aku dapat tengok,dan yang paling menyentuh perasaan aku dengan gambar di bawah ni...



kalau anda seorang manusia apa perkara pertama terlintas dalam fikiran?simpati dan sedih aku tengok dua orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini. manalah peginya orang tua mereka ni...kasih sayang kepada adik mengatasi segalanya,mungkin penat dan kelaparan akhirnya mereka berdua tertidur,harap-harap ianya bukan berlaku di negara kita,walau berlaku di negara lain tapi sifat kemanusiaan mengatasi segalanya,andai aku boleh tolong walau dengan sebungkus nasi supaya dapat mengurangkan kesengsaraan yang mereka sedang lalui. Inilah survival hidup yang kuat menindas yang lemah,yang kaya memeras yang miskin,yang berkuasa semakin angkuh dan terusan menzalimi. Kepada yang hidupnya suka membazir makanan,beringatlah ada insan lain yang sedang berlapar dan tidaklah sebertuah anda,dan kepada pemimpin yang siang dan malamnya asyik menabur janji dan sibuk mengumpul kekayaan tanpa mengambil kira hak rakyatnya,sedarlah bahawa kekayaan dan kekuasaan itu adalah satu amanah yang bukan ringan tetapi amat berat untuk kita laksana dan kita pikul,sedarlah manusia kerana kita semua semakin zalim dan menzalimi diri sendiri,sekian... 

Kereta kabel jatuh di genting highland...Untold story...

Lanjutan daripada entri kereta kabel jatuh,rupenya orang nak bunuh diri,yang bawah tu yang macam kereta kabel tu lebih kurang diggylah nak kurangkan mamat yang cuba bunuh diri tu tak berkecai teruk sangat gamaknya kredit kepada www.hafizstory.com...berita tu pun aku cilok daripada blog PPIM takpelah aku menyampaikan yang penting genting tu memang tempat maksiat terbesar...judi adalah haram di sisi Islam tetapi kalau berlesen di kira halal cacamarba sungguh...




hidup susah tak hidup pun susah,kalau semua susah nak jadik apa?manusia macam tu lah,sori semua wrong info...sekian


Thursday, April 14, 2011

Perwatakan kita...



Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai sebuah kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya ?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak pernah puas dengan nikmat yang ada sentiasa menghimpun harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun MASIH BERAT untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
 Ustaz Balya Amin bin Yusoff @ Che Man
Unit Dakwah Dan Syariat, Jabatan Agama Islam Selangor

Perang Badar...




Perang Badar berlaku 17 Mac 624 M (17 Ramadhan 2H dalam takwin islam) di Hijaz dari barat Semenanjung Arab, merupakan pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan pemusingan dalam perjuangan Rasulallah s.a.w. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah. Pertempuran ini telah diteruskan dalam Sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan camputangan ketuhanan dan kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun ia salah satu dari sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam, Al-Quran, hampir kesemua pengetahuan kontemporari dari perang di Badar berasal dari keterangan tradisional Islam, kedua-dua hadis dan biografi Nabi Muhammad s.a.w., ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut.
Sebelum pertempuran tersebut, telah berlaku beberapa pertempuran kecil Muslim dan Makkah pada lewat 623 dan awal 624. Badar, bagaimanapun merupakan penglibatan skala-besar pertama antara dua pihak. Bermara kepada posisi bertahan, sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang berdisiplin dengan baik berjaya memecahkan barisan puak Makkah, membunuh beberapa ketua Quraisy termasuklah antagonis utama Nabi Muhammad s.a.w., Amr ibn Hisham. Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama bahawa mereka mungkin akhirnya mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu dari kota Jahiliyyahyang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslimin. Kemenangan Muslim juga mengisyaratkan suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan menguatkan kuasa Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua dari yang kerapkali dengan komuniti mudah berpecah di Madinah. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat diri mereka dengan Muslim dari Madinah; demikian, perkembangan Islam bermula.
Pada musim bunga 624 M, Nabi Muhammad menerima khabar bahawa kafilah dagangan yang diketuai Abu Sufyan dan dikawal oleh 30-40 orang, telah bertolak dari Syria kembali ke Makkah. Kafilah tersebut didana dengan duit yang ditinggalkan kaum Muslimin ketika berhijrah ke Madinah. Pihak Quraisy menjual semua barangan mereka dan menggunakan duit tersebut untuk menaja kafilah tersebut untuk mempermain-mainkan pihak Muslimin. Muhammad mengumpulkan kekuatan seramai 313 orang, kumpulan tentera yang paling ramai yang pernah pihak Muslimin kumpulkan ketika itu.

Berarak ke Badar

Muhammad sendiri mengetuai tenteranya dan membawa sebanyak mungkin panglima utama, termasuklah Hamzah dan bakal Khalifah Abu Bakar,uthman,dan Ali Mereka juga membawa beberapa ekor unta dan tiga ekor kuda, yang bermakna mereka berjalan atau memuatkan tiga hingga empat orang setiap unta. Walau bagaimanapun, kebanyakan sumber Muslim, termasuk Qur'an, menunjukkan bahawa diagak yang pertarungan kali ini tidak serius, dan Uthman tinggal untuk menjaga isterinya yang sakit. 
Apabila kafilah menghampiri Madinah, Abu Sufyan mula mendengar dari pengembara dan musafir tentang rancangan penyerangan Muhammad. Dia menghantar seorang utusan bernama Damdam bin Amru al-Ghafari ke Makkah untuk memberi amaran kepada puak Quraisy dan mendapatkan bantuan. Setelah mengetahuinya, pihak Quraisy mengumpulkan tentera seramai 900-1000 orang untuk menyelamatkan kafilah tersebut. Kebanyakan bangsawan Quraisy, termasuklah Amr Ibn Hisham, Walid Ibn Utba Shaiba, dan Umayyah Bin khalaf menyertai tentera tersebut. Sebabnya adalah pelbagai: sesetengahnya untuk melindungi bahagian harta mereka; ada pula yang ingin membalas dendam untuk Ibn al-Hadrami, pengawal yang terbunuh di Nakhlah; akhirnya, beberapa yang lain menyertai kerana menyangka mereka akan menang mudah menentang tentera Muslim. Amr ibn Hishām dikatakan telah memujuk sekurang-kurangnya seorang bangsawan, Umaiyyah bin Khalaf, menyertai ekspedisi itu.
Ketika itu, tentera Muhammad telah tiba di telaga iaitu tempat dicadangkan untuk menahan kafilah, di Badar, sepanjang jalan dagang Syria iaitu tepat jangkaan kafilah akan berhenti. Walau bagaimanapun, beberapa orang Muslim ditemui oleh orang dari kafilah tersebut dan Abu Sufyan melencong ke Yanbu.
Rancangan Muslimin
Ketika ini, perkhabaran tiba kepada tentera Muslim tentang kedatangan tentera Makkah. Nabi Muhammad segera menyeru majlis perang, memandangkan masih terdapat masa untuk berundur dan disebabkan kebanyakan tentera mereka adalah baru sahaja memeluk Islam (dipanggil Ansar atau "Penolong" untuk membezakan dengan Muslim Quraisy), yang cuma bersumpah untuk melindungi Madinah. Di bawah fasa Piagam Madinah, adalah hak mereka untuk tidak berperang atau meninggalkan tentera yang lain. Walau bagaimanapun, mengikut riwayat, mereka berjanji untuk berjuang juga, dengan Sa'ad bin 'Ubada berkata, "Jika kamu [Muhammad] mengarahkan kami mencampakkan kuda kami ke laut, nescaya kami akan lakukan." Walau bagaimanapun, pihak Muslimin masih berharap utuk mengelakkan pertarungan yang sengit dan terus mara ke Badar.
Pada 15 Mac kedua-dua angkatan tentera masih berada kira-kira sehari perjalanan dari Badar. Beberapa pahlawan Muslim (termasuk Ali menurut sesetengah sumber) yang telah menunggang di hadapan angkatan utama menangkap dua orang pembawa air Makkah di telaga Badar. Menyangkakan mereka bersama dengan kafilah perdangan, para pejuang Muslim terkejut apabila mereka mengatakan mereka bersama dengan angkatan tentera Quraisy utama. Sesetengah riwayat turut mengatakan apabila Nabi Muhammad mendengar nama semua bangsawan Quraisy yang mengiringi angkatan tersebut, baginda berseru "Makkah telah melempar kepada kamu cebisan terbaik hatinya." Keeesokan harinya, baginda memerintah bergerak ke Badar dan tiba di sana sebelum angkatan Makkah.
Kumpulan telaga Badar terletak di cerun landai di bahagian timur lembah bernama "Yalyal". Bahagian baratnya pula dikelilingi oleh sebuah bukit besar bernama 'Aqanqal. Apabila tentera Muslim tiba dari timur, Nabi Muhammad pada mulanya memilih untuk berhenti di telaga pertama yang ditemuinya, tetapi baginda tampaknya kemudian diyakinkan oleh seorang askarnya untuk bergerak lagi ke barat dan menduduki telaga yang terdekat dengan tentera Quraisy. Baginda kemudian memerintahkan semua telaga lain ditimbus, supaya tentera Makkah terpaksa menyerang mereka untuk mendapatkan satu-satunya sumber air yang tinggal.


Hari Pertarungan



Pada tengah malam 17 Mac, tentera Quraisy siap berkemas dan mula bertolak ke lembah Badar. Setelah hujan pada hari sebelumnya, mereka terpaksa bekerja lebih untuk mengalihkan kuda dan unta mereka ke bukit 'Aqanqal (sumber mengatakan matahari telah terbit apabila mereka tiba di puncak bukit). Selepas mereka turun dari 'Aqanqal, tentera Makkah mendirikan perkhemahan di lembah. Ketika mereka berehat, mereka menghantar pengintip, Umayr ibn Wahb untuk melihat barisan tentera Muslim. Umayr melaporkan yang tentera Muhammad adalah kecil bilangannya, dan tiada pasukan Muslim lain yang akan menyertai peperangan itu. Walau bagaimanapun, dia juga meramalkan kecederaan teruk pada tentera Quraisy dalam serangan itu nanti (satu hadis merujuk dia melihat "unta-unta [Madinah] sarat dengan kematian"). Ini kemudiannya meruntuhkan semangat puak Quraish, kerana peperangan orang Arab lazimnya tidak begitu mencederakan hingga parah. Ini menyebabkan satu lagi pertengkaran antara pemimpin Quraisy.
Pertempuran bermula dengan perwira kedua tentera bersemuka untuk bertarung. Tiga orang Ansar muncul dari barisan Muslim, tetapi ditolak Musyrikin Makkah, yang tidak mahu memulakan persengketaan tidak perlu dan cuma mahu berlawan dengan Muhajirin Makkah. Lalu keluarlah Ali, Ubaidah dan Hamzah. Mereka berjaya menewaskan wakil Quraisy dalam perlawanan tiga-lawan-tiga, walaupun Ubaidah cedera membawa maut.
Kini, kedua-dua pihak memulakan serangan panah terhadap satu sama lain. Dua orang Musilm dan beberapa orang Quraisy telah terbunuh. Sebelum serangan bermula, Muhammad telah mengeluarkan arahan kepada tentera Muslim untuk menyerang dengan senjata jarak jauh, dan hanya berhadapan dengan tentera Quraisy dengan senjata tangan apabila mereka mara. Kini, baginda mengarahkan untuk menyerang, dengan membaling segenggam batu kerikil kepada tentera Makkah yang mungkin perlakuan lazim orang Arab sembil meneriak "Cacatlah muka itu!" Tentera Muslim turut menjerit "Yā manṣūr amit!" dan mara ke barisan tentera Quraisy. Ketegangan serangan pihak Muslim boleh dilihat dalam beberapa ayat Qur'an, yang merujuk ribuan malaikat turun dari langit ke Badar untuk mengalahkan Quraisy. Harus diperhatikan yang sumber awal Islam mengambilnya secara harfiah, dan terdapat beberapa hadis yang baginda Nabi Muhammad membincangkan Malaikat Jibril dan peranannya dalam peperangan itu. Bagi pihak Musyrikin Makkah, kekurangan kekuatan dan tidak bersemangat untuk berperang menyebabkan mereka berpecah dan bertempiaran lari. Peperangan hanya berlangsung selama beberapa jam dan tamat menjelang awal tengah hari. -wiki-











Sunday, April 10, 2011

Telur tiruan...

Umum dah mengetahui penemuan telur tiruan di pasaran,yang dijumpai di pasar Pulau Tikus,Penang,biasalah manusia ni bila dah maju macam ni la telur pun nak diciplak,dikatakan kosnya lagi murah lebih kurang 0.55 yuan/kg berbanding 5.6 yuan/kg sebab tu lah ambik jalan mudah nak menganiaya orang lain. Ianya mula dipelopori oleh para bijak pandai daripada China,kira teknologi China la ni,buatlah benda yang elok sikit selain daripada menganiaya orang lain. Aku search kat cikgu google dapatlah sumber-sumber yang bole dikongsi bersama,mari kita saksikan...


macamana perfect pun orang le kesan,tak sesempurna ciptaan yang maha esa...


Bahan-bahannya,calcium carbonate, starch, resin, gelatin(babi ape), alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.


Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.


Cecair Kuning dimasukkan ke dalam acuan bulat...


lapisan luar kuning mula terbentuk...


Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.


dibiarkan untuk proses pengerasan kulit bahagian luar...


dah siap,jemput makan heheh...

macamana nak membezakannya?orang kata saiznya lebih besar daripada biasa kira gred AA++ la ni,takde rasa,bau dan kulitnya yang agak kasar,selain kalau dipecahkan dan digoreng ianya seakan-akan macam plastik,what the hell...berwaspadalah,ayam tiruan ada telur ayam tiruan dah tentu tak mustahil ada hehehe,sekian...






Friday, April 8, 2011

原來回教徒最愛吃雲吞麵跟大包- Apa yang kau merepek ni?



Terjemahan apa yang dikatakan di dalam u-tube.


Tajuk : Rupanya Umat Islam suka mee wantan dan pau besar. 
 
" Laungan azan setiap subuh adalah seperti orang yang menjerit tak tentu fasal, macam orng nak order mee wantan. Bila sudah diberi mee wantan dan memakannya, nak kuih pau besar pula! "

PPIM : MEREKA INI SANGAT KURANG AJAR, MEREKA MEMPERSENDAKAN AZAN !!! TAKKAN KITA NAK TENGOK DAN GELAK SAMA DENGAN MEREKA?

Cara jutawan Jepun dalam membantu korban bencana gempa...


Kelebihan bangsa jepun bila kena bencana besar seperti tsunami atau gempa bumi menyebabkan waris dan mangsa bencana menjadi kaya,kerana org jepun terkenal dengan berbagai perlindungan insuran,semestinya insuran nyawa,rumah,kesihatan etc berbanding negara lain seperti acheh dan haiti contohnya menyebabkan mangsa menjadi papa kedana dan terus merana selama bertahun2...

Sudah dua minggu berlalu, sejak gempa dan tsunami menghancurkan Jepun, negara dengan ekonomi ketiga terbesar di dunia. Sektor ekonomi sudah pasti terganggu, termasuk pelaku bisnes di negeri itu. Bisnes mereka langsung terpuruk.

Tetapi seperti yang diberitakan Forbes, para billioner Jepun tetap bersemangat memberikan bantuan terhadap korban gempa dan tsunami.

Berikut ini adalah kumpulan konglomerat Jepun yang terkena bencana dan upaya mereka membantu untuk sesama.


Tadashi Yanai, kekayaan US$6,3 billion

Saham perusahaannya, Fast Retailing jatuh 20% setelah gempa bumi, dan mengurangi US$1,3 billion dari kekayaannya. Meskipun mengalami kerugian, ia secara peribadi memberikan US$12 juta yang tampaknya menjadi sumbangan perorangan terbesar bagi proses pemulihan Jepun. Group ritelnya telah mendermakan US$8,6 juta berupa pakaian kepada mangsa dan wang tunai US$5 juta. Pengusaha pakaian ini merancang mengumpulkan derma dalam kotak sumbangan pada 2200 perusahaan Uniqlo, Theory, dan toko lainnya di seluruh dunia. Tadashi Yanai dan keluarganya memiliki kekayaan US$7,6 billion. Di Jepun ia menjadi orang kedua terkaya versi majalah Forbes, sedangkan di dunia ia menempati tangga ke 122.


Masayoshi Son, kekayaan US$8,2 billion

Perusahaannya mencipta aplikasi iPhone yang memungkinkan pelanggan untuk memberikan derma. Ia juga memberikan 12 ribu handphone dengan liputan  terbatas untuk daerah yang terkena bencana. Handphone ini diberikan secara percuma untuk membantu lembaga, tokoh masyarakat dan keluarga korban. Ia juga menawarkan pesan darurat untuk smart phones. Beberapa  perusahaan Softbank tutup, terutama daerah timur laut. Ia merupakan orang terkaya di Jepun, dan untuk peringkat dunia CEO SoftBank itu menempati ranking 113 versi Forbes.


Yoshikazu Tanaka, kekayaan US$2,3 billion

Penyelenggara game mobile ini mengatur derma dengan cara membeli original avatar “Gree Volunteer” dengan 100 hingga 10 ribu emas (mata wang Gree). Perusahaan jejaring sosial ini akan menyumbangkan 1 yen untuk setiap pembelian emas. Pada saat gempa, Gree telah digunakan untuk menentukan keselamatan orang ramai.
“Kami akan membuat setiap usaha dan tidak membiarkan layanan berhenti berjalan. Kami akan terus melihat sumbangan yang boleh  kita buat” ujar Yoshikazu.
Lelaki berumur 34 ini menjadi orang terkaya di Jepun peringkat 14 dan urutan 540 orang kaya dunia.


Masatoshi Ito, kekayaan US$1,2 billion

Menurut juru bicara perusahaan, gangguan logistik dan penimbunan pelanggan merupakan halangan besar bagi syarikat gergasi. Sekitar 350 dari 13200 premis Seven Eleven tutup, paling banyak di timur laut. Beberapa premisnya iaitu Ito Yokado Supermarket.
Perusahaan ini juga menyediakan 30 ribu botol air mineral 2 liter, 1.000 kuih kering, 14 ton pisang, untuk Miyagi dan 1728 botol mineral ukuran 2 liter air untuk Fukushima melalui pengangkutan darat dan helikopter serta 10 ribu selimut dan 4800 kemasan beras (200 gram) untuk Miyagi dan Iwate, satu trak air untuk Miyagi, 4225 roti untuk Fukushima. Semua premisnya juga digunakan untuk penggalangan dana.
Lelaki berumur 86 itu menempati urutan 12 orang terkaya di Jepun dan menduduki peringkat 488 orang kaya dunia. Ia merupakan pengusaha Seven eleven yang mengoperasikan 7 Eleven, supermarket yang dilengkapi dengan restoran.


Kentaro Ogaa, kekayaan US$530 juta

Awalnya tiga ratus lebih premisnya, Zensho, yang menyediakan lebih dari 3000 mangkuk daging lembu ini tutup, bahkan satu di Kesennuma tidak boleh dijangkau. Team  recovery bencana datang ke lokasi tersebut untuk membantu menjaga restoran agar terus beroperasi. Zensho mematikan sebagian lampunya untuk menjimatkan tenaga. Ia menyediakan sup di Miyagi untuk 1600 orang lebih banyak dari yang direncanakan.


ihsan daripada PPIM

Kereta kabel jatuh di genting highland...

Dah lama jugak tak update blog ni,bahan takde cerita pun takde,usha blog persatuan pengguna islam malaysia ada berita yang menarik yang perlu dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia. Rasanya berita tv tak siarkan benda ni,apalah cerita yang disensasi balik-balik benda yang sama,bagilah info yang bermanfaat sikit tentang kepenggunaan sikit barulah membina pengetahuan.
Sebagai pengguna aku rasa dah menjadi tanggungjawab aku untuk kongsi benda ni pada semua pengguna di Malaysia,baru sedarlah ni heheh. Agaknya Allah nak tunjuk sikit dulu,yelah pusat judi terbesarkan di Malaysia dan asia tenggara,nak berjudi high class kena pegi atas tanah tinggi,kalau tak sedar lagi dan masih tak ambik iktibar karang genting pulak yang runtuh. Ya memang ada pusat permainan keluarga tapi sebenarnya yang tersiarat ialah casino yang menjadi penggerak kepada kewujudan genting highland,aku pun penah pegi situ dan melanggar peringatan bapak aku jangan pegi tempat tu ibarat kita bersubahat dengan kemungkaran,ok cakap banyak tak guna mari kita saksikan...


bestnye kabel car...



akhirnya begini kesudahannya...


Nasib baik takde orang dalam kereta kabel tu...kalau ada?nak sorok lagi ke?inilah Malaysia...sekarang ada bran ke?ajal dan maut di tangan tuhan,kalau tido pun le mati,ambik wat iktibar...aku rasa dah tak mau naik dah hehe tapi kat langkawi punye mantap rugi tak naik,sekian...

Monday, April 4, 2011

Safee Sali di Pelita Jaya vs PERSIJAP 3-04-2011



SAFEE Sali di ambang menjadi pemain import terbaik Liga Super Indonesia (ISL) sekiranya mampu meneruskan rentak
Pada perlawanan menentang Persijap di Stadium Singaperbangsa, Kerawang malam tadi, Safee mendapat umpanan cantik untuk membuka jaringan menerusi sepakan gunting pada minit ke-10 dan mencetus kemenangan 2-0 buat pasukannya.

Pada babak kedua, Pelita Jaya menambah jaringan menerusi pemain tengah berbakat, Joko Sasongko yang bijak mengawal bola di dalam kotak penalti.
Kemenangan itu merapatkan jurang Pelita Jaya kepada hanya satu mata di belakang Persijap yang kini berada di tangga ke-13.

Bagi pengendalinya, Miodrag Radovic, kehadiran Safee cukup membantu Pelita Jaya yang sebelum memulakan pusingan kedua ISL ini, sekadar menduduki tangga tercorot.

“Dia memang membawa perubahan besar kepada pasukan ini,” kata Radovic.

“Saya bukan saja mengharapkan dia untuk menjaring gol, tetapi kehadirannya cukup membantu memberi inspirasi kepada pemain muda Pelita Jaya. Beberapa pemain yang kurang menyerlah sudah mula menunjukkan kemampuan sebenar mereka.”

Penyerang kebangsaan yang namanya mula menjadi sebutan selepas muncul penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki tahun lalu, membuktikan kehebatannya apabila membantu Pelita mencapai tiga kemenangan daripada lima perlawanan setakat ini.

Safee Sali di Bontang FC vs Pelita Jaya 26-3-2011

Friday, April 1, 2011

April Fool yang kita tidak tahu...





Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan

 itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan

 dan memilukan. The April's Fool Day berasal dari satu episod sejarah 

Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H.

 Sebelum mengungkap tragedi tersebut,ada baiknya kita melihat

 sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad,
Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur.
Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan
pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis
Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon,
Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam
masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah
Barat yang terletak di pergunungan.
 Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik
 dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan
 tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam,
 namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami.
 Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku
 berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar,
 bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan
 seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal
lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu
gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah
sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol.
Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol,
yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan
jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok
secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan
untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari
berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu
yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh
umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan
 oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal
peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga
rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai
dengan sadis dan kejam.
Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah
terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol
(juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk
menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.
 Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang
 bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui
 bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.
 Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para
 Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan
 berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan
 mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol
 sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian
 jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan
 jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.
 Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam
 dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan
 di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan,
 maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju
 ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
 Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari
 rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan
 jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib
 bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat
 Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah
 rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat
 angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama
 orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
 Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika
 tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut
 mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan
 umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata.
 Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih
 kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera
membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis
dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang
awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam.
Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah
kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang
kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April
sebagai “The Aprils Fool Day”.
Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan.
Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh
tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika
ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan
merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira
dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan
April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun
pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya
di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.
 Sekarang tergamakkah anda untuk merayakannya?sebab itulah pengetahuan itu
 penting renung-renungkan...
sumber: http://www.mykhilafah.com http://www.eramuslim.com