This is our land!!!

Bendera Malaysia

Monday, May 23, 2011

Mari tentukan kiblat kita 28 mei 2011...

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).


[Image: istiwa-azam1.jpg?w=468&h=272]

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…


Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
[Image: istiwa-azam1.jpg?w=468&h=272]

Ihsan Falak Online


Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?


Sebelum
  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. ( Rujuk gambar di atas )
  • Tandakan arah qiblat.
Selepas.
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…


kredit : cili

Thursday, May 19, 2011

Mahasiswa bersama rakyat bantah Lynas esok 20 mei 2011...



Kuala Lumpur 19 mei 2011 : Satu perarakan bagi membantah projek 
Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) akan diadakan esok, 20 Mei,
 jam 2 petang dari KLCC hingga ke kedutaan Australia dan akan
 menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia.
Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari di laman
 facebook menyatakan selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu,
 rakyat kini lebih menyedari bahayanya bahan radioaktif.
“Kita perlu buat desakan supaya projek loji nadir bumi yang dibina
 di Gebeng, Kuantan, dihentikan segera,” katanya.
Tambahnya, mahasiswa akan turun bersama rakyat Malaysia 
Jumaat ini bagi menyatakan bantahan terhadap rancangan yang
 memudaratkan keselamatan penduduk setempat terutamanya di bandar Kuantan.
 Dalam beberapa siri bantahan sebelum ini, aktivis anti-Lynas 
berjaya menganjurkan acara termasuk dalam bentuk simbolik 
menyalakan lilin dan persembahan di bandar Kuantan dan pantai Teluk Chempedak.
Sehingga kini, bantahan berkenaan projek tersebut diteruskan termasuk 
usul di Parlimen, namun kerajaan masih bersikap membisu.-Harakahdaily-

Note : minda masih dijajah,bodoh tak boleh diajar,ini bala namanya tak belajar dari
 pengalaman,sedarlah rakyat Malaysia untuk solidariti dan Malaysia yang lebih selamat...

Wednesday, May 18, 2011

Kisah 4 - Jangan sesali perkara lalu...


Dzun-nun(Nabi Yunus a.s) berkata :
Jangan sesali perkara yang lalu,dan jangan risau perkara yang akan datang. Gunakan sepenuhnya masa kini (hidup dalam mengenang Allah).
Sentiasalah bersedia untuk mati dan pungut bekalan untuk jalan ke akhirat,perhitungkanlah amalanmu sebelum kamu diperhitungkan di akhirat nanti.
Orang yang menutup mulutnya akan selamat. Apakah gunanya dunia jika itu menyebabkan kamu lupakan Allah? Janganlah benci kepada orang yang berdosa itu,kerana kamu tidak tahu sebelum dia meninggal dunia,mungkin dia bertaubat dan Allah menerima taubatnya dan meninggikan darjatnya.
Tanda orang yang beriman itu ialah dia menentang perkara keduniaan dan tidak pernah memuji makhluk. Sebesar zarah iman adalah lebih baik daripada kekayaan dunia,kerana ia membawa keselamatan.

Monday, May 16, 2011

Kisah 3 - Hidup bukan untuk membunuh...


Suatu hari Ibrahim Bin Adham,raja negeri Balkh pergi memburu bersama dengan pengikut-pengikutnya. Ketika mengejar seekor rusa yang cantik,dia terpisah daripada pengikut-pengikutnya,lalu sesat di tengah hutan. Di situ dia terdengar satu suara ; "Ibrahim jagalah sebelum nyawamu bercerai daripada badan."
Suara itu berulang-ulang berkata demikian,Ibrahim berasa takut dan rebah pengsan. Apabila sedar semula,dilihatnya rusa itu ada di situ. Ibrahim terus bangun dan mahu memanahnya lagi.
Sebelum anak panah itu meluncur,rusa itu menghampiri dan bercakap ;
"Aku hendak memburumu bukan aku yang hendak engkau buru,engkau tidak boleh membunuh aku dan yang lain-lain.
Adakah Allah menjadikan kamu untuk membuat apa yang engkau lakukan ini?tidakkah ada kerja lain yang boleh engkau buat?"
Perkataan itu terdengar oleh pengikut-pengikut Ibrahim. Mendengar suara itu Ibrahim pun takut. Iman mula bertambah tebal dalam hatinya. Dia terus bertaubat,terasa air matanya mengalir dan membasahi pakaiannya,terasa selama ini dia telah mensia-siakan hidupnya.

Sunday, May 15, 2011

Kisah 2- kisah Nabi Nuh meraung tidak henti-henti...

Nama asal Nabi Nuh a.s bukanlah Nuh tetapi suatu nama lain yang tidak banyak diketahui,meskipun Allah s.w.t menyebut nama Nuh dalam Al-Quran.
Dalam bahasa arab,makna 'Nuh' ialah raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa Nabi Allah itu dipanggil Nuh? Ianya mempunyai kisah yang sangat menarik dan menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.
Cerita Nabi Nuh a.s ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu dihadapannya. Rupa anjing itu tidak seperti anjing-anjing biasa,ia bermata empat dan sudah tentu menarik perhatian ramai,termasuk Nabi Nuh a.s sendiri pada zaman itu. Nabi Nuh a.s pun menyuruh anjing bermata empat itu berhenti di depannya dengan agak kehairanan.
Nabi Nuh ; "wahai anjing,aku lihat muka kau ini begitu hodoh,mata engkau empat tidak seperti anjing yang lain. Mengapa jadi begini?"
Anjing itu pun menjawab ; "kau tanyalah siapa yang menjadikan aku,kau fikir aku yang hendak mukaku hodoh begini?tanyalah tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau!"
Nabi Nuh a.s pun meraung menangis mendengarkan jawapan anjing hodoh itu. Dia menangis tidak henti-henti,terasa benar kesalahannya mengkritik kejadian tuhan. Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah s.w.t dengan tidak sengaja.
Sejak itu namanya pun dipanggil Nuh(raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t