This is our land!!!

Bendera Malaysia

Tuesday, September 18, 2012

Semalam di Kuala Linggi...

Baru-baru ini aku baru sahaja selesai melaksanakan program hari keluarga sebagai aktiviti tempat kerja,oleh sebab-sebab tertentu nampak gayanya pergi bujang le...depa pun tolak aku pegi dulu sebab nak jaga hadiah yang berlambak-lambak. Bertolak dari Hulu Kelang ke exit Pedas-Linggi dalam sejam ada kot campur tolak jammed dekat MRR2. Dari tol Pedas-Linggi nak ke destinasi le tahan jauhnya dalam 45min kalau laju kalau santai dekat sejam jugak,layan je la. Sepanjang perjalanan diiringi dengan suasana kampung,ladang getah dan kelapa sawit,bukan selalu dapat cuci mata macam ni,hari-hari duduk dekat hutan batu. Dipendekkan cerita teringat akan kisah Kota Kuala Linggi di sinikah tempatnya?Memang tak tersangka rupanya lokasi tempat bersejarah itu tidak jauh dari chalet,jalan kaki pun sampai,alhamdulillah...
Akhirnya tak tersia pergi awal dapat tengok tempat bersejarah,mengikut empunya cerita kota dibina atas dasar perdamaian antara Belanda dan Orang Bugis,hasil perjanjian tersebut Belanda dibenarkan menguasai kawasan Linggi dan perdagangan bijih timah di situ. Kota ini berbentuk segi empat dan dibina dari susunan batu laterit. Di setiap empat penjuru telah dibina separuh bulatan bagi menempatkan meriam untuk tujuan pertahanan. Selain dikenali sebagai “Supai Fort”, kota ini juga dikenali dengan nama For Filiphina di mana namanya diambil bersempena dengan nama anak perempuan Gabenor Belanda ketika itu. Tidak lebih dan kurang sebenarnya kota ini amat menarik tetapi agak menyedihkan kerana ianya nampak terbiar begitu sahaja,dan ianya bersambung dengan sebuah restoran terapung ikan bakar Fort Supai.Mungkin tidaklah keterlaluan boleh dikatakan aku bertuah dapat melihat tempat-tempat bersejarah yang memang bersejarah tapi tidak dapat dirasai oleh orang lain,semuanya secara kebetulan...semalam di Kuala Linggi...




















Mana Hebat Orang Melayu,
Jika Tanpa Mulianya Ilmu,
Mana Tinggi Nilai Bangsaku,
Jika Tanpa Islam Padamu.
(hamba Allah)



Sunday, September 9, 2012

Ikut hati mati,ikut rasa binasa...


Masalah tidak pernah kau penat mengejarku,aku perlukan masalah untuk membuat diriku matang dan cekal dalam meneruskan survivalku di bumi Allah yang sementara ini,sebenarnya diriku terlalu lemah kerana tidak semua masalah dapat aku tangani dengan akal yang waras,memang ikutkan hati mati,berkata-kata tidak semudah menghadapinya,juga tidak semudah dengan hanya melihat dan menghamburkan kata-kata perangsang yang indah-indah. Terasa tersangat kerdil dan kecil,hanya masalah yang demikian tidak dapat ditangani ibarat ditelan pahit diluah sayang,Masya Allah beratnya masalah...kenapa masalah sentiasa silih berganti satu persatu...ya memang ujian ini semua ujian,tapi aku terlalu lemah kelemahan ini telah meliputi semua yang ada dalam diriku ini...andai aku ikutkan rasa pasti binasa itu adalah raja segala kejahatan...hampir-hampir rasanya untuk bersikap sedemikian...Ya Allah tunjukkan aku jalan yang lurus dan benar,janganlah kau biarkan hambamu ini terus sesat dan terus bergelumang dengan maksiat...rasa aku lahir dari hati yang marah dan kecewa mana mungkin hasilnya baik dan memuaskan hati yang tidak pernah puas...makin dalam aku fikir makin aku tersesat dalam lubang hitam kotak fikiranku...aku sesat aku lemas keliru kecewa dan apa sahaja yang aku tidak dapat luahkan...yang pasti aku terlalu kecewa kerana aku tidak dapat apa yang aku harap-harapkan...Allah maha pengasih dan maha penyayang...ampuni dosa-dosaku Ya allah...aku harap dapat pejamkan mata untuk seketika dan bila aku sedar semuanya akan pulih seperti sediakala...asalkan aku tidak ikut hati mati ikut rasa binasa...sampai bila boleh bertahan Allah sahaja yang mengetahui...

Monday, September 3, 2012

DSSM 5 - Edisi Syawal...

Kita hanya merancang Allah jua yang menentukan,alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas limpahan rahmat dan nikmatnya dapat kami berkumpul dan menjayakan DSSM 5 Edisi Syawal pada 02 September 2012 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Program yang pada mulanya terasa sukar almaklumlah semua pencinta silat dan pencinta seni budaya Melayu semua dalam mode raya,walaubagaimanapun diteruskan juga walau banyak kekurangan yang diharap dapat membuatkan kami sentiasa melakukan yang lebih baik lagi,semua ini dilakukan hanya kerana cintakan silat dan silaturrahim sesama insan,usaha para admin berjaya juga menjadikan DSSM 5 Edisi Syawal suatu kenyataan. Pada edisi kali ini telah diadakan satu bengkel ringkas pengenalan gendang silat dan serunai yang nampaknya berjaya memikat audien yang cukup berminat untuk ilmu yang jarang-jarang dapat dipelajari ini. Sessi tersebut telah dikendalikan oleh Tuan Hairul@Peniup Serunai,selepas itu hadirin yang datang dijamu dengan sedikit juadah yang dibawa bersama-sama dan diakhiri dengan persembahan silat oleh pelbagai perguruan...