This is our land!!!

Bendera Malaysia

Wednesday, June 19, 2013

Kenangan di Putrajaya - Majlis Pengijazahan Ilmu Tenaga Rohaniah

Agaknya baru semalam majlis berjaya dilaksanakan,walaupun serba kekurangan dan banyak lagi perlu diperbaiki tetapi dengan kuasa Allah Taala akhirnya majlis yang penuh ranjau untuk direalisasikan akhirnya berjaya dengan jayanya,bukan sahaja di kalangan ahli tetapi ianya juga berjaya menjadi medan pertemuan dan silaturrahim antara Perguruan-perguruan lain,Masya Allah indahnya ukhuwah antara kami walaupun berlainan aliran persilatan tetapi atas semangat silat dan yang nyata sekali kami mengucap Syahadah yg sama...langkah pertama akan diikuti dengan langkah kedua ketiga dan seterusnya Insya Allah segala kekurangan dan kelemahan yang ada pasti akan disusuli dengan satu persembahan yang semakin baik dan mantap dalam menyampaikan mesej dakwah dan kalimah Syahadah moga Allah memberkati...segala suka duka sebelum dan sesudah majlis berlangsung setinggi-tinggi puncak Everest kredit diberi pada ajk-ajk Gayong Maarifat Wilayah Persekutuan dan juga individu belakang tabir sesungguhnya anda memang terbaik antara yang terbaik kerana usaha dan kerjasama berpasukan yang baik menghasilkan impak yang mendalam pada ahli-ahli lain khususnya dan yang utama sekali ianya ialah satu kejutan kepada warga Putrajaya kerana kehadiran kami sesuatu yang memang amat-amat dinantikan bagi mereka yang dahagakan ilmu Allah...walau berjuta rintangan ianya tidak mematahkan semangat dan usaha...