This is our land!!!

Bendera Malaysia

Wednesday, August 10, 2011

Kelebihan solat sunat terawih...



  1. Malam 1  - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan,mendapat  keampunan dari Allah.
  2. Malam 2  - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya(sekiranya mereka orang yang beriman).
  3. Malam 3  - berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa kami.
  4. Malam 4  - memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,Zabur,Injil dan Al-Quran.
  5. Malam 5  - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
  6. Malam 6  - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur(70 ribu Malaikat sekali tawaf),serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
  7. Malam 7  - seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya firaun dan hamman.
  8. Malam 8  - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
  9. Malam 9  - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W
  10. Malam 10 - Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
  11. Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati)bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
  12. Malam 12 - Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya.(cahaya ibadatnya).
  13. Malam 13 - Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
  14. Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih,serta Allah tiada menyesatkan ia pada hari kiamat.
  15. Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung Arasy,Kursi berselawat dan mendoakan semoga Allah mengampunkannya.
  16. Malam 16 - Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  17. Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.
  18. Malam 18 - Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepadamu dan ibu bapamu(yang masih hidup atau yang telah mati).
  19. Malam 19 - Allah S.W.T tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
  20. Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solehin.
  21. Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada Nur.
  22. Malam 22 - Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan(tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).
  23. Malam 23 - Allah S.W.T binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.
  24. Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,(elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
  25. Malam 25 - Allah S.W.T angkatkan daripadanya siksa kubur. 
  26. Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
  27. Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
  28. Malam 28 - Allah S.W.T kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
  29. Malam 29 - Allah S.W.T kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
  30. Malam 30 - Allah S.W.T beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang istimewa sekali,lalu berfirman :  "Hai hambaku,makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam syurga,dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al-Kauthar."
Ibadat yang wajib jangan dilupa solat lima waktu sehari semalam,sekian...