This is our land!!!

Bendera Malaysia

Tuesday, August 28, 2012

Hancur Rejim Assad Laknatullah...


DAMSYIK - Sekali lagi, Mujahidin Syria berjaya menembak pesawat rejim Bashar Assad hingga terbakar dan tersungkur ke bumi, Allahu Akbar.Helikopter rejim ini ditembak di kota Damsyik ketika pertempuran antara pasukan rejim dengan Mujahidin sedang berlaku di Jobar, Damsyik.Berdasarkan rakaman video yang diterbitkan Youtube pada Ahad (26/8/2012), kelihatan helikopter rejim terbakar di udara sebaik terkena peluru-peluru yang ditembak oleh Mujahidin dari bawah, sebelum ia jatuh ke bumi.Menurut aktivis sebelum helikopter itu ditembak jatuh, ia sedang melakukan pengeboman di sekitar Zamalka, Jobar dan di tempat-tempat lainnya di kota itu serta di timur Ghouta.TV rejim Syria mengesahkan kejadian ini dan mengatakan bahawa helikopter ini jatuh di wilayah al-Qaboun, berdekatan dengan Jobar. Allah bersama rakyat Syria,doa kami mengiringi kalian semua...

DSSM IV...Bengkel mengikat sampin&setanjak majlis berbuka puasa...

Agak mengambil masa yang lama untuk liputan DSSM kali ke 4...mood tak menentu dalam bulan ramadhan agak sibuk...bertempat di taman tasik titiwangsa pada 05 ogos lalu diadakan majlis perjumpaan DSSM kali ke 4,di samping untuk meraikan anak-anak Tahfiz Darul Abrar. Antara acara yang diadakan ialah bengkel ringkas cara-cara mengikat sampin dan setanjak oleh Tuan Shahrul fadzley dan bengkel ringkas pengenalan senjata oleh Tuan Mohd Jasiman. Program kali ini saya tidak dapat turut serta kerana bertugas jadi kredit diberikan kepada admin lain yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini yang pada mulanya nampak sukar tetapi bila kerjasama yang erat maka terpancarlah hasil kerja yang disertai dengan keikhlasan. Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib,isyak,terawih berjemaah...diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penaja yang menaja makan dan minuman sepanjang program,tak lupa juga pada hamba Allah yang menderma...