This is our land!!!

Bendera Malaysia

Friday, August 30, 2013

Rumah terbuka anak Melayu di Ladang Alam Warisan...

Masih tidak terlewat untuk mengucapkan salam Aidifitri 1434Hijrah,tahun ini hari raya seperti biasa seperti tahun2 yang sudah,mungkin pengisian sekadar mengikut peredaran usia. Pada 17/8 sekadar memenuhi undangan Rumah Terbuka Anak Melayu di Ladang Alam Warisan Seri Menanti Negeri Sembilan kami dari Gayong Maarifat Wilayah Persekutuan terpanggil untuk memeriahkan suasana dan meneruskan silaturrahim dengan teman2 seperjuangan dari perguruan yang pelbagai,para pencinta seni budaya Melayu dan komuniti setempat dan mungkin juga dari luar. Berkonvoi dengan tiga buah kereta dari Hulu Kelang kami singgah dahulu ke rumah bonda tercinta di Sikamat sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi. Sepanjang perjalanan ke lokasi di Seri Menanti disajikan pemandangan kampung yang indah dan menarik jauh bezanya dengan hutan batu di kota...sampai di lokasi disambut oleh Bendahara Alam Warisan yang amat merendah diri dan berperibadi seorang Melayu yg tulen dalam meraikan tetamu...Alhamdulillah berjumpa dengan rakan2 yang mempunyai semangat dan visi yg sama dalam memartabatkan apa jua yg beridentiti dan berjati diri Melayu,dan ianya juga merupakan satu hikayat cerita 1001 malam untuk dicerita dalam blog...terlalu banyak pengalaman dan cerita yang dikongsi dan diraih...sesungguhnya silaturrahim yang terjalin amat indah untuk kami datang sekali lagi ke sini jika diizinkan Allah dengan harapan segalanya tidak berakhir di sini,membawa imej Gayong Maarifat Wilayah Persekutuan khususnya dan Gayong Maarifat Malaysia amnya suatu penghormatan dan peluang untuk memperkenalkan perguruan kami kepada yang berminat dan masih mencari2 sesuatu...Inilah Persaudaraan Melayu, bersatu dalam erti kata sebenar...















Monday, August 5, 2013

Menggamit aidilfitri 34 tahun lepas...



Entah kenapa pagi ni,sepanjang perjalanan ke tempat keje teringat tayangan edisi raya yang dah lama berlalu...yang lupa pun ingat balik...indah...hampir lupa aku dengan kampung...yelah bukan ada sesiapapun sekarang...terbayang satu2 wajah yang aku rindu,benci pun ada...mereka semua dah lama tiada,aduh kenangan sukar nak digambarkan dengan kata2...andai semuanya boleh disimpan dalam external hard disk memang aku putar berkali2,rindu saat2 itu...makin lama makin melayang jauh sampaikan ada kenangan yang buat aku sedih,perjalanan yang biasanya lambat hampir tak terasa apa2 kerana minda sedang disajikan dengan tayangan yang membawa diri meneroka kembali zaman yang sudah berlalu...sampai di tempat kerja terasa blur sangat...tak ramai pun umat...mungkin ramai dah bercuti...pada aku sebenarnya aidilfitri tak terasa apa2...hari raya di usia begini hanya sekadar mengingatkan kembali zaman2 lampau yang serba indah...andai dapat kembali semula...kerana aku tak sebertuah seperti orang lain...tapi syukur Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk aku bertemu ramadhan yang bakal melabuhkan tirainya...kumohon ada kesempatan untuk bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan andai nafas masih terus terhembus dan nadi terus berdenyut...hidup masih mencari sesuatu...belum lagi aku temui...