This is our land!!!

Bendera Malaysia

Wednesday, October 31, 2012

Lawatan muhibbah ke Bukit Tabur...

hajat mencari pengalaman bernilai,
bukit tabur nama diberi,
hajat di hati sudah tertunai,
tapi penatnya tidak terperi...

Ini cerita dalam bulan ini juga rasanya nak dikongsi cuma lambat sikit nak posting agak sibuk...Punyalah excited nak daki Bukit Tabur sampai semalaman tak tidur,mata pun dah merah saga sebab dah berjanji dengan seseorang takut terlajak tidur tak tepati janji pula nanti. Lepas subuh bertolak ke Bukit Melawati parking dekat BHP tunggu tuan Pangeran bila dah sampai kami bertolak sekali...tuan Pangeran dah senior tentang Bukit Tabur ni dia memegang caps sebanyak sekali hehehe masuk yang ini kira dua kali...sesampai di kaki bukit kereta dah melambak-lambak lagi awal depa naik...bermulalah pendakian yang keseluruhannya boleh dikatakan mendaki dan keselamatan amat-amat dititikberatkan kerana agak ekstrem sikit....lagi bahaya dari Gunung Santubong...kami bercadang nak berbusana sesampai di puncak,oleh kerana lidah kami pun dah mencecah lantai semasa mendaki...hinggakan busana disimpan rapi di dalam beg galas hehehe...teman karibku si bugis bima hanya tersenyum...

 

 

Professional trekker...


 


 



 

Gaya lebih...





Monday, October 29, 2012

Malam perasmian kejohanan Mendayung dan Perahu Panjang 2012...

Acara seterusnya kami dijemput untuk memeriahkan malam pembukaan kejohanan Mendayung dan Perahu Panjang 2012 di Kelab Tasik Putrajaya. Agak saat-saat akhir dijemput ke acara ini,tak mengapalah untuk silat dan persaudaraan kami sanggup pergi membantu mana yang perlu,terlebih dan terkurang hanya sebagai insan biasa. Tempat berkumpul seperti biasa di tempat keramat Kampung 200,dan agak lewat sedikit sampai kerana berperang dengan pelbagai 1001 dugaan yang kiranya disenaraikan boleh menjadi novel yang menarik untuk dibukukan. Pada mulanya kami menjangkakan hanya untuk sekadar memeriahkan suasana kerana selain dari memartabatkan busana Melayu,sekali lagi kami menjadi PENYERI pada malam itu,tak sangka pihak penganjur meminta untuk mempersembahkan satu dua langkah dan silat pulut kepada hadirin terutama sekali pada VIP yang hadir. Alhamdulillah PERSIM bukan sahaja berbusana MELAYU tapi kami 100% tahu bersilat,dengan izin Allah segala perancangan yang saat akhir berjaya dilaksanakan dan buat kesekian kalinya kami memberi IMPAK YANG AMAT-AMAT DIBANGGAKAN  kerana kami bukan sahaja mewakili maruah Silat Melayu dan Busana Melayu tapi kami membawa imej Melayu itu sendiri...

                                        Geng sesat hotel Pullman...


                                                sampai akhirnya...















Sunday, October 28, 2012

Malam Seni Pendekar UKM...

Postingnya agak lambat tapi rasanya taklah terlalu lambat untuk dikongsi,bertempat di UKM berlangsung Malam Seni Pendekar UKM 2012. Kami dari Persaudaraan Silat Melayu(PERSIM) terpanggil untuk memeriahkan acara ini. Pakat semua untuk berbusana hadir memberi sokongan,lokasi berkumpul di tempat keramat Kampung 200,kami bertolak agak lambat kerana berperang dengan kesesakan di MRR2. Alhamdulillah akhirnya semuanya selamat sampai dan berjaya menjadi sebahagian dari acara majlis. Walaupun hanya sebagai hadirin tetapi mata semua bertumpu pada kami...agaknya pelik tengak kami berbusana Melayu,inilah sebahagian dari perancangan kami untuk memartabatkan busana Melayu,bak kata "abg micai" di peringkat permulaan agak luar biasa lama-kelamaan jadi biasa. Senyum puas hingga ke akhir majlis dan yang paling bangga kamilah VIP di majlis itu,tak sangka mereka memandang tinggi kami yang hadir berbusana,dan memang sepatutnyalah di situ tempat yang selayaknya untuk busana Melayu...kami akan datang lagi...kali ni impaknya diharap akan menular pada hadirin lain...Insya Allah...




 



 





 



 


Sunday, October 7, 2012

Makam Raja Melewar dan Astana Raja...

Hari ni kenalah bangun awal,biasa lepas subuh sambung balik...kalau aku sambung balik alamat ntah pukul berapa aku bangun...agak-agak dekat pukul 11 aku kena mula perjalanan ke Lubok Cino punyalah jauh semata-mata nak makan,mungkin sedap agaknya hehehe...dalam dekat 45 minit sampailah ke gerai makan tersebut,tuan kedai tanya " jauh dik nak ambik makan" memanglah jauh aku tak ambik baru hang tau heheh(dalam hati le)...dah siap loading barang nak terus balik tapi dapat berita jammed teruk kat Nilai...sah-sah depa lambat sampai...dalam perjalanan balik nampak sign board Makam Raja Melewar dan Astana Raja...memandangkan korang lambat aku singgahlah ke tempat tu sekejap...dah dekat pun...sekian...





 
                                    Al-Fatehah moga rohnya dicucuri rahmat...